Memaparkan catatan dengan label Projek. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Projek. Papar semua catatan

19.5.11

Membaik pulih script OpenERP Client


Memandangkan saya kini bertugas di salah satu syarikat IT besar, saya sekarang banyak ditugaskan dalam proses pembangunan perisian perancangan sumber syarikat atau dalam bahasa mudahnya enterprise resource planning (ERP), secara tepat OpenERP.

Dalam masa ini saya lebih dalam proses memahami aliran kerja (workflow) yang digunakan dalam perisian ini dan ternyata lebih kurang dengan kebanyakan ERP yang pernah saya gunakan seperti ADempiere dan OpenBravo. Cuma yang membezakan antara perisian tersebut adalah dari cara sistem digunakan dan programming language yang jauh berbeza, iaitu Python (ADempiere dan OpenBravo lebih menggunakan Java).

Masalah berlaku ketika saya cuba memasang dan menjalankan perisian aplikasi OpenERP atau OpenERP Client. Ini kerana saya mendapati kegagalan script mengenalpasti lokasi folder yang telah diletakkan oleh skrip pemasangan asal.

Sebagai permulaan, saya akan terangkan proses pemasangan OpenERP Client. Saya sekarang menggunakan platform Ubuntu 11.04 dan source file yang boleh dimuat turun dari laman OpenERP.

Pastikan anda sudah memasang dahulu beberapa keperluan atau dependency yang diperlukan untuk membolehkan perisian digunakan. Boleh rujuk disini.

Untuk muat turun mudah, anda boleh menggunakan baris arahan berikut:-
wget http://www.openerp.com/download/stable/source/openerp-client-6.0.2.tar.gz
Selepas selesai, extract fail tersebut dengan baris arahan ini:-
tar -xvf openerp-client-6.0.2.tar.gz
Satu folder baru akan terhasil. Sekarang proses pemasangan bermula. Anda hanya masuk ke folder yang baru tadi dengan baris arahan ini:-
cd openerp-client-6.0.2/
Kemudian anda hanya perlu lakukan proses pemasangan dengan menggunakan baris arahan ini:-
sudo python setup.py install
Tunggu hingga proses selesai, kemudian kerja sebenar anda bermula!

Jika anda cuba menjalankan perisian OpenERP Client dengan mengunakan Terminal, anda akan mendapat error yang menyatakan lokasi atau directory anda salah atau tiada, dan itulah yang perlu dibaiki.

Cara betulkan pula sangat mudah. Dengan menggunakan terminal lagi, buka aplikasi Gedit untuk membuat ubahsuai script seperti berikut:-
sudo gedit /usr/local/bin/openerp-client
Anda akan dapat lihat barisan script seperti ini:-
#!/bin/sh
cd /usr/local/lib/python2.7/dist-packages/openerp-client
exec /usr/bin/python ./openerp-client.py $@
Tukarkan lokasi folder itu menjadi seperti ini:-
#!/bin/sh
cd /usr/local/lib/python2.7/dist-packages/openerp_client-6.0.2-py2.7.egg/openerp-client
exec /usr/bin/python ./openerp-client.py $@
Selesai, klik save. Kemudian, anda juga harus mengubah lokasi folder dalam script utama OpenERP dengan cara untuk membukanya seperti ini:-
sudo gedit ~/.openerprc
Di dalam script itu, cari baris berikut:-
[path]
pixmaps = /usr/share/pixmaps/openerp-client
share = /usr/share/openerp-client
kepada ini:-
[path]
pixmaps = /usr/local/lib/python2.7/dist-packages/openerp_client-6.0.2-py2.7.egg/share/pixmaps/openerp-client
share = /usr/local/lib/python2.7/dist-packages/openerp_client-6.0.2-py2.7.egg/share/openerp-client
Selesai, sekali lagi save konfigurasi tersebut.

Sekarang anda boleh jalankan aplikasi OpenERP Client tersebut dengan menggunakan baris arahan "openerp-client" di terminal. Viola! Perisian tersebut berjaya berfungsi.

Antara muka OpenERP Client atas platform Ubuntu 11.04 yang menggunakan Gnome3
Terima kasih buat Taufik Anapiscan atas tutorial.

p/s: ada pakej .deb untuk Ubuntu, tapi malas nak guna+lambat dapat updates.

Linux to Succeed in 2015!
Share:

5.10.10

6.4.10

Projek Manual Ubuntu ke Bahasa Malaysia dalam status Segera!

 Seperti yang sedia maklum dalam mailing list Projek Manual Ubuntu, semua update berkaitan projek ini kini dalam freeze stage dimana semua penambahan, pengubahsuaian tatabahasa dan pembetulan perkataan dibekukan dari sebarang pengubahsuaian supaya memudahkan kerja penterjemahan dan pembetulan jika terdapat kesilapan ejaan dan kesalahan minor lain.

Dalam kesempatan ini juga saya ingin mengajak anda sama ada mahir atau tidak mahir dengan Bahasa Malaysia supaya dapat bersama-sama realisasikan manual ini dalam bahasa yang kita fahami. Setidaknya, pengguna baru akan rasa lebih selesa mencuba sistem pengoperasian kegemaran ramai ini.

Buat masa ini, penterjemah ke Bahasa Malaysia hanya dibarisi oleh dua orang dan mengharap sokongan dari pengguna, komuniti juga anda yang berkemahiran tinggi dalam menterjemah. Maklumlah kalau yang bukan profesional buat terjemahan, litang pukang ayatnya.

Jadi, diharap anda menterjemah bersama-sama dan disamping itu anda boleh mengikut mailing list projek ini di laman Launchpad dari versi antarabangsa dan tempatan.

Linux to Succeed in 2015!
Share:

9.1.10

3.1.10

Majalah Sumber Terbuka Malaysia - KOD

Baru je belek-belek malajah eletronik Full Circle, teringat pulak satu majalah eletronik yang pernah popular satu masa dulu - E-Maj MelayUbuntu. Yup, saya pasti anda pernah dengar tentang majalah ini, tapi mana keluaran seterusnya? Sebenarnya saya sendiri pun ternanti-nanti keluaran baru majalah ini namun orang yang bertanggungjawab menerbitkannya kini sibuk bertugas, mungkin sukar untuk dia menerbitkan lagi. Mungkin ada, tapi payah la kalau buat sorang-sorang. Jadi tahun baru ni aku terilham pulak benda baru - majalah cetak sumber terbuka untuk peminat sumber terbuka.

Jadi, saya munculkan idea nama majalah KOD yang melibatkan Komuniti, Open Source (Sumber Terbuka) dan Dokumentasi. Mungkin nama kod itu boleh dikaitkan dengan kod sumber atau source code juga. Idea ini pula tidak hanya tertutup untuk pengguna Linux (seperti Linux For You) atau pengguna distro (E-Maj atau Full Curcle), saya ingin sekali melibatkan semua komuniti dan aktiviti sumber terbuka dalam Malaysia.

Majalah ini juga akan diisi dengan pelbagai informasi seperti dokumentasi atau howto yang disediakan oleh pakar yang berpengalaman, aktiviti komuniti atau acara yang melibatkan sumber terbuka juga pelbagai review aplikasi, soal jawab serta pandangan dari mereka yang arif. Mungkin boleh menjadi salah satu majalah koleksi anda. Untuk makluman anda, majalah ini hanya boleh didapati secara pesanan online, dan takkan dapat di kedai buku biasa.

Jadi apa yang anda boleh bantu untuk merealisasikan majalah ini?
  • Artikel - anda boleh hantar sebanyak mana artikel berkaitan sumber terbuka, tidak kira berkaitan aplikasi, distro, bahasa komputer dan seterusnya yang anda boleh dan mungkin kami akan beri sedikit token kepada anda!
  • Promosi - anda boleh menggunakan media Facebook, Myspace, Twitter, LinkIn atau mungkin blog anda sendiri untuk memperkenal atau mempopularkan majalah ini kepada pengikut laman anda.
  • Grafik - mana-mana majalah pasti hendak menampilkan wajah yang menarik. semua grafik amat dialu-alukan.
Jadi apa lagi, mulakan segala karya anda dan email terus ke jipang_menjerit@ubuntuseekers.com secepat mungkin!

Linux to Succeed in 2015!
Share:

23.2.09

Projek Wallpaper Batik Ubuntu - GAGAL!

Kalau ada siapa-siapa yang ingat projek saya dalam irc #ubuntu-my (freenode) tentang wallpaper batik berunsurkan logo Ubuntu, dan diumumkan projek itu menghadapi kebuntuan yang sangat besar. Terdapat beberapa masalah yang berlaku dalam menghasilkan wallpaper ini, antaranya:-

  • Imej gambar yang terlalu mencondong. Saya menggunakan teknik fotografi dalam menghasilkan suasana, tetapi saya membuat beberapa masalah teknikal seperti over expose, angel lensa-batik dekat dan menyukarkan untuk saya memasukkan logo ubuntu itu sendiri
  • Kurang mendedahan dalam menggunakan GIMP dan aplikasi pemanipulasi imej kerana pendedahan dalam 'menghidupkan' imej yang ditampal kurang dan menyebabkan gambar itu sendiri tampak aneh
  • Masa untuk menghasilkan imej itu terhad kerana digunakan untuk menyiapkan assigment dan hal-hal Linux Varsiti
Mungkin ada yang lebih hebat boleh menghasilkan wallpaper mewakili Ubuntu Malaysia. Siapa tahu mungkin anda!

Linux to Succeed in 2015!
Share:

1.2.09

Acer TravelMate 500

Baru-baru ni aku ade pula dapat projek dari sorang member aku ni. Katanya nak format laptop. Jadi aku tanyalah nak format jadi apa? Dia dengan tanpa ragu-ragu dia nak format jadi Ubuntu. Ni yang buat aku excited ni - ada yang tersangkut jugak dengan Ubuntu. Aku apa lagi, ambil laptop dan terus lakukan kerja-kerja pemasangan.

Selepas selesai pemasangan termasuklah Compiz, Wine, GStremer, MPlayer, AWN dan lain-lain saya dapat mengukur kehebatan Ubuntu ini dari laptop yang rendah spesifikasinya. Ubuntu secara asasnya dapat berjalan dengan baik diatas mesen dibeli pada tahun 2001 itu, walaupun gamers dan penyebat beli aje.

Kalau nak lihat hasil kerja Ubuntu dalam mesen lama itu, jom:-

Compiz? Bereh...

Logo Ubuntu ditampal menunjukkan Ubuntu telah dipasang dalam laptop ini..XP tu boleh tanggal ye lepas ni..hehe

sticker rasmi Ubuntu dilekat depan panel LCD..tengoklah bertapa lamanya laptop ni..huhu


Mungkin inilah orang lama suka guna Linux..komputer lama boleh jadi hebat!
Linux to Succeed in 2015!
Share: