Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2009

Mandriva 2010 - Mimpi Indah Bagi Orang Lama

Imej
Kiuz Pop : Senaraikan distribusi Linux terdahulu menggunakan KDE. Pastinya ada jawapan Slackware, RedHat (walaupun KDE dia menyakitkan hati - dulu laa) dan SuSE, tapi mungkin kebanyakan anda tak tahu Mandriva (dahulu dikenali sebagai Mandrake Linux) adalah antara distribusi Linux paling lama bertahan.

Sejarahnya bermula apabila MandrakeSoft yang berpangkalan di Perancis ditubuhkan oleh Gaƫl Duval semasa RedHat ketika itu versi 5.1 mula berkembang Gnome masih lagi versi 1.0. Tujuannya, seperti Ubuntu, ditujukan untuk pengguna baru. Bagaimanapun, nama Mandrake Linux itu telah difailkan saman dan seterusnya syarikat pembangun Linux di Brazil, Conectiva mengumumkan penggambungannya bersama MandrakeSoft dengan nama baru; Mandriva.


Kalau korang tanya aku, pengalaman aku ni tak ada la lama sangat dengan Mandriva ni. Bermula dengan Mandriva 10 (2009) dan terus naik taraf ke Mandriva 2009 Spring dan versi alpha atau beta pula dikenali menggunakan kod nama "cooker", dan sampailah seka…

Boot sistem dalam masa 10 saat?

Kepada korang yang dah upgrade ke 9.10 dari mana-mana versi yang lepas, pastinya terasa sikit cepatnya masa untuk sistem dihidupkan (kalau dalam bahasa yang senang nak faham, boot time), mungkin kurang daro 20 saat (anggaran je la). Rasanya, memang laju masa boot tu.

Tapi, percaya atau tidak, dalam 9.10 korang boleh lagi lajukan masa boot tu.


Seperti yang sedia maklum, sasaran masa boot bagi versi 10.04 yang akan datang adalah kurang 10 saat. Jadi, pembangun Ubuntu mahukan pengguna Ubuntu merasakan dahulu pengalaman masa boot itu. Jadi, bagaimanakah?

PEMBERITAHUAN
Baru dimaklumkan ada masalah dimana sistem mengalami kernal panic untuk beberapa perkakasan. Jadi, diharap buat persediaan langkah berjaga-jaga sebelum perkara ini berlaku.

Buat masa ini, hanya Ubuntu versi 9.10 (Karmic Koala) sahaja yang dapat merasakan pengalaman ini. Ikut langkah dibawah:-

Buka Terminal dan masukkan barisan arahan ini:-sudo add-apt-repository ppa:ubuntu-boot/ppa Selesai langkah diatas, anda hanya perlu u…

Tak Ada Kerja Buat Kerja

Jika anda perasan, saya baru sahaja tukarkan tema blog ini dari warna biru terang ke warna yang agak gelap. Maklumlah, dah lama tak tukar tema blog ni.

Tambahan saya pun macam tak ada idea nak menaip dalam blog ni. Tapi sebenarnya bukanlah saya tinggalkan, tapi saya sedang dalam pencarian macam mana nak setup dan hidupkan semula laman UbuntuSeekers dengan domain yang baru. Kalau domain dah baru, mestilah kita hendak sesuatu yang baru juga. Tapi, nantikan kemunculan semula laman itu sedikit masa lagi (rasanya dah berapa kali dah cakap benda ni..LOL).

Linux to Succeed in 2015!