Memaparkan catatan dengan label Al Kisah Ubuntu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Al Kisah Ubuntu. Papar semua catatan

18.9.10

Menambah Resolusi Monitor Yang Hilang Dalam Ubuntu 10.04 LTS

Saya baru sebentar tadi menukar kabel VGA saya yang bermasalah kepada baru yang lebih berkualiti. Bagaimanapun selepas saya memasang, Ubuntu gagal mencari konfigurasi resolusi sebelum ini (1280x1024) dan memaparkan resolusi hodoh besar 800x600.

Apabila saya mencari pula resolusi dalam senarai pilihan di Setting>Administrator>Monitor, Ubuntu gagal memaparkan resolusi yang saya kehendaki. Jadi saya mencari bagaimana hendak dapatkan semula resolusi yang terdahulu. Mana tidaknya, saya bukan boleh tengok icon besar-besar, bukan zaman Windows 3.1 pun.


Sedang mencari, saya jumpa satu tutorial yang agak menarik menggunakan xrandr. xrandr ini adalah aplikasi dalam terminal yang mengenalpasti, mengubah atau menambah resolusi yang diinginkan oleh anda, tambahan sejak ketiadaan fail X.org dalam fail sistem Ubuntu sekarang.

Anda boleh semal senarai resolusi yang disediakan sistem dengan memasukkan baris arahan aplikasi tersebut ke dalam Terminal:-
xrandr
Jika dalam sistem saya, ia hanya memaparkan jawapan seperti berikut:-
skyvalve@WanOnUbuntu:~$ xrandr
Screen 0: minimum 320 x 200, current 1024 x 768, maximum 4096 x 4096
VGA-0 connected 1280x1024+0+0 (normal left inverted right x axis y axis) 0mm x 0mm
   1360x768       59.8
   1024x768       60.0*
   800x600        60.3     56.2
   848x480        60.0
   640x480        59.9     59.9
DVI-0 disconnected (normal left inverted right x axis y axis)
S-video disconnected (normal left inverted right x axis y axis)
Malang sekali, tiada resolusi 1280x1024 yang saya mahukan. Untuk mendapatkan resolusi itu, anda perlukan maklumat berkaitan (hdisp, hdisp, hsync-start, hsync-end, htotal vdisp, vsync-start, vsync-end, vtotal, +HSync, -HSync, +VSync dan -VSync). Caranya, ginakan baris arahan ini:-
gtf  <resolusi> <clock MHz>
Resolusi adalah saiz display yang anda mahukan (yang benda kali-kali tu lah) dan clock MHz pula adalah refresh rate monitor anda. Kebiasaannya monitor sesuai menggunakan 60 MHZ, bagaimanapun jika anda mahukan kualiti gambar lebih cantik, sila semak manual monitor anda untuk mendapatkan had tertinggi. Sebagai contoh, saya mahukan resolusi 1280x1024 dengan clock 60 MHz.
skyvalve@WanOnUbuntu:~$ gtf 1280 1024 60

# 1280x1024 @ 60.00 Hz (GTF) hsync: 63.60 kHz; pclk: 108.88 MHz
Modeline "1280x1024_60.00"  108.88  1280 1360 1496 1712  1024 1025 1028 1060  -HSync +Vsync
Apa yang diperlukan adalah maklumat selepas perkataan Modeline itu. Jadi, tambahkan resolusi berikut seperti ini:-
xrandr --newmode "1280x1024_60.00"  108.88  1280 1360 1496 1712  1024 1025 1028 1060  -HSync +Vsync
Bagi anda yang mempunyai modeline berbeza, sila ikut modeline yang anda peroleh. Kemudian, anda perlu tambah resolusi itu ke output yang anda mahu. Seperti saya, saya mahu VGA-0 menghasilkan resolusi tersebut.
xrandr --addmode VGA-0  "1280x1024_60.00"
Pikihan IoutputI adalah bergantung pada konfigurasi Ubuntu dalam komputer anda. Sekarang, anda telah berjaya menambah resolusi. Untum pastikan, cuba semak dengan menggunakan baris arahan "xrandr" dalam Terminal tadi. Anda akan dapat jawapan seperti ini:-
skyvalve@WanOnUbuntu:~$ xrandr
Screen 0: minimum 320 x 200, current 1024 x 768, maximum 4096 x 4096
VGA-0 connected 1280x1024+0+0 (normal left inverted right x axis y axis) 0mm x 0mm
   1360x768       59.8
   1024x768       60.0*
   800x600        60.3     56.2
   848x480        60.0
   640x480        59.9     59.9
   1280x1024_60.00   59.5
DVI-0 disconnected (normal left inverted right x axis y axis)
S-video disconnected (normal left inverted right x axis y axis)
Seterusnya, anda mungkin mahu melihat hasil titik peluh anda yang pening menaip. Tukar ke resolusi yang anda tambah tadi menggunakan baris arahan ini:-
xrandr --output VGA-0 --mode "1280x1024_60.00"
Jika resolusi monitor anda sudah berubah, bermaksud anda berjaya menambah resolusi yang anda inginkan!

Jika ada sebarang masalah, anda boleh cuba tinggalkan komen dibawah supaya dapat dibantu bersama-sama dengan pengunjung blog lain.

Nota Kaki:-

  • tak pasti sama ada boleh digunakan dalam distribusi Linux lain, tak sempat nak cuba
  • tidak digalakkan mengunakan "sudo" atau menggunakan mod "super user"

Linux to Succeed in 2015!
Share:

9.6.10

4 Sebab Linux Sesuai di Rumah

Sempat juga buat statistik walaupun pada dasarnya hanya pertanyaan rambang kepada 50 orang yang saya pernah dan sudah menukarkan mazhab komputer masing-masing kepada Linux. Menariknya, semua jawapan ini bukan andaian saya sendiri, tapi maklum balas mereka sendiri selepas gunakan Linux untuk kegunaan dalam rumah.

Ingin diingatkan kepada anda juga yang mereka ini tak ada pengalaman langsung dalam menggunakan Linux (tak kisah la distro apa pun) dan mereka bukanlah ada latar belakang pengguna teknologi pun, asalkan boleh jalan sudah.

Kali ni, saya kongsikan kepada anda 4 sebab "mereka" kata Linux sesuai digunakan di rumah:-

  • Tiada gusar tentang virus..lagi!
  • Ini memang sudah kemestian dari awal lagi. Bahkan, mak cik saya dari Simpang Renggam pun suruh saya install Ubuntu (dia nak Ubuntu, bukan aku rekemen pun) sebab tak tahan dengan virus. Manakan tidak, bila sebut saja virus, duit nak kena keluar. Apa yang saya maksudkan disini anda hendaklah menghantar PC atau komputer anda ke kedai komputer supaya dapat melakukan perkara yang dimanakan "servis". Sebenarnya terma servis tu saya agak aneh sebenarnya jika disebut dalam perisian, sebab rasanya setiap perisian ada aplikasi yang menyelenggara mengikut jangkamasa yang ditetapkan pembangun sistem pengoperasian. Kalau Hardware tu logik jugak la dia cakap "servis". Kos, mungkin boleh membawa sampai ke RM250 bergantung pada pengetahuan anda tentang komputer. 
    • Jimat sikit eletrik
    • Yang ini memang pelik tapi sebenarnya ada kesan. Tapi jika anda hanya gunakan desktop sahajalah, pengguna laptop, tak ada kesan bagi anda (kecuali kalau bateri laptop anda masih elok). Perkara ni sebenarnya sudah lama saya sedar 4 tahun lepas selepas saya menggunakan Linux secara penuh dalam rumah. Jaraknya tak adalah sampai beza RM200, anggaran dalam RM50 beza, dan mungkin agak besar penjimatannya. Bayangkan kalau anda dapat jimatkan RM50 selama 2 tahun, banyak tu. Apa yang dimaksudkan dalam point ni sebenarnya Linux menggunakan hardware anda secara optimum tanpa membazirkan sedikit pun resource perkakasan anda. Dan ya, anda rasa lebih pantas semasa menggunakan Linux berbanding yang anda gunakan sebelum ini (tak payah cakap, dah tahu kan?). 
    • Hampir semua Plug and Play
    • Kebanyakan komputer dalam isi rumah di Malaysia ni menggunakan perkakasan lama; monitor CRT, keyboard dan mouse lama, sampai pun masih pakai ribbon pun ada. Tak masuk lagi buble jet yang berkurun lamanya. Ada diantara perkakasan ni tak dapat digunakan sebab tiada sokongan driver, jadi memang tak boleh nak jalan langsung lah. Tapi isu ni tak nampak sangat masalah jika anda menggunakan Linux. Bahkan perkakasan baru sekarang pun sudah sedia guna untuk anda. Jadi, lupakan CD driver dalam kotak tu, sebab tak guna sangat pun. 
    • Kurang budak-budak nak main game
    • Perkara ni memang kegemaran isu yang disukai oleh pengguna yang mempunyai anak-anak yang bermasalah dalam mengatur masa menggunakan komputer dan masalah berjam-jam main permainan komputer. Linux seperti sedia maklum tidak dapat menjalankan game Windows secara natif dengan lancar, contoh game yang dibeli dari kedai perisian (pastinya cetak rompak kalau budak-budak boleh beli). Password atau akses juga boleh dikawal kerana Linux sudah sedia maklum dengan sistem keselamatan yang agak tinggi dan jika anda bijak, anda boleh mengawal masa penggunaan komputer, sama macam di kafe siber. Perkara ini dapat mendidik anak anda dalam menggunakan perisian tulen serta mengajar tentang bijak mengisi dan mengatur masa mereka sendiri. Bak kata pepatah, sayang isteri tinggal-tinggalkan, sayang anak tangan-tangankan. Tapi anda perlulah abaikan perkara ini jika anak anda cukup bijak mencari aplikasi Wine dan mampu bypass password, ini bermaksud anak anda tu hackers-in-making.

    Linux to Succeed in 2015!
    Share:

    6.4.10

    Projek Manual Ubuntu ke Bahasa Malaysia dalam status Segera!

     Seperti yang sedia maklum dalam mailing list Projek Manual Ubuntu, semua update berkaitan projek ini kini dalam freeze stage dimana semua penambahan, pengubahsuaian tatabahasa dan pembetulan perkataan dibekukan dari sebarang pengubahsuaian supaya memudahkan kerja penterjemahan dan pembetulan jika terdapat kesilapan ejaan dan kesalahan minor lain.

    Dalam kesempatan ini juga saya ingin mengajak anda sama ada mahir atau tidak mahir dengan Bahasa Malaysia supaya dapat bersama-sama realisasikan manual ini dalam bahasa yang kita fahami. Setidaknya, pengguna baru akan rasa lebih selesa mencuba sistem pengoperasian kegemaran ramai ini.

    Buat masa ini, penterjemah ke Bahasa Malaysia hanya dibarisi oleh dua orang dan mengharap sokongan dari pengguna, komuniti juga anda yang berkemahiran tinggi dalam menterjemah. Maklumlah kalau yang bukan profesional buat terjemahan, litang pukang ayatnya.

    Jadi, diharap anda menterjemah bersama-sama dan disamping itu anda boleh mengikut mailing list projek ini di laman Launchpad dari versi antarabangsa dan tempatan.

    Linux to Succeed in 2015!
    Share:

    14.11.09

    Boot sistem dalam masa 10 saat?

    Kepada korang yang dah upgrade ke 9.10 dari mana-mana versi yang lepas, pastinya terasa sikit cepatnya masa untuk sistem dihidupkan (kalau dalam bahasa yang senang nak faham, boot time), mungkin kurang daro 20 saat (anggaran je la). Rasanya, memang laju masa boot tu.

    Tapi, percaya atau tidak, dalam 9.10 korang boleh lagi lajukan masa boot tu.


    Seperti yang sedia maklum, sasaran masa boot bagi versi 10.04 yang akan datang adalah kurang 10 saat. Jadi, pembangun Ubuntu mahukan pengguna Ubuntu merasakan dahulu pengalaman masa boot itu. Jadi, bagaimanakah?

    PEMBERITAHUAN
    Baru dimaklumkan ada masalah dimana sistem mengalami kernal panic untuk beberapa perkakasan. Jadi, diharap buat persediaan langkah berjaga-jaga sebelum perkara ini berlaku.

    Buat masa ini, hanya Ubuntu versi 9.10 (Karmic Koala) sahaja yang dapat merasakan pengalaman ini. Ikut langkah dibawah:-

    1. Buka Terminal dan masukkan barisan arahan ini:-
    2. sudo add-apt-repository ppa:ubuntu-boot/ppa
    3. Selesai langkah diatas, anda hanya perlu update dan upgrade pakej anda:- 
    4. sudo apt-get update && sudo apt-get dist-upgrade -y
    5. Reboot komputer anda dan cuba hidupkan jam randik :)
    Setakat yang saya cuba, masanya boleh dikatakan pantas..mungkin fail gambar dalam komputer ni banyak sangat kot..

    Cuba dan rasainya sekarang!

    Linux to Succeed in 2015!
    Share:

    22.4.09

    7.3.09

    Kopete - Problem dengan YM?


    Bagi mereka yang menggunakan KDE, pastinya anda menggunakan Kopete sebagai aplikasi mesej segera (Instant Messaging) seperti Pidgin dalam Gnome. Bagaimanapun aku sendiri dah menggunakan Kopete ini dalam interface Gnome sejak mula mengenali kebolehan aplikasi ini dalam VoIP, Video Confrence dan file transfer yang Pidgin tidak mampu lakukan semasa Ubuntu versi 7.04.

    Tapi, sejak Ubuntu 8.04, Kopete yang dalam transformasi penyesuaian untuk KDE4 mengalami masalah berkaitan GUI, sambungan ke server utama dan crash. Kalau korang yang pernah menggunakan KDE4 versi awal pastinya mengalami masalah yang sama. Berikutan itu, aku mundur balik ke Pidgin.

    Bru-baru ini, aku kembali mencuba online YM, Jabber, Live dan AOL saya dalam Kopete setelah dimaklumkan oleh member aku, yang mana memaklumkan Kopete kini sudah stabil. Dan sekali lagi, masalah berulang. Kali ni YM aku asyik kena tendang dalam 15 minit berikutnya. Yang hairannya Jabber, AOL dan Live tak ada pula menghadapi masalah ni, jadi terpaksalah kembali kembali ke Pidgin. Apa yang mahu diajukan sekarang, adakah Kopete menghadapi masalah atau Gnome memang tak dapat running aplikasi ini dengan baik? Hmm...

    Linux to Succeed in 2015!
    Share:

    31.1.09

    Pertarungan antara OpenSUSE 11, Ubuntu Intrepid dan Fedora Cambridge dalam PowerPC

    Mesti korang ingat Apple Computer kan? Apple ni antara gergasi pembuat PowerPC pada satu zaman dahulu. Tapi sekarang dah beralih arah kepada Intel sebab mungkin nak membangunkan Power processor tu tinggi sangat kosnya. Nak dijadikan cerita ada member (lagi) aku sorang ni nak format iBook G4 dia tukar lain. Sebab nak tukar kerana MacOS 9 (kurun bile ntah dia beli ni) yang sekarang dah tak wujud lagi lembab. Aku rekemen pakai Tiger (MacOS X), tapi dia cakap nak masuk Vista. Kene gelak skali ngan aku. Koh3... Tapi dasarnya boleh buat, cuma bukan boot version lerr..kena pakai virtual machine (salah satunya Q, free!). Jadi aku rekemen die guna Linux sebagai alternatif.

    "Linux?" dia cakap. Aku paham maksud dia tu, susah nak guna. Nak sedapkan hati orang (sambil nak duit dapat masuk poket ;P), aku tunjukkan Ubuntu dalam laptop aku. Dia agak tertarik. Dan tiba-tiba dia tanya balik, "yang tak buntu punya ada tak?" Aku bagi list (yang aku reti setup) antara Ubuntu sendiri, OpenSUSE dan Fedora. Jom tengok aku bedal satu-satu dalam iBook dia:-

    Ubuntu 8.10 PPC
    distro kegemaran aku. dalam cd PPC (PowerPC) yang aku download memang tak ada LiveCD. tak taulah kalau aku download versi lama atau memang aku tak pilih run LiveCD. siap je install, compiz time! dengan graphic card ATi 9200, ia amat lancar sekali! memang mengagumkan aku yang pertama kali tengok Ubuntu dalam PPC. Ni antara listdown aku..

    Suka
    - distro fevret aku..haha
    - apt - pengurus pakej paling hebat dalam Linux (dibangun oleh Debian)
    - compiz memang tak ada sangkut-sangkut macam laptop aku ni
    - tak ada yang lain selain syiok!

    Tak Suke
    - emerald tak boleh enable..kenapa?
    - ada sesetengah function button tak boleh guna
    - orange dalam PPC..aneh
    OpenSUSE 11 PPC
    distro paling terkenal dalam sektor kerajaan Malaysia. entah la kenapa. ni memang dah lama aku tau kemampuan untuk running dalam PPC. maklumlah, pembangun diorang banyak dekat Novell, pun pembangun Linux yang bukan calang-calang. masa aku download iso kat sini, versi 11 ni masih beta untuk PPC. tak tau pulak sekarang macam mana. macam aku yang dah kemaruk dengan Ubuntu adalah payah sikit nak guna package manager SUSE ni, sebab dia pakai yast (betul tak ejaan tu?). OpenSUSE ni kira aku buat main-main ajelah..

    Suka
    - interface simpel
    - lebih kurang macam Ubuntu, tapi kurang pakai terminal..menarik
    - driver dengan shortcut button semua berfungsi dengan baik
    - yast - control panel OpenSUSE semua-dalam-satu

    Tak Suka
    - KDE 4.1
    - Hijau yang melampau..tambahan dengan susumpah
    - aku sendiri tak reti guna yast..adehh
    Fedora 10 "Cambridge"
    aku lepas kenal Ubuntu barulah kenal Fedora. masa Ubuntu Edgy dulu aku pakai sekejap Fedora (masa tu 7) dan masa tu aku jadi Fedorian (pengakuan ikhlas). Tapi masa Fedora 8, aku tak tahan dengan bug yang melimpah ruah macam dapat sambal petai free. sebab tu aku kembali ke pangkal jalan (Ubuntu). kalau Fedora dalam PPC pulak, sama aje dalam pc, tapi kali ni aku cuba nak running versi ke-10 dengan kod nama Cambridge. otang cakap bug dah kurang sikit, tak macam 8 dengan 9 dulu. kalau versi ni, mungkin aku katakan package-kit nampak menonjol selain aplikasi lain dalam OS ni.

    Suka
    - bug kurang sikit dari Fedora Core 9
    - package-kit memang membantu tambah buang aplikasi

    Tak Suke
    - yum - lembab gileeeeee.....
    - KDE 4.1 (aku download KDE punye..hehe)
    - masih ada saki baki bug yang menyakitkan hati
    - Kopete CRASH!! (Kopete tak stabil atau Fedora goyah)
    Dari cerita yang ni, aku pun bagitaulah dekat dia mana satu dia nak. Dia terus pilih Ubuntu!

    p/s : ni cuma pandangan aku aje..hehe

    Linux to Succeed in 2015!
    Share:

    28.1.09

    Kisah Pendrive Lecturer, Member dan Ubuntu

    Satu hari yang gelap (malam daa..), member aku ade pulak telefon. Tak taulah mimpi apanye dia telefon masa macam ni. Nak pi makan pulak masa tu. Member punya pasal aku pun tolong la (dia panggil aku pi kat lokasi dia). Dipesannya sekali, bawa laptop untuk buat kerja ni. Sebenarnya aku dah tau apa ceritanya. Macam ni:-
    Petang tadi lecturer aku ade laa buat kelas pakai slide powerpoint. Kebetulan time tu laptop kat Unit IT dah tak ada. Pelik juga aku fikir. Last-last, pakai la laptop Vaio member aku sorang ni. Habis aje kelas, ade pulak member aku sorang ni sukarela eject pendrive lecturer tu. Tu baru satu part. Malam lepas maghrib, aku pi kedai jap beli roti dngan coki-coki. Kebetulan mase aku kat kedai tu, aku nampak la member aku sorang ni. Aku pelik sebab dia patutnye ade kelas sekarang ni, tapi apasal ade kat sini lagi? Dia pun bagi tau yang lecturer yang mengajar petang tadi berkenan sangat nak jumpa dia. Katanya ada masalah dengan pendrive tadi. Aku "Ooo.."kan aje, dan terus cabut balik rumah..
    Gitulah serba sedikit introduction. Jadi aku boleh agak yang member aku ni memang nak suru recover balik semua fail dalam pendrive tu balik. Apa yang berlaku sebenarnya pendrive tu tak eject dengan sempurna. Jadi berlaku file missing corruption. Jadi, nak menyelamatkan tiga member (ketua group, tuan punya Vaio dan sekarelawan eject pendrive) yang menjadi amarah lecturer aku ni (lecturer paling garang ni), aku gunakan kemampuan Ubuntu ni. Aplikasi yang diguna - PhotoRec. Nak tau lebih lanjut boleh rujuk disini.

    Aku dengan bongkaknya (huhu) gunakan tty1 untuk runningkan aplikasi tu. Jadi, wallah..semua fail dah recover. Dari situ sorang member aku berminat nak install Ubuntu, sorang yang dah install Ubuntu nak berguru pulak dengan aku dan sorang lagi senyum aje (nak lari dari kene pau la tu). Suami lecturer aku ni pun berminat nak tau ape aku buat tadi, jadi cuma jawab,"Guna Linux aje." Jadi, esoknya makan dan minum aku ditaja oleh mereka bertiga ini, sebab mereka beranggapan AKU SAVE THE WORLD!

    Moral of the story gunakan Ubuntu@Linux anda semaksima mungkin dalam usaha untuk mempromosikan produk ini dengan lebih menarik

    p/s : fail doc dengan ppt tak boleh kenalpasti. jadi kenalah rename format manually..SAMPAI SEKARANG! ;P

    Linux to Succeed in 2015!
    Share: