15.4.09

Filem : Laskar Pelangi

Rasanya ni artikel pertama tentang filem dalam blog ni. Kadang-kadang aku ni suka mengkritik, bukan nak kondem, tapi cuma memberi pendapat atau ada idea saya sendiri. Jadi, nak juga aku ketengahkan satu cerita yang aku baru download dua hari lepas, Laskar Pelangi.

Filem ni sebenarnya adalah karya novel nukilan Andra Hirata, novelist terkenal (rasanya) di Indonesia. Sebenarnya aku baca novelnya dulu sebelum tonton filem ni. Tidak terkejut saya katakan bahawa filem ni memang bulat-bulat diambil dari novel ini. Lagi menarik, ia dihalusi lagi dalam filem dengan menonjolkan lagi emosi berbanding dalam novelnya.

Laskar Pelangi mengajarkan kita bahwa kita harus belajar mensyukuri apa yang Tuhan berikan kepada kita. Bagaimana Lintang berjuang untuk bersekolah meskipun begitu banyak halangan dan cobaan yang mendera. Begitu juga dengan kata-kata Pak Guru yang begitu menyentuh bahwa pendidikan harus disertai dengan hati dan kita harus banyak memberi daripada banyak diberi.

Jila korang menonton filem ini, pastinya korang sedar supaya mensyukuri apa yang kita dapat dan menghargai nilai persahabatan tanpa mengira asal usul seseorang tu. Lagi menarik, penerapan nilai-nilai Islam juga ada ditekankan seperti menolak kepercayaan karut (syirik) juga pengorbanan sesuatu perkara. Ada beberapa babak yang akan menyentuk perasaan korang yang macam tisu (kalau adalah), dan paling pasti, banyak babak yang menarik dan melucukan.

Kesimpulannya, seronok ditonton semua usia, lagi-lagi kanak-kanak. Macam mana pula nak tonton (Sebab tak ada ditayang dekat Malaysia)? Klik link sini untuk filemnya, atau klik sini jika anda mahukan versi novel, klik sini pulak. Gunakan Gwget untuk memuatturun file anda dengan lebih efisyen. Selamat berhibur!

Linux to Succeed in 2015!

Share:

0 ulasan:

Catat Ulasan