Memaparkan catatan dengan label Laptop. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Laptop. Papar semua catatan

22.9.17

Masa mula Ubuntu 17.04 lama sangat (lebih 5 minit!)

Tak pasti kenapa sejak gunakan Ubuntu 17.04, saya mengalami masalah masa mula (boot time) yang sangat teruk. Setiap kali menghidupkan komputer, ia akan mengambil masa hampir 6 minit untuk masuk ke paparan masuk (login page).

Setelah dikenalpasti, masalah berpunca kerana ketiadaan sambungan rangkaian/network menggunakan kabel fizikal, berkemungkinan network settings dalam systemd yang digunakan pada Ubuntu versi ini ada beza berbanding versi sebelum.

Sebagai permulaan, saya akan kenalpasti proses apa yang memakan masa terlalu lama untuk mula dengan menggunakan baris atahan berikut:-
systemd-analyze blame
Sesudah tekan enter, saya mendapat respon ini:-


Jika anda lihat, servis network sahaja mengambil masa lebih 5 minit untuk mula, dan selepas merujuk jawapan di sini, rupanya systemd memerlukan sambungan kabel network secara kekal. Masalah ini dapat diselesaikan dengan mengubah tetapan pada file interfaces saya di /etc/network.

Apa yang perlu diubah hanya barisan interface (dalam kes saya, interface network fizikal adalah enp3s0) seperti berikut:-

#Asal
 auto enp3s0

#Selepas tukar
 allow-hotplug enp3s0
Selepas simpan tetapan tersebut, cuba restart semula komputer dan lihat kepantasan sistem ke paparan masuk.

Punca berlaku kejadian ini apabila saya melakukan pengubahsuai aturan network pada fail interfaces untuk mendapatkan IP statik dalam projek terdahulu. Mungkin terlupa saya ada ubah disitu, interface enp3s0 akan force dapatkan IP dari dhcp server.

Jimat masa, kalau tak satu kerja nak kena format laptop ni lagi.
Share:

22.4.16

Tiada Sambungan Wifi/Wireless Network Selepas Keluar Dari Mod "Sleep"

Barangkali saya bukan seorang yang menghadapi masalah dimana tiada sambungan wireless selepas buka komputer dari mod suspend atau sleep. Lebih mudah diterangkan adalah ketika anda tutup lid/skrin laptop dan kemudian buka semula untuk akses sistem terus. Ada kalanya, komputer langsung tak nampak apa-apa signal wireless lain, seperti anda tidak ada fungsi wifi langsung!

Saya perasan masalah ini berluma dari versi Ubuntu 15.04 dan mengharap versi akan datang akan menyelesaikan masalah, bagaimanapun setelah menggunakan versi 16.04 LTS yang baru, masalah masih sama.

Bagaimanapun, saya telah cuba mengatasi masalah ini dengan membuat satu skrip ringkas apabila sistem hidup dari mod suspend. Setakat ini, langkah ini berjaya menyelesaikan pada sistem Ubuntu 15.10 dan terbaru 16.04 LTS.

Pertama, anda perlu membuat satu skrip dengan menggunakan command berikut:-
sudo gedit /etc/pm/sleep.d/10_restart_wifi
Selepas masukkan command (terminal akan minta password anda) dan tekan enter, aplikasi gEdit (text editor) akan muncul dan disitu, anda perlu masukkan barisan skrip dibawah. Boleh saja terus copy dan paste:-
#!/bin/sh

case "${1}" in
    resume|thaw)
        systemctl restart network-manager.service
    ;;
esac
Selesai, save dan tutup aplikasi gEdit. Sebelum cuba untuk pastikan skrip ini berfungsi atau tidak, anda harus benarkan fail skrip tersebut mendapat kebenaran untuk dijalankan sebagai satu skrip. Jika tidak, fail tersebut hanya kekal sebagai fail biasa. Caranya, taip baris command berikut:-
sudo chmod +x /etc/pm/sleep.d/10_restart_wifi
Selepas selesai jalankan command tadi, anda boleh cuba pastikan dapat sambungan terus wifi anda atau tidak.

Untuk pengetahuan anda, skrip yang dibuat itu akan restart semula servis network manager, jadi dengan itu servis akan initiate dari mula semula seperti baru.

Mungkin versi akan datang akan menyelesaikan masalah ini dengan segera, sebab kalau asik kena buat macam ni leceh juga.

Anda juga boleh rujuk penyelesaian asal menerusi link ini.
Share:

2.9.10

Tukar Kata Laluan Anda Dengan Mudah

Saya ada satu masalah dekat rumah ni;
Adik sorang ni dah nak UPSR, sorang lagi sekolah. Larangan dalam rumah ni,"hari sekolah jangan pakai komputer, kecuali memang nak kena pakai". Tapi masalahnya, adiknya ni dah tak pandai kawal masa.
Jadi, saya cari beberapa penyelesaian selepas gagal melakukan konfigurasi Squid dan DansGuardian. Penyelesaian bagi masalah ini satu saya; tukar kata laluan.

Masalahnya sekarang macam mana nak ubah kata laluan tanpa disedari? Sampailah sedar ada satu baris arahan (command line) yang melakukan tugas tu.

Command ini bileh digunakan dalam mana-mana distribusi Linux, jadi memang tak ada asing pun, dan mudah!


  1. Buka Terminal/Konsol
  2. Masukkan baris arahan berikut dan tekan "Enter":-

    passwd
  3. Ikut arahan yang diberikan dan TADA! siap!
Macam mana nak buat secara sorok-sorok pula? Senang saja, pastikan komputer yang adik saya selalu guna tu dengan SSH, log masuk ke komputer tu dengan SSH, dan gunakan langkah yang sama, dia pasti tak sedar.

Senang kan dengan Linux :)


Linux to Succeed in 2015!
Share:

9.6.10

4 Sebab Linux Sesuai di Rumah

Sempat juga buat statistik walaupun pada dasarnya hanya pertanyaan rambang kepada 50 orang yang saya pernah dan sudah menukarkan mazhab komputer masing-masing kepada Linux. Menariknya, semua jawapan ini bukan andaian saya sendiri, tapi maklum balas mereka sendiri selepas gunakan Linux untuk kegunaan dalam rumah.

Ingin diingatkan kepada anda juga yang mereka ini tak ada pengalaman langsung dalam menggunakan Linux (tak kisah la distro apa pun) dan mereka bukanlah ada latar belakang pengguna teknologi pun, asalkan boleh jalan sudah.

Kali ni, saya kongsikan kepada anda 4 sebab "mereka" kata Linux sesuai digunakan di rumah:-

  • Tiada gusar tentang virus..lagi!
  • Ini memang sudah kemestian dari awal lagi. Bahkan, mak cik saya dari Simpang Renggam pun suruh saya install Ubuntu (dia nak Ubuntu, bukan aku rekemen pun) sebab tak tahan dengan virus. Manakan tidak, bila sebut saja virus, duit nak kena keluar. Apa yang saya maksudkan disini anda hendaklah menghantar PC atau komputer anda ke kedai komputer supaya dapat melakukan perkara yang dimanakan "servis". Sebenarnya terma servis tu saya agak aneh sebenarnya jika disebut dalam perisian, sebab rasanya setiap perisian ada aplikasi yang menyelenggara mengikut jangkamasa yang ditetapkan pembangun sistem pengoperasian. Kalau Hardware tu logik jugak la dia cakap "servis". Kos, mungkin boleh membawa sampai ke RM250 bergantung pada pengetahuan anda tentang komputer. 
    • Jimat sikit eletrik
    • Yang ini memang pelik tapi sebenarnya ada kesan. Tapi jika anda hanya gunakan desktop sahajalah, pengguna laptop, tak ada kesan bagi anda (kecuali kalau bateri laptop anda masih elok). Perkara ni sebenarnya sudah lama saya sedar 4 tahun lepas selepas saya menggunakan Linux secara penuh dalam rumah. Jaraknya tak adalah sampai beza RM200, anggaran dalam RM50 beza, dan mungkin agak besar penjimatannya. Bayangkan kalau anda dapat jimatkan RM50 selama 2 tahun, banyak tu. Apa yang dimaksudkan dalam point ni sebenarnya Linux menggunakan hardware anda secara optimum tanpa membazirkan sedikit pun resource perkakasan anda. Dan ya, anda rasa lebih pantas semasa menggunakan Linux berbanding yang anda gunakan sebelum ini (tak payah cakap, dah tahu kan?). 
    • Hampir semua Plug and Play
    • Kebanyakan komputer dalam isi rumah di Malaysia ni menggunakan perkakasan lama; monitor CRT, keyboard dan mouse lama, sampai pun masih pakai ribbon pun ada. Tak masuk lagi buble jet yang berkurun lamanya. Ada diantara perkakasan ni tak dapat digunakan sebab tiada sokongan driver, jadi memang tak boleh nak jalan langsung lah. Tapi isu ni tak nampak sangat masalah jika anda menggunakan Linux. Bahkan perkakasan baru sekarang pun sudah sedia guna untuk anda. Jadi, lupakan CD driver dalam kotak tu, sebab tak guna sangat pun. 
    • Kurang budak-budak nak main game
    • Perkara ni memang kegemaran isu yang disukai oleh pengguna yang mempunyai anak-anak yang bermasalah dalam mengatur masa menggunakan komputer dan masalah berjam-jam main permainan komputer. Linux seperti sedia maklum tidak dapat menjalankan game Windows secara natif dengan lancar, contoh game yang dibeli dari kedai perisian (pastinya cetak rompak kalau budak-budak boleh beli). Password atau akses juga boleh dikawal kerana Linux sudah sedia maklum dengan sistem keselamatan yang agak tinggi dan jika anda bijak, anda boleh mengawal masa penggunaan komputer, sama macam di kafe siber. Perkara ini dapat mendidik anak anda dalam menggunakan perisian tulen serta mengajar tentang bijak mengisi dan mengatur masa mereka sendiri. Bak kata pepatah, sayang isteri tinggal-tinggalkan, sayang anak tangan-tangankan. Tapi anda perlulah abaikan perkara ini jika anak anda cukup bijak mencari aplikasi Wine dan mampu bypass password, ini bermaksud anak anda tu hackers-in-making.

    Linux to Succeed in 2015!
    Share:

    1.2.10

    Flash Player untuk Firefox 64bit Machine

    Selalu sangat mencari macam mana nak setup Flash Player dalam Ubuntu 64bit. Mana tidaknya perlu, nak view video dekat Youtube tu kena ada updated Flash Player, malahan hampir kesemua laman nak guna Flash sebagai penarik pengunjung akses selalu ke laman masing-masing. Kalau 32bit sekadar download pakej DEB dari laman download Flash.

    Jadi dalam post ni, saya nak beri penerangan ringkas macam mana nak install Flash Player dalam bukan sahaja Ubuntu, malahan "hampir" atau semua rasanya distribusi Linux 64bit.

    Mula-mula sekali anda perlulah muat turun Flash Player dari laman pembangun aplikasi ni. Anda boleh muat turun terus dari laman ini atau buka Terminal dan gunakan baris arahan berikut:-
    wget http://download.macromedia.com/pub/labs/flashplayer10/libflashplayer-10.0.42.34.linux-x86_64.so.tar.gz
    Seterusnya, anda hendaklah membuka atau dalam bahasa mudahnya unpack pakej .tar.gz tadi sila cari dimana anda simpan fail yang dimuat turun tadi. Tapi kalau masih syiok nak guna Terminal boleh gunakan baris arahan berikut:-

     tar xvf  libflashplayer-10.0.42.34.linux-x86_64.so.tar.gz
    Selesai saja proses unpack tadi, anda akan perasan fail libflashplayer.so muncul dalam direktori atau folder yang sama dengan direktori yang anda muat turun fail .tar.gz tadi. Dengan kehandalan menaip anda, alihkan fail itu ke dalam senarai plug-in Firefox dengan memasukkan baris arahan berikut:-
    sudo mv libflashplayer.so ~/.mozilla/plugin
    Siap pindah fail berikut, anda cuma perlu tutup dan buka semula Firefox. Cuba buka Youtube untuk pastikan samada plug-in itu berfungsi dengan jayanya. Jika masih ada masalah bolehlah tinggalkan komen di bawah artikel ini.

    Linux to Succeed in 2015!
    Share:

    14.11.09

    Boot sistem dalam masa 10 saat?

    Kepada korang yang dah upgrade ke 9.10 dari mana-mana versi yang lepas, pastinya terasa sikit cepatnya masa untuk sistem dihidupkan (kalau dalam bahasa yang senang nak faham, boot time), mungkin kurang daro 20 saat (anggaran je la). Rasanya, memang laju masa boot tu.

    Tapi, percaya atau tidak, dalam 9.10 korang boleh lagi lajukan masa boot tu.


    Seperti yang sedia maklum, sasaran masa boot bagi versi 10.04 yang akan datang adalah kurang 10 saat. Jadi, pembangun Ubuntu mahukan pengguna Ubuntu merasakan dahulu pengalaman masa boot itu. Jadi, bagaimanakah?

    PEMBERITAHUAN
    Baru dimaklumkan ada masalah dimana sistem mengalami kernal panic untuk beberapa perkakasan. Jadi, diharap buat persediaan langkah berjaga-jaga sebelum perkara ini berlaku.

    Buat masa ini, hanya Ubuntu versi 9.10 (Karmic Koala) sahaja yang dapat merasakan pengalaman ini. Ikut langkah dibawah:-

    1. Buka Terminal dan masukkan barisan arahan ini:-
    2. sudo add-apt-repository ppa:ubuntu-boot/ppa
    3. Selesai langkah diatas, anda hanya perlu update dan upgrade pakej anda:- 
    4. sudo apt-get update && sudo apt-get dist-upgrade -y
    5. Reboot komputer anda dan cuba hidupkan jam randik :)
    Setakat yang saya cuba, masanya boleh dikatakan pantas..mungkin fail gambar dalam komputer ni banyak sangat kot..

    Cuba dan rasainya sekarang!

    Linux to Succeed in 2015!
    Share:

    28.8.09

    Laptop Rusia

    Pastinya anda tahu negara Rusia, antara negara paling digeruni di dunia juga antara negara yang mempunyai kadar jenayah paling tinggi di Eropah. Jadi, andaikan anda pergi ke sana - dengan membawa laptop anda. Tak risau ke kalau dek diragut orang?

    Tapi sedang-sedang saya gelintar beberapa laman web (sebenarnya niat nak cari logo fosschix.my), terjumpa satu artikel yang dikatakan "Russian Laptop".


    Tengok je macam kotak, tapi inilah cara mereka di sana inginkan komputer mudah alih dengan cara yang paling selamat. Jom lihat apa yang ada dalam "kotak" tu:-


    Lagi gambar boleh rujuk ke laman ini.

    Siapa kata orang Rusia buat senjata je?

    Linux to Succeed in 2015!
    Share: