26.7.09

Yasmin Ahmad sah Meninggal Dunia

Seperti yang korang sedia maklum, sutradara terkenal Malaysia, Yasmin Ahmad telah kembali ke rahmatullah pada jam 11.25 (Sabtu, 25 Julai) di Hospital Pakar Damansara. Kematiannya pula telah disahkan oleh Pengarah Operasi Media Prima Bhd., Dato' Ahmad Farid Ridzwan.

Pemergian beliau sebenarnya memberi kesan bukan saja aku, bahkan semua peminat, pelakon, penerbit, malahan penggiat filem dalam dan luar negara. Cakaplah siapa yang tak kenal filem-filem seperti Telentime, Gubra, Sepet dan iklan-iklan Petronas sempena hari kemerdekaan negara. Hasil tangannya memang menjadi satu masterpiece yang akan menjadi ikutan anak muda yang meminati seninya.

Semoga Allah cucuri rohnya dan memberkati setiap hasil karyanya untuk tatapan di masa hadapan, AMIN. ~Al-Fatihah~

p/s: O Re Piar (Telentime), Ne Me Quitte Pas (Mukhsin) lagu kegemaran aku..

Linux to Succeed in 2015!
Share:

0 ulasan:

Catat Ulasan