Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2009

Maxis Broadband (Huawei E1762) dalam Kubuntu 9.10 Karmic Koala

Imej
Setelah sekian lama bermain-main dengan broadband ni, akhirnya berjaya juga aku siapkan. Mula-mula rumit la juga tapi selepas fahamkan artikel di laman Umarzuki dan laman Darjah Satu, dapat juga selesaikan masalah ni. Untuk perhatian anda, artikel ini adalh khas unruk pengguna Kubuntu, tapi pengguna distribusi Linux lain juga boleh menggunakkan langkah ini.

OK, kita mulakan tutorial ni:-
Pasang USB ModeSwitchMudah saja, anda boleh buka Konsol dengan memasukkan kata arahan berikut :-
sudo apt-get install usb-modeswitch
atau anda boleh gunakan KPackagekit dengan mencari usb-modeswitch. Untuk pengetahuan anda, fungsi aplikasi ini adalah untuk membuat "flip flop" dari perkakasan storan seperti pendrive anda kepada modem USB.

Ubah fail aturan USB ModeSwitchSebelum anda menggunakan aplikasi, beberapa modifikasi kecil perlu dibuat. Anda cuma perlu buka Konsol dan masukkan kata arahan berikut:-
sudo kate /etc/usb_modeswitch.conf
Aplikasi Kate akan muncul. Anda cuma perlu cari teks atau ba…