Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2009

Pertarungan antara OpenSUSE 11, Ubuntu Intrepid dan Fedora Cambridge dalam PowerPC

Mesti korang ingat Apple Computer kan? Apple ni antara gergasi pembuat PowerPC pada satu zaman dahulu. Tapi sekarang dah beralih arah kepada Intel sebab mungkin nak membangunkan Power processor tu tinggi sangat kosnya. Nak dijadikan cerita ada member (lagi) aku sorang ni nak format iBook G4 dia tukar lain. Sebab nak tukar kerana MacOS 9 (kurun bile ntah dia beli ni) yang sekarang dah tak wujud lagi lembab. Aku rekemen pakai Tiger (MacOS X), tapi dia cakap nak masuk Vista. Kene gelak skali ngan aku. Koh3... Tapi dasarnya boleh buat, cuma bukan boot version lerr..kena pakai virtual machine (salah satunya Q, free!). Jadi aku rekemen die guna Linux sebagai alternatif.

"Linux?" dia cakap. Aku paham maksud dia tu, susah nak guna. Nak sedapkan hati orang (sambil nak duit dapat masuk poket ;P), aku tunjukkan Ubuntu dalam laptop aku. Dia agak tertarik. Dan tiba-tiba dia tanya balik, "yang tak buntu punya ada tak?" Aku bagi list (yang aku reti setup) antara Ubuntu sendiri, Op…

UbuntuSeekers.cc.cc??

Baru tadi tukar setting domain UbuntuSeekers supaya redirect ke laman lain. Dah lama sebenarnya gunakan Co.CC ni sejak beralih arah dari cjb.net dan co.nr. Bukan apa, kadang-kadang naik meluat dengan servis diorang. Co.CC ni agak laju servisnya. Jadi, kalau nak buat domain free, pakailah Co.CC (promo pulak).

Berbalik cerita asal, masa nak redirect, ternampak satu domain yang agak aneh. www.ubuntuseekers.cc.cc, macam tu la bunyinya. Heran gak sebab aku tk de pulak buat domain sebegitu rupa. Jadi, aku pun try direct pi URL tu. Rupanya cuma satu web shop, macam e-Kedai Jom Linux. Apa yang menarik semasa saya setup webpage domain ini, ia ibaratkan sebuah laman lelong atau amazon.com yang menjual pelbagai barangan. Mungkin lepas ni nak jual baru Ubuntu ni dekat sana aje kot..huhu

p/s : aku ngantok nie...sesaje aje post mende ni

Linux to Succeed in 2015!

Kisah Pendrive Lecturer, Member dan Ubuntu

Satu hari yang gelap (malam daa..), member aku ade pulak telefon. Tak taulah mimpi apanye dia telefon masa macam ni. Nak pi makan pulak masa tu. Member punya pasal aku pun tolong la (dia panggil aku pi kat lokasi dia). Dipesannya sekali, bawa laptop untuk buat kerja ni. Sebenarnya aku dah tau apa ceritanya. Macam ni:-
Petang tadi lecturer aku ade laa buat kelas pakai slide powerpoint. Kebetulan time tu laptop kat Unit IT dah tak ada. Pelik juga aku fikir. Last-last, pakai la laptop Vaio member aku sorang ni. Habis aje kelas, ade pulak member aku sorang ni sukarela eject pendrive lecturer tu. Tu baru satu part. Malam lepas maghrib, aku pi kedai jap beli roti dngan coki-coki. Kebetulan mase aku kat kedai tu, aku nampak la member aku sorang ni. Aku pelik sebab dia patutnye ade kelas sekarang ni, tapi apasal ade kat sini lagi? Dia pun bagi tau yang lecturer yang mengajar petang tadi berkenan sangat nak jumpa dia. Katanya ada masalah dengan pendrive tadi. Aku "Ooo.."kan aje, dan t…

Apa Commad Paling Banyak Anda Guna?

Sedang bosan-bosan keliling laman web, saya terbaca tentang command line yang akan mengira jumlah command yang anda gunakan seperti sudo, ssh, unzip, iwlist dll. Mudah saya! Anda hanya perlu masukkan command line ini ke terminal anda:
history | awk '{a[$2]++ } END{for(i in a){print a[i] " " i}}'|sort -rn|head
Jadi, setakat ini saya sudah menggunakan command line ini dengan jumlah ini:
208 sudo
119 ls
92 cd
9 joe
8 unzip
7 iwlist
5 mysql
5 mpg123
5 exit
5 dpkgBagaimana dengan anda? Jom kongsi bersama..tinggalkan je kat comment bawah ni. Selamat mengira!

Linux to Succeed in 2015!

Bila Semua Naik Angin..

Baru-baru ni saya berkesempatan singgah di beberapa laman sahabat saya. Sedang seromok membaca, saya memerhatikan keadaan blog terutamanya MelayUbuntu kian panas pada awal tahun ini. Bila kian lama membaca, nampaknya memang perlu seseorang 'menegur' tindakan beberapa pengguna Ubuntu khususnya yang kononnya merasakan dirinya 'disisih' dari segala pertanyaan. Bukan kerana kami tidak mahu melayan tetapi ada kalanya anda sendiri yang tak mahu berusaha. Kami dulu macam anda juga, kosong tentang Linux. Tapi disebabkan usaha dan semangat ingin tahu kami telah mampu menjadi antara pengguna Ubuntu di Malaysia ini.

Dalam masa yang saya, beberapa projek seperti Kit Ubuntu 8.10 JomLinux dan My Mac For AllMelayUbuntu menjadi cemuhan beberapa individu yang masih tidak faham apa objektif projek itu dilakukan. Apa yang buat saya tertarik dengan artikel mereka adalah ada yang menyatakan bahawa Linux adalah percuma dan tidak akan berbayar. Sebenarnya saya boleh katakan yang individu ini …