14.5.09

Ubuntu & Kubuntu LiveCD untuk orang Johor!!


Jam 12.45 tadi, aku baru dapat sebungkus kotak sepeti yang korang nampak macam gambar atas ni. Mula-mula aku fikir hadiah RealReward mak aku (hari tu tebus mata RealReward..ekekeke), sekali buka tengok dalam, ade ni laa...

Haha, memang korang dah tau kan tentang sticker tu. Yup, aku baru je dapat bungkusan khas dari Canonical (nak tau ape yang aku minta, tengok post sebelumnya). Jadi, melalui post ni aku nak bagi tau pada peminat Ubuntu sekitar Johor Bahru, Kulai dan kawasan sekitar yang mahukan LiveCD ekslusif Ubuntu atau Kubuntu dari Canonical, anda boleh terus memberitahu lokasi untuk serahan ke talian saya (017-3978201/014-5060667). Dan untuk peringatan anda, seorang penerima hanya berhak mendapat satu salinan sebab bende alah ni terhad sangat, dan pastinya tak ade pos untuk korang (sebab aku sendiri pun tengah sengkek nih!). Jom migrasi ke Ubuntu & Kubuntu 9.04 Jaunty Jackalope.


Linux to Succeed in 2015!
Share:

10 ulasan:

  1. weh.. tok orang kedah takde ke? pakcik dah request 1 cd.. tapi sampei skrang lom sampai.. aduiyai

    BalasPadam
  2. ekekeke..
    nanti boleh kot..
    kalau pak cik dah konpem tak dapat lagi..
    hehe ;P

    BalasPadam
  3. takpe.. pakcik dah torrent.. pakcik pon dah pakai 9.04 Skrang dalam explore mode.. banyak gak perubahan dia...

    pakcik suke sticker dia je... ermmm skkat nie pakcik dapat detek 1 je masalah.. photomatix pakcik ade problem.. lepas reinstall balik.. takde masalah

    BalasPadam
  4. huhu..aku still ngan 8.10. tak dapat2 lagi. aku nak bleh? huhu..

    BalasPadam
  5. boleh je aman..
    tapi ko area mane ek??
    jauh2 payah nak menghantar..huhu

    BalasPadam
  6. pakcik dah downgrade ke 8.10 balik.. pakcik pakai ati radeon nye graphic card... lintang pukang graphic pakcik.. bile baca2 kat forum.. tak sapot.. adeh...


    setakat nie paling cun graphic pakcik dalam 8.10..

    BalasPadam
  7. aku kat rawang. huhu. selangor tue. kira hang pos laju ar. aku bayar ongkosnya. bleh? hehe.

    BalasPadam
  8. aman...kalau nak sangat boleh je..hoho

    BalasPadam
  9. pakcik dah downgrade 8.10 balik... ada masalah guna 9.04

    BalasPadam
  10. Kalau yang nak pos tu mungkin boleh kalau incik Muhd Syazwan sudi ke pejabat pos dan peminta boleh menghulurkan 2 atau 3 ringgit sebagai kos pos.

    BalasPadam