15.4.09

Forefox Makin Hampeh?


Kalau korang menggunakan Firefox sekarang, macam mana prestasi internet browser tu? Bagi seseorang power user, aku rasa hampeh sikit dengan prestasi Firefox sekarang. Tak tahulah sebab apa, tapi lembab. Setiap kali aku load laman baru, mesti prestasi tak macam mula-mula kenal Firefox dulu (masa tu Firefox 1.5). Banyak tab, banyak tetingkap dan pop-up's; runsing kepala aku!

Tapi, rupanya bukan aku je mengalami masalah ni. Chris Pirrilo dalam blog rasminya menyatakan Firefox 3.0.8 amat bermasalah. Begitu juga dengan seroang mengguna dalam forum ini. Jadi, adakah pembangun Firefox berbaloi dengan penambahbaikkan dan naiktaraf Firefox hinggakan masa untuk memperbaiki beberapa masalah sampai lapan bulan lamanya (rujuk laman ini)?

Sampaikan aku 'bengang' dengan situasi ini, saya 'melarikan' diri menggunakan Opera dalam Ubuntu aku dan IE8 dalam W7 (jarang guna pun..hehe).

Opera walaupun tampak berat, tapi prestasinya lebih memberangsangkan, walaupun beberapa kali crash (sebab jarang update). Adakah korang dalam situasi yang sama?

Linux to Succeed in 2015!

Share:

1 ulasan:

  1. yup, K salah seorang yang mengatakan bahawa firefox semakin lambat. dan berharap chromium project cepat matang untuk K tukar daripada firefox kepada chromium :D

    BalasPadam