9.6.10

4 Sebab Linux Sesuai di Rumah

Sempat juga buat statistik walaupun pada dasarnya hanya pertanyaan rambang kepada 50 orang yang saya pernah dan sudah menukarkan mazhab komputer masing-masing kepada Linux. Menariknya, semua jawapan ini bukan andaian saya sendiri, tapi maklum balas mereka sendiri selepas gunakan Linux untuk kegunaan dalam rumah.

Ingin diingatkan kepada anda juga yang mereka ini tak ada pengalaman langsung dalam menggunakan Linux (tak kisah la distro apa pun) dan mereka bukanlah ada latar belakang pengguna teknologi pun, asalkan boleh jalan sudah.

Kali ni, saya kongsikan kepada anda 4 sebab "mereka" kata Linux sesuai digunakan di rumah:-

  • Tiada gusar tentang virus..lagi!
  • Ini memang sudah kemestian dari awal lagi. Bahkan, mak cik saya dari Simpang Renggam pun suruh saya install Ubuntu (dia nak Ubuntu, bukan aku rekemen pun) sebab tak tahan dengan virus. Manakan tidak, bila sebut saja virus, duit nak kena keluar. Apa yang saya maksudkan disini anda hendaklah menghantar PC atau komputer anda ke kedai komputer supaya dapat melakukan perkara yang dimanakan "servis". Sebenarnya terma servis tu saya agak aneh sebenarnya jika disebut dalam perisian, sebab rasanya setiap perisian ada aplikasi yang menyelenggara mengikut jangkamasa yang ditetapkan pembangun sistem pengoperasian. Kalau Hardware tu logik jugak la dia cakap "servis". Kos, mungkin boleh membawa sampai ke RM250 bergantung pada pengetahuan anda tentang komputer. 
    • Jimat sikit eletrik
    • Yang ini memang pelik tapi sebenarnya ada kesan. Tapi jika anda hanya gunakan desktop sahajalah, pengguna laptop, tak ada kesan bagi anda (kecuali kalau bateri laptop anda masih elok). Perkara ni sebenarnya sudah lama saya sedar 4 tahun lepas selepas saya menggunakan Linux secara penuh dalam rumah. Jaraknya tak adalah sampai beza RM200, anggaran dalam RM50 beza, dan mungkin agak besar penjimatannya. Bayangkan kalau anda dapat jimatkan RM50 selama 2 tahun, banyak tu. Apa yang dimaksudkan dalam point ni sebenarnya Linux menggunakan hardware anda secara optimum tanpa membazirkan sedikit pun resource perkakasan anda. Dan ya, anda rasa lebih pantas semasa menggunakan Linux berbanding yang anda gunakan sebelum ini (tak payah cakap, dah tahu kan?). 
    • Hampir semua Plug and Play
    • Kebanyakan komputer dalam isi rumah di Malaysia ni menggunakan perkakasan lama; monitor CRT, keyboard dan mouse lama, sampai pun masih pakai ribbon pun ada. Tak masuk lagi buble jet yang berkurun lamanya. Ada diantara perkakasan ni tak dapat digunakan sebab tiada sokongan driver, jadi memang tak boleh nak jalan langsung lah. Tapi isu ni tak nampak sangat masalah jika anda menggunakan Linux. Bahkan perkakasan baru sekarang pun sudah sedia guna untuk anda. Jadi, lupakan CD driver dalam kotak tu, sebab tak guna sangat pun. 
    • Kurang budak-budak nak main game
    • Perkara ni memang kegemaran isu yang disukai oleh pengguna yang mempunyai anak-anak yang bermasalah dalam mengatur masa menggunakan komputer dan masalah berjam-jam main permainan komputer. Linux seperti sedia maklum tidak dapat menjalankan game Windows secara natif dengan lancar, contoh game yang dibeli dari kedai perisian (pastinya cetak rompak kalau budak-budak boleh beli). Password atau akses juga boleh dikawal kerana Linux sudah sedia maklum dengan sistem keselamatan yang agak tinggi dan jika anda bijak, anda boleh mengawal masa penggunaan komputer, sama macam di kafe siber. Perkara ini dapat mendidik anak anda dalam menggunakan perisian tulen serta mengajar tentang bijak mengisi dan mengatur masa mereka sendiri. Bak kata pepatah, sayang isteri tinggal-tinggalkan, sayang anak tangan-tangankan. Tapi anda perlulah abaikan perkara ini jika anak anda cukup bijak mencari aplikasi Wine dan mampu bypass password, ini bermaksud anak anda tu hackers-in-making.

    Linux to Succeed in 2015!
    Share:

    11 ulasan:

    1. salam.

      sudilah kiranya amber nok amik artikel ini untuk dikongsi dengan rakan rakan yang lain ..

      BalasPadam
    2. artikel menarik. syabas!

      BalasPadam
    3. lain semua setuju dan ok, kecuali x boleh main game. Apa barang ada komputer x boleh main game, macam ada TV, tapi takde ASTRO...so kena la layan RTM1,2 TV3 NTV7. :)

      BalasPadam
    4. @adi: tak dok hal..sila-sila lah :)

      @delang: trimas :)

      @anonymous: adakah server kena main game? aku rasa dalam mana-mana distribusi linux pun boleh main game, yang den maksudkan game natif yang ada guna directX..orang tua tak da sangat masalah ni, tapi yang sure budak-budak je la :)

      BalasPadam
    5. Linux pun dah banyak games kalau pandai carik. Bebudak skang dah advance :), mesti carik jalan gak nanti main game.

      BalasPadam
    6. @ST: sebab tu saya kata kalau jadi macam tu, budak-budak tu hackers in macking la :P

      BalasPadam
    7. nak main games lah best pakai linux. klu pc korang power ada grafic card 256mb onward cobalah supreme supergamer memang mengancam. peringatan: baik korang buang ajer compiz tu buat sementara nak main game kaco aje.

      BalasPadam
    8. box aku yg guna AMD Geode 550Mhz dgn 128MB RAM pun boleh berfungsi dgn baik dengan menggunakan Linux
      heheheh

      BalasPadam
    9. bang garfield
      saje nak tanya abang pakai linux ape untuk amd 550mhz 128mb tu?
      pernah dgr yang len tak? macam vector linux atau absolute linux dari slackware yang ni lagi best untuk yang kurengs skit power=nya

      azhar

      BalasPadam
    10. Linux ni ada juga part yang buat aku kurang gemar. Apabila sambungan elektrik dimatikan secara tiba-tiba, sudah pasti akan berlaku masalah pada kernel. Kalu lebih dari 5 kali, sudah tentu PC Linux tak dapat dihidupkan lagi.

      Kesimpulannya, Linux ni agak cerewet untuk dijaga. Nak shut down pun kena ikut tertib. Tak boleh main tutup plug terus.

      BalasPadam
    11. Nope.. i totally disagree dengan dato' Sophon Charoenpura II linux lah paling cepat tutup
      gini
      buka console dan type

      sudo poweroff -f
      enter bubuh password dan enter korang tengoklah berapa cepat dia tutup
      hehe komp aku tutp dalam <3saat buat cam nie korang lak?

      :))

      BalasPadam