15.11.09

Mandriva 2010 - Mimpi Indah Bagi Orang Lama

Kiuz Pop : Senaraikan distribusi Linux terdahulu menggunakan KDE. Pastinya ada jawapan Slackware, RedHat (walaupun KDE dia menyakitkan hati - dulu laa) dan SuSE, tapi mungkin kebanyakan anda tak tahu Mandriva (dahulu dikenali sebagai Mandrake Linux) adalah antara distribusi Linux paling lama bertahan.

Sejarahnya bermula apabila MandrakeSoft yang berpangkalan di Perancis ditubuhkan oleh Gaƫl Duval semasa RedHat ketika itu versi 5.1 mula berkembang Gnome masih lagi versi 1.0. Tujuannya, seperti Ubuntu, ditujukan untuk pengguna baru. Bagaimanapun, nama Mandrake Linux itu telah difailkan saman dan seterusnya syarikat pembangun Linux di Brazil, Conectiva mengumumkan penggambungannya bersama MandrakeSoft dengan nama baru; Mandriva.


Kalau korang tanya aku, pengalaman aku ni tak ada la lama sangat dengan Mandriva ni. Bermula dengan Mandriva 10 (2009) dan terus naik taraf ke Mandriva 2009 Spring dan versi alpha atau beta pula dikenali menggunakan kod nama "cooker", dan sampailah sekarang, masih lagi menggunakan distribusi ini dalam komputer multimedia yang ditugaskan untuk kerja-kerja suntingan video dan gambar.


Trivia ringas tentang Mandriva (setakat yang tahu):-
  • dibangun berdasarkan RedHat (menurut pendapat ramai)
  • menggunakan pakej fail RPM dan diurus dengan package manager URPMI
  • terdapat 3 jenis keluaran iaitu Mandriva Free, Mandriva One dan Mandriva Powerpack
  • seperti Ubuntu, pembangun membuat putaran hidup distribusi selama 6 bulan sekali
Jadi, apa yang menarik dalam distribusi versi kali ni?

KDE4.3 uploaded..yeah

Seperti yang disoal tadi, Mandriva boleh dikatakan distribusi paling hebat dalam pembangunan KDE. Jadi, mungkin mimpi indah untuk aku sendiri selepas mengalami beberapa masalah dalam KDE4.2 dalam versi 2009 Spring sebelum ini.Tapi, Gnome juga tak dilupakan kerana dalam DVD, mereka sertakan bersama Gnome 2.28.

Moblin untuk Netbook!

Yup, Moblin kini sudah siap dipakejkan dalam repo Mandriva, jadi bangi peminat Mandriva yang menggunakan netbook (atau mungkin nettop), cubalah Moblin dengan melakukan proses pemasangan dalam aplikasi pengurus pakej (package manager application).


Jadi, apa yang jadi mimpi indah bagi orang lama? Mudah je; orang lama dengan jenama lama, tapi dengan nafas yang baru.

Banyak sangat nak diceritakan menari distribusi kali ni. Kalau anda nak rasainya, anda boleh terus download melalui laman rasmi Mandriva Linux secara percuma*.

*Tertakluk pada jenis pakej distribusi.


Linux to Succeed in 2015!
Share:

0 ulasan:

Catat Ulasan