18.9.10

Menambah Resolusi Monitor Yang Hilang Dalam Ubuntu 10.04 LTS

Saya baru sebentar tadi menukar kabel VGA saya yang bermasalah kepada baru yang lebih berkualiti. Bagaimanapun selepas saya memasang, Ubuntu gagal mencari konfigurasi resolusi sebelum ini (1280x1024) dan memaparkan resolusi hodoh besar 800x600.

Apabila saya mencari pula resolusi dalam senarai pilihan di Setting>Administrator>Monitor, Ubuntu gagal memaparkan resolusi yang saya kehendaki. Jadi saya mencari bagaimana hendak dapatkan semula resolusi yang terdahulu. Mana tidaknya, saya bukan boleh tengok icon besar-besar, bukan zaman Windows 3.1 pun.


Sedang mencari, saya jumpa satu tutorial yang agak menarik menggunakan xrandr. xrandr ini adalah aplikasi dalam terminal yang mengenalpasti, mengubah atau menambah resolusi yang diinginkan oleh anda, tambahan sejak ketiadaan fail X.org dalam fail sistem Ubuntu sekarang.

Anda boleh semal senarai resolusi yang disediakan sistem dengan memasukkan baris arahan aplikasi tersebut ke dalam Terminal:-
xrandr
Jika dalam sistem saya, ia hanya memaparkan jawapan seperti berikut:-
skyvalve@WanOnUbuntu:~$ xrandr
Screen 0: minimum 320 x 200, current 1024 x 768, maximum 4096 x 4096
VGA-0 connected 1280x1024+0+0 (normal left inverted right x axis y axis) 0mm x 0mm
   1360x768       59.8
   1024x768       60.0*
   800x600        60.3     56.2
   848x480        60.0
   640x480        59.9     59.9
DVI-0 disconnected (normal left inverted right x axis y axis)
S-video disconnected (normal left inverted right x axis y axis)
Malang sekali, tiada resolusi 1280x1024 yang saya mahukan. Untuk mendapatkan resolusi itu, anda perlukan maklumat berkaitan (hdisp, hdisp, hsync-start, hsync-end, htotal vdisp, vsync-start, vsync-end, vtotal, +HSync, -HSync, +VSync dan -VSync). Caranya, ginakan baris arahan ini:-
gtf  <resolusi> <clock MHz>
Resolusi adalah saiz display yang anda mahukan (yang benda kali-kali tu lah) dan clock MHz pula adalah refresh rate monitor anda. Kebiasaannya monitor sesuai menggunakan 60 MHZ, bagaimanapun jika anda mahukan kualiti gambar lebih cantik, sila semak manual monitor anda untuk mendapatkan had tertinggi. Sebagai contoh, saya mahukan resolusi 1280x1024 dengan clock 60 MHz.
skyvalve@WanOnUbuntu:~$ gtf 1280 1024 60

# 1280x1024 @ 60.00 Hz (GTF) hsync: 63.60 kHz; pclk: 108.88 MHz
Modeline "1280x1024_60.00"  108.88  1280 1360 1496 1712  1024 1025 1028 1060  -HSync +Vsync
Apa yang diperlukan adalah maklumat selepas perkataan Modeline itu. Jadi, tambahkan resolusi berikut seperti ini:-
xrandr --newmode "1280x1024_60.00"  108.88  1280 1360 1496 1712  1024 1025 1028 1060  -HSync +Vsync
Bagi anda yang mempunyai modeline berbeza, sila ikut modeline yang anda peroleh. Kemudian, anda perlu tambah resolusi itu ke output yang anda mahu. Seperti saya, saya mahu VGA-0 menghasilkan resolusi tersebut.
xrandr --addmode VGA-0  "1280x1024_60.00"
Pikihan IoutputI adalah bergantung pada konfigurasi Ubuntu dalam komputer anda. Sekarang, anda telah berjaya menambah resolusi. Untum pastikan, cuba semak dengan menggunakan baris arahan "xrandr" dalam Terminal tadi. Anda akan dapat jawapan seperti ini:-
skyvalve@WanOnUbuntu:~$ xrandr
Screen 0: minimum 320 x 200, current 1024 x 768, maximum 4096 x 4096
VGA-0 connected 1280x1024+0+0 (normal left inverted right x axis y axis) 0mm x 0mm
   1360x768       59.8
   1024x768       60.0*
   800x600        60.3     56.2
   848x480        60.0
   640x480        59.9     59.9
   1280x1024_60.00   59.5
DVI-0 disconnected (normal left inverted right x axis y axis)
S-video disconnected (normal left inverted right x axis y axis)
Seterusnya, anda mungkin mahu melihat hasil titik peluh anda yang pening menaip. Tukar ke resolusi yang anda tambah tadi menggunakan baris arahan ini:-
xrandr --output VGA-0 --mode "1280x1024_60.00"
Jika resolusi monitor anda sudah berubah, bermaksud anda berjaya menambah resolusi yang anda inginkan!

Jika ada sebarang masalah, anda boleh cuba tinggalkan komen dibawah supaya dapat dibantu bersama-sama dengan pengunjung blog lain.

Nota Kaki:-

  • tak pasti sama ada boleh digunakan dalam distribusi Linux lain, tak sempat nak cuba
  • tidak digalakkan mengunakan "sudo" atau menggunakan mod "super user"

Linux to Succeed in 2015!
5 One Linuzz Life: Menambah Resolusi Monitor Yang Hilang Dalam Ubuntu 10.04 LTS Saya baru sebentar tadi menukar kabel VGA saya yang bermasalah kepada baru yang lebih berkualiti. Bagaimanapun selepas saya memasang, Ubuntu...

1 comment :

  1. apa artinya jika resolusi 1600 x 1200

    ReplyDelete