Memaparkan catatan dengan label Aplikasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aplikasi. Papar semua catatan

19.5.11

Membaik pulih script OpenERP Client


Memandangkan saya kini bertugas di salah satu syarikat IT besar, saya sekarang banyak ditugaskan dalam proses pembangunan perisian perancangan sumber syarikat atau dalam bahasa mudahnya enterprise resource planning (ERP), secara tepat OpenERP.

Dalam masa ini saya lebih dalam proses memahami aliran kerja (workflow) yang digunakan dalam perisian ini dan ternyata lebih kurang dengan kebanyakan ERP yang pernah saya gunakan seperti ADempiere dan OpenBravo. Cuma yang membezakan antara perisian tersebut adalah dari cara sistem digunakan dan programming language yang jauh berbeza, iaitu Python (ADempiere dan OpenBravo lebih menggunakan Java).

Masalah berlaku ketika saya cuba memasang dan menjalankan perisian aplikasi OpenERP atau OpenERP Client. Ini kerana saya mendapati kegagalan script mengenalpasti lokasi folder yang telah diletakkan oleh skrip pemasangan asal.

Sebagai permulaan, saya akan terangkan proses pemasangan OpenERP Client. Saya sekarang menggunakan platform Ubuntu 11.04 dan source file yang boleh dimuat turun dari laman OpenERP.

Pastikan anda sudah memasang dahulu beberapa keperluan atau dependency yang diperlukan untuk membolehkan perisian digunakan. Boleh rujuk disini.

Untuk muat turun mudah, anda boleh menggunakan baris arahan berikut:-
wget http://www.openerp.com/download/stable/source/openerp-client-6.0.2.tar.gz
Selepas selesai, extract fail tersebut dengan baris arahan ini:-
tar -xvf openerp-client-6.0.2.tar.gz
Satu folder baru akan terhasil. Sekarang proses pemasangan bermula. Anda hanya masuk ke folder yang baru tadi dengan baris arahan ini:-
cd openerp-client-6.0.2/
Kemudian anda hanya perlu lakukan proses pemasangan dengan menggunakan baris arahan ini:-
sudo python setup.py install
Tunggu hingga proses selesai, kemudian kerja sebenar anda bermula!

Jika anda cuba menjalankan perisian OpenERP Client dengan mengunakan Terminal, anda akan mendapat error yang menyatakan lokasi atau directory anda salah atau tiada, dan itulah yang perlu dibaiki.

Cara betulkan pula sangat mudah. Dengan menggunakan terminal lagi, buka aplikasi Gedit untuk membuat ubahsuai script seperti berikut:-
sudo gedit /usr/local/bin/openerp-client
Anda akan dapat lihat barisan script seperti ini:-
#!/bin/sh
cd /usr/local/lib/python2.7/dist-packages/openerp-client
exec /usr/bin/python ./openerp-client.py $@
Tukarkan lokasi folder itu menjadi seperti ini:-
#!/bin/sh
cd /usr/local/lib/python2.7/dist-packages/openerp_client-6.0.2-py2.7.egg/openerp-client
exec /usr/bin/python ./openerp-client.py $@
Selesai, klik save. Kemudian, anda juga harus mengubah lokasi folder dalam script utama OpenERP dengan cara untuk membukanya seperti ini:-
sudo gedit ~/.openerprc
Di dalam script itu, cari baris berikut:-
[path]
pixmaps = /usr/share/pixmaps/openerp-client
share = /usr/share/openerp-client
kepada ini:-
[path]
pixmaps = /usr/local/lib/python2.7/dist-packages/openerp_client-6.0.2-py2.7.egg/share/pixmaps/openerp-client
share = /usr/local/lib/python2.7/dist-packages/openerp_client-6.0.2-py2.7.egg/share/openerp-client
Selesai, sekali lagi save konfigurasi tersebut.

Sekarang anda boleh jalankan aplikasi OpenERP Client tersebut dengan menggunakan baris arahan "openerp-client" di terminal. Viola! Perisian tersebut berjaya berfungsi.

Antara muka OpenERP Client atas platform Ubuntu 11.04 yang menggunakan Gnome3
Terima kasih buat Taufik Anapiscan atas tutorial.

p/s: ada pakej .deb untuk Ubuntu, tapi malas nak guna+lambat dapat updates.

Linux to Succeed in 2015!
Share:

26.5.10

Twitter dalam Konsol/Terminal

Lama sudah tak update blog ni. Macam-macam masalah melanda. Apa pun, tak bermaksud saya tinggalkan laman ni macam tu saje.

Tapi kadang-kadang guna komputer orang lain yang menggunakan aplikasi berbeza dengan kita ada kalanya sukar sebenarnya. Macam saya update blog ni, saya menggunakan Bilbo Blogger dalam KDE, dan perkara paling penting bagi saya, update Twitter. Pasti diantara anda tak ada akaun Twitter, jadi tak ada kepentingan hendak install Gwibber walaupun sudah preinstalled dalam 10.04LTS, tapi bila sudah seida config dalam Gwibber komputer rakan anda yang anda pinjam, mesti nak kena buang. Bukan apa, takut disalah guna oleh pihak lain, bukan bermaksud rakan anda tu, mana tau kawan dia pulak yang pinjam laptop yang sama kalau dia tahu gunalah.

Puas mencari aplikasi mudah alih yang boleh digunakan dalam Ubuntu khususnya, jadi benda yang terngiang-ngiang di kepala mesti ada berkaitan dengan perkara asas; aplikasi yang boleh dijalan dalam Terminal command line la senang cakap, dan saya jumpainya!


Perkenalkan TTYtter, yang menggabungkan TTY iaitu TeleType (untuk lebih nampak, tekan Ctrl+Alt+F1, dan nak balik ke GUI Ctrl+Alt+F7) dan Twitter itu sendiri. Aplikasi ini jelas amatlah ringan tak sampai 1MB pun! dan dibangunkan mengunakan bahasa pengaturcaraan Perl. Sangat mudah untuk gunakannya.


Mula-mula, anda perlu muat turun fail aplikasi itu. Saiz? 113K sahaja. Buka Terminal anda, dan masukkan baris arahan berikut;
wget http://www.floodgap.com/software/ttytter/dist1/1.0.03.txt
Fail tersebut akan disimpan dalam direktori /Home anda. Tapi masalahnya, fail yang anda download tu bukanlah fail yang boleh execute dalam Terminal begitu sahaja. Jadi, anda harus benarkan fail tersebut untuk execute. Mudah saja, masukkan baris arahan ini pula;
chmod +x 1.0.03.txt
Dan, aplikasi ini sudah siap untuk digunakan. Soalan seterusnya, macam mana pula nak guna?

Sebelum anda nak guna, anda harus mempunyai akaun Twitter sebab jika tiada, macam mana anda nak broadcast tweet anda? Pastikan akaun anda ada, nama pengguna (username) dan kata laluan (password). Selepas pastikan semua itu sudah sedia, anda boleh log masuk aplikasi itu dengan menggunakan baris arahan berikut dalam Terminal;
./1.0.03.txt -user=username:password
Pastikan anda gantikan ruangan username dan password tu dengan maklumat akaun anda, dan anda kini dalam aplikasi tersebut. Jom Tweet!

Aplikasi ini boleh dibawa kemana-mana saja dengan hanya masukkan dalam thunbdrive anda dan digunakan dalam mana-mana distribusi Linux lain, atau menerusi LiveCD itu kalau kawan anda guna Windows lah. Selamat mencuba!

Hint
-anda hanya dibenarkan untuk broadcast tweet jika anda awalan "TTYtter>" di hadapan. jika tak ada, tekan je "enter".
-nak tahu lagi segala macam baris arahan untuk reply, direct message dan lain-lain, gunakan baris /help, segala macam arahan akan diberitahu untuk anda.
-jika rasa 1.0.03.txt tu panjang sangat nak taip, anda boleh tukar kepada nama lain dengan cara mudah "mv 1.0.03.txt =nama yang anda nak senang taip=". contoh "mv 1.0.03.txt ttytter" dan untuk jalankan aplikasi itu, gunakan awalan "./ttytter", iaitu nama yang anda dah tukar tadi.

Linux to Succeed in 2015!
Share:

6.4.10

Projek Manual Ubuntu ke Bahasa Malaysia dalam status Segera!

 Seperti yang sedia maklum dalam mailing list Projek Manual Ubuntu, semua update berkaitan projek ini kini dalam freeze stage dimana semua penambahan, pengubahsuaian tatabahasa dan pembetulan perkataan dibekukan dari sebarang pengubahsuaian supaya memudahkan kerja penterjemahan dan pembetulan jika terdapat kesilapan ejaan dan kesalahan minor lain.

Dalam kesempatan ini juga saya ingin mengajak anda sama ada mahir atau tidak mahir dengan Bahasa Malaysia supaya dapat bersama-sama realisasikan manual ini dalam bahasa yang kita fahami. Setidaknya, pengguna baru akan rasa lebih selesa mencuba sistem pengoperasian kegemaran ramai ini.

Buat masa ini, penterjemah ke Bahasa Malaysia hanya dibarisi oleh dua orang dan mengharap sokongan dari pengguna, komuniti juga anda yang berkemahiran tinggi dalam menterjemah. Maklumlah kalau yang bukan profesional buat terjemahan, litang pukang ayatnya.

Jadi, diharap anda menterjemah bersama-sama dan disamping itu anda boleh mengikut mailing list projek ini di laman Launchpad dari versi antarabangsa dan tempatan.

Linux to Succeed in 2015!
Share:

1.2.10

Flash Player untuk Firefox 64bit Machine

Selalu sangat mencari macam mana nak setup Flash Player dalam Ubuntu 64bit. Mana tidaknya perlu, nak view video dekat Youtube tu kena ada updated Flash Player, malahan hampir kesemua laman nak guna Flash sebagai penarik pengunjung akses selalu ke laman masing-masing. Kalau 32bit sekadar download pakej DEB dari laman download Flash.

Jadi dalam post ni, saya nak beri penerangan ringkas macam mana nak install Flash Player dalam bukan sahaja Ubuntu, malahan "hampir" atau semua rasanya distribusi Linux 64bit.

Mula-mula sekali anda perlulah muat turun Flash Player dari laman pembangun aplikasi ni. Anda boleh muat turun terus dari laman ini atau buka Terminal dan gunakan baris arahan berikut:-
wget http://download.macromedia.com/pub/labs/flashplayer10/libflashplayer-10.0.42.34.linux-x86_64.so.tar.gz
Seterusnya, anda hendaklah membuka atau dalam bahasa mudahnya unpack pakej .tar.gz tadi sila cari dimana anda simpan fail yang dimuat turun tadi. Tapi kalau masih syiok nak guna Terminal boleh gunakan baris arahan berikut:-

 tar xvf  libflashplayer-10.0.42.34.linux-x86_64.so.tar.gz
Selesai saja proses unpack tadi, anda akan perasan fail libflashplayer.so muncul dalam direktori atau folder yang sama dengan direktori yang anda muat turun fail .tar.gz tadi. Dengan kehandalan menaip anda, alihkan fail itu ke dalam senarai plug-in Firefox dengan memasukkan baris arahan berikut:-
sudo mv libflashplayer.so ~/.mozilla/plugin
Siap pindah fail berikut, anda cuma perlu tutup dan buka semula Firefox. Cuba buka Youtube untuk pastikan samada plug-in itu berfungsi dengan jayanya. Jika masih ada masalah bolehlah tinggalkan komen di bawah artikel ini.

Linux to Succeed in 2015!
Share:

15.4.09

Forefox Makin Hampeh?


Kalau korang menggunakan Firefox sekarang, macam mana prestasi internet browser tu? Bagi seseorang power user, aku rasa hampeh sikit dengan prestasi Firefox sekarang. Tak tahulah sebab apa, tapi lembab. Setiap kali aku load laman baru, mesti prestasi tak macam mula-mula kenal Firefox dulu (masa tu Firefox 1.5). Banyak tab, banyak tetingkap dan pop-up's; runsing kepala aku!

Tapi, rupanya bukan aku je mengalami masalah ni. Chris Pirrilo dalam blog rasminya menyatakan Firefox 3.0.8 amat bermasalah. Begitu juga dengan seroang mengguna dalam forum ini. Jadi, adakah pembangun Firefox berbaloi dengan penambahbaikkan dan naiktaraf Firefox hinggakan masa untuk memperbaiki beberapa masalah sampai lapan bulan lamanya (rujuk laman ini)?

Sampaikan aku 'bengang' dengan situasi ini, saya 'melarikan' diri menggunakan Opera dalam Ubuntu aku dan IE8 dalam W7 (jarang guna pun..hehe).

Opera walaupun tampak berat, tapi prestasinya lebih memberangsangkan, walaupun beberapa kali crash (sebab jarang update). Adakah korang dalam situasi yang sama?

Linux to Succeed in 2015!

Share:

7.3.09

Kopete - Problem dengan YM?


Bagi mereka yang menggunakan KDE, pastinya anda menggunakan Kopete sebagai aplikasi mesej segera (Instant Messaging) seperti Pidgin dalam Gnome. Bagaimanapun aku sendiri dah menggunakan Kopete ini dalam interface Gnome sejak mula mengenali kebolehan aplikasi ini dalam VoIP, Video Confrence dan file transfer yang Pidgin tidak mampu lakukan semasa Ubuntu versi 7.04.

Tapi, sejak Ubuntu 8.04, Kopete yang dalam transformasi penyesuaian untuk KDE4 mengalami masalah berkaitan GUI, sambungan ke server utama dan crash. Kalau korang yang pernah menggunakan KDE4 versi awal pastinya mengalami masalah yang sama. Berikutan itu, aku mundur balik ke Pidgin.

Bru-baru ini, aku kembali mencuba online YM, Jabber, Live dan AOL saya dalam Kopete setelah dimaklumkan oleh member aku, yang mana memaklumkan Kopete kini sudah stabil. Dan sekali lagi, masalah berulang. Kali ni YM aku asyik kena tendang dalam 15 minit berikutnya. Yang hairannya Jabber, AOL dan Live tak ada pula menghadapi masalah ni, jadi terpaksalah kembali kembali ke Pidgin. Apa yang mahu diajukan sekarang, adakah Kopete menghadapi masalah atau Gnome memang tak dapat running aplikasi ini dengan baik? Hmm...

Linux to Succeed in 2015!
Share:

4.3.09

Jom download Torrent!

Korang minat download filem, iso dan fail berskala besar? Atau lagi mudah saya katakan torrent? Yup, aku salah seorang peminat download torrent dari cerita filem lama, album, aplikasi dan iso sistem operasi komputer. Kalau nak tau, mula-mula aku download iso Ubuntu pakai torrent la. Kalau dalam Window, pastinya nama seperti BitTorrent, mTorrent malahan Opera Web Browser pun ada diorang punya sendiri torrent plugin. Tapi macam mana dalam Ubuntu? Adakah akan berakhir?


Jawapannya tidak sama sekali. Kalau korang tau Transmission, tulah torrent downloader korang selama ni. Untuk Transmission ni, tetingkapya lebih ringkas dan terhad. Sebenarnya, semua asas yang ada dalam BitTorrent tu dah siap dalam applikasi ni. Terbaru, aku sekarang tengah dok download Window 7 RC atas projek tertentu yang memerlukan torrent downloader, dan sekarang masih dalam perses download. Apa lagi, jom download dengan mudah torrent anda!

Bagi mereka yang masih blurr tentang apa itu torrent, klik sini.

p:s : BitTorrent ada didatangkan sekali untuk Linux, tapi macam berat...huhu..

Linux to Succeed in 2015!
Share: