24.2.09

Kenapa Ubuntu?

Kehangatan nampaknya kian memuncak tentang pengguna lari ke Windows. Memang besar impak kepada pengunjung blog terkenal Ubuntu tu. Tapi, aku tertarik kepada satu komen yang ditinggalkan pada artikel itu, "Kenapa Zul memilih Ubuntu dan bukan distro Linux lain?" Mungkin satu persoalan yang agak remeh tapi, aku memikirkan dalam aspek yang agak berlainan. Mungkin ada benarnya. Bagaimanapun, dalam minda aku hanyalah satu, Ubuntu paling mudah dalam kesemua distro Linux. Bukan soal mesra pengguna atau tidak, tetapi aku mengandaikan orang yang tak tau tentang komputer lebih suka perkataan 'mudah' dari 'mesra pengguna'.

Aku sendiri yakin dengan kenyataan itu sebabnya aku pernah mengendali beberapa distro Linux yang lain seperti Fedora (pernah jadi die-hard-fan dulu), OpenSUSE, Debian, Gentoo, Parsix, Musix, Dream, Mandriva dan banyak lagi, tapi semua distro tu tak adalah sampai ke tahap 'mudah' seperti Ubuntu. Mana tidaknya, Ubuntu yang telah sedia dengan software driver dan sokongan setiap 6 bulan, aku jarang sekali terkena bug yang melampau seperti yang pernah dialami semasa guna Fedora 8, dan jarang crash seperti aku pernah alami dalam Debian (salah extract file punye pasal). Tapi, dalam keadaan macam manapun, Ubuntu masih maintain..

Bagaimana pula anda? Kenapa pilih Ubuntu? Yang bukan pakai Ubuntu, mungkin ada sesuatu nak dikongsikan. Apa-apa pun, AKU MASIH BUDAK HINGUSAN..huhu

Linux to Succeed in 2015!
Share:

4 ulasan:

  1. Sebab ubuntu guna apt-get

    BalasPadam
  2. Lagi satu lupa, aku penguuna tegar slackware. Slackware kebanyakannya compile source. Aku sangat suka. Boleh custom dan memahami dengan lebih mendalam

    BalasPadam
  3. @Mustakim : apt-get memang menarik..hehe..gne slackware gak ke? mntak tolon ajar..haha ;P

    BalasPadam
  4. pakcik still guna ubuntu sebab pc pakcik akan lagi ringan jika nak dibandingkan guna windows xp.. almaklumla.. komputer y2k... skrang tengah tunggu modal nak beli hardisk lain.. hardisk dah rosak...

    BalasPadam