Catatan

Tunjukkan catatan dari 2010

Linux Varsiti 2010 Edisi Selatan II

Imej
Diharap anda dapat hadir memeriahkan majlis.


Linux to Succeed in 2015!

Menambah Resolusi Monitor Yang Hilang Dalam Ubuntu 10.04 LTS

Saya baru sebentar tadi menukar kabel VGA saya yang bermasalah kepada baru yang lebih berkualiti. Bagaimanapun selepas saya memasang, Ubuntu gagal mencari konfigurasi resolusi sebelum ini (1280x1024) dan memaparkan resolusi hodoh besar 800x600.

Apabila saya mencari pula resolusi dalam senarai pilihan di Setting>Administrator>Monitor, Ubuntu gagal memaparkan resolusi yang saya kehendaki. Jadi saya mencari bagaimana hendak dapatkan semula resolusi yang terdahulu. Mana tidaknya, saya bukan boleh tengok icon besar-besar, bukan zaman Windows 3.1 pun.


Sedang mencari, saya jumpa satu tutorial yang agak menarik menggunakan xrandr. xrandr ini adalah aplikasi dalam terminal yang mengenalpasti, mengubah atau menambah resolusi yang diinginkan oleh anda, tambahan sejak ketiadaan fail X.org dalam fail sistem Ubuntu sekarang.

Anda boleh semal senarai resolusi yang disediakan sistem dengan memasukkan baris arahan aplikasi tersebut ke dalam Terminal:-
xrandrJika dalam sistem saya, ia hanya memapar…

Membuat Tapisan Laman Web

Imej
Ingat lagi masalah saya yang sebelum ni? Ya, tentang adik saya yang ada masalah dengan pengurusan masa yang hanya bermain Facebook dan YouTube. Tapi, selepas saya semak senarai laman yang dikunjunginya, ada beberapa laman web yang kurang disenangi dan tidak sesuai untuk mereka. Anda faham apa yang saya maksudkan kan?

Saya maksudkan disini adalah laman-laman web dewasa atau dalam bahasa mudahnya Adult Website. Mesti dah dapat membayangkan kan apa yang saya maksudkan? Hehe. Jadi, saya mencari bagaimana hendak membuat tapisan atau filter bagi laman-laman web ini.


Untuk kali ini, saya akan tunjukkan cara-cara menyekat laman ini dari dicapai oleh adik anda yang masih kecil mahupun anak anda bagi mereka yang sudah berkeluarga.



Kita mulakan dengan Windows dahulu. Saya puas mencari aplikasi mudah untuk melakukan tugas ini, tetapi majoriti aplikasi dalam sistem operasi ini (yang percuma) gagal melakukan tugas dengan baik. Tapi, saya sumpa satu aplikasi, Blue Coat K9 Web Protection. Menarik tenta…

Tukar Kata Laluan Anda Dengan Mudah

Saya ada satu masalah dekat rumah ni;
Adik sorang ni dah nak UPSR, sorang lagi sekolah. Larangan dalam rumah ni,"hari sekolah jangan pakai komputer, kecuali memang nak kena pakai". Tapi masalahnya, adiknya ni dah tak pandai kawal masa.Jadi, saya cari beberapa penyelesaian selepas gagal melakukan konfigurasi Squid dan DansGuardian. Penyelesaian bagi masalah ini satu saya; tukar kata laluan.

Masalahnya sekarang macam mana nak ubah kata laluan tanpa disedari? Sampailah sedar ada satu baris arahan (command line) yang melakukan tugas tu.

Command ini bileh digunakan dalam mana-mana distribusi Linux, jadi memang tak ada asing pun, dan mudah!


Buka Terminal/KonsolMasukkan baris arahan berikut dan tekan "Enter":-

passwdIkut arahan yang diberikan dan TADA! siap!Macam mana nak buat secara sorok-sorok pula? Senang saja, pastikan komputer yang adik saya selalu guna tu dengan SSH, log masuk ke komputer tu dengan SSH, dan gunakan langkah yang sama, dia pasti tak sedar.
Senang kan denga…

Berdebu dah blog ni~

Hehe..lama sudah tau update blog ni.

Sikit saja entri kali ni, cuma hendak mengucapkan Selamat menyambut Ramadhan kepada semua yang beragama Islam yang baca atau tidak di blog ini. Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna.

Update akan datang, saya akan ajar anda macam mana hendak install Slackware ke komputer anda. Tungguuuuuuuu~

Linux to Succeed in 2015!

4 Sebab Linux Sesuai di Rumah

Sempat juga buat statistik walaupun pada dasarnya hanya pertanyaan rambang kepada 50 orang yang saya pernah dan sudah menukarkan mazhab komputer masing-masing kepada Linux. Menariknya, semua jawapan ini bukan andaian saya sendiri, tapi maklum balas mereka sendiri selepas gunakan Linux untuk kegunaan dalam rumah.

Ingin diingatkan kepada anda juga yang mereka ini tak ada pengalaman langsung dalam menggunakan Linux (tak kisah la distro apa pun) dan mereka bukanlah ada latar belakang pengguna teknologi pun, asalkan boleh jalan sudah.

Kali ni, saya kongsikan kepada anda 4 sebab "mereka" kata Linux sesuai digunakan di rumah:-

Tiada gusar tentang virus..lagi! Ini memang sudah kemestian dari awal lagi. Bahkan, mak cik saya dari Simpang Renggam pun suruh saya install Ubuntu (dia nak Ubuntu, bukan aku rekemen pun) sebab tak tahan dengan virus. Manakan tidak, bila sebut saja virus, duit nak kena keluar. Apa yang saya maksudkan disini anda hendaklah menghantar PC atau komputer anda ke k…

Twitter dalam Konsol/Terminal

Imej
Lama sudah tak update blog ni. Macam-macam masalah melanda. Apa pun, tak bermaksud saya tinggalkan laman ni macam tu saje.

Tapi kadang-kadang guna komputer orang lain yang menggunakan aplikasi berbeza dengan kita ada kalanya sukar sebenarnya. Macam saya update blog ni, saya menggunakan Bilbo Blogger dalam KDE, dan perkara paling penting bagi saya, update Twitter. Pasti diantara anda tak ada akaun Twitter, jadi tak ada kepentingan hendak install Gwibber walaupun sudah preinstalled dalam 10.04LTS, tapi bila sudah seida config dalam Gwibber komputer rakan anda yang anda pinjam, mesti nak kena buang. Bukan apa, takut disalah guna oleh pihak lain, bukan bermaksud rakan anda tu, mana tau kawan dia pulak yang pinjam laptop yang sama kalau dia tahu gunalah.

Puas mencari aplikasi mudah alih yang boleh digunakan dalam Ubuntu khususnya, jadi benda yang terngiang-ngiang di kepala mesti ada berkaitan dengan perkara asas; aplikasi yang boleh dijalan dalam Terminal command line la senang cakap, dan …

Projek Manual Ubuntu ke Bahasa Malaysia dalam status Segera!

Imej
Seperti yang sedia maklum dalam mailing list Projek Manual Ubuntu, semua update berkaitan projek ini kini dalam freeze stage dimana semua penambahan, pengubahsuaian tatabahasa dan pembetulan perkataan dibekukan dari sebarang pengubahsuaian supaya memudahkan kerja penterjemahan dan pembetulan jika terdapat kesilapan ejaan dan kesalahan minor lain.

Dalam kesempatan ini juga saya ingin mengajak anda sama ada mahir atau tidak mahir dengan Bahasa Malaysia supaya dapat bersama-sama realisasikan manual ini dalam bahasa yang kita fahami. Setidaknya, pengguna baru akan rasa lebih selesa mencuba sistem pengoperasian kegemaran ramai ini.

Buat masa ini, penterjemah ke Bahasa Malaysia hanya dibarisi oleh dua orang dan mengharap sokongan dari pengguna, komuniti juga anda yang berkemahiran tinggi dalam menterjemah. Maklumlah kalau yang bukan profesional buat terjemahan, litang pukang ayatnya.

Jadi, diharap anda menterjemah bersama-sama dan disamping itu anda boleh mengikut mailing list projek ini d…

Projek Manual Ubuntu : Pengguna Malaysia Mahukan Bantuan Anda!

Imej
Disebabkan semakin ramai pengguna baru Ubuntu yang inginkan sesuatu bahan bacaan atau tutorial yang lengkap dalam menggunakan Ubuntu, mungkin ini membuatkan Benjamin Humprey terpanggil untuk melaksanakan projek yang sangat bernas; The Ubuntu Manual.

The Ubuntu Manual kini dalam stage beta1 kalau tak silap lerr dalam penghasilan manual ini. Jadi, saya sebagai salah seorang aktivis yang aktif dalam projek ini mengajak anda untuk melakukan percubaan bacaan untuk mengesan sebarang kesalahan ejaan, tatabahasa atau sebarang keraguan dengan ayat yang digunakan kerana misi utama projek ini adalah untuk menghasilkan manual yang bebas dari ayat teknikal yang semestinya membingungkan pengguna biasa. Anda boleh memuat turun fail tersebut dengan klik dibawah:-





Jila anda perasan sebarang kesalahan seperti yang saya maklumkan diatas, anda boleh terus mengisi borang online di LaunchPad sebagai Bug kami.





Saya juga ingin mengajak anda melakukan penterjemahan kepada Bahasa Melayu selaras dengan keperlu…

Flash Player untuk Firefox 64bit Machine

Selalu sangat mencari macam mana nak setup Flash Player dalam Ubuntu 64bit. Mana tidaknya perlu, nak view video dekat Youtube tu kena ada updated Flash Player, malahan hampir kesemua laman nak guna Flash sebagai penarik pengunjung akses selalu ke laman masing-masing. Kalau 32bit sekadar download pakej DEB dari laman download Flash.

Jadi dalam post ni, saya nak beri penerangan ringkas macam mana nak install Flash Player dalam bukan sahaja Ubuntu, malahan "hampir" atau semua rasanya distribusi Linux 64bit.

Mula-mula sekali anda perlulah muat turun Flash Player dari laman pembangun aplikasi ni. Anda boleh muat turun terus dari laman ini atau buka Terminal dan gunakan baris arahan berikut:-
wget http://download.macromedia.com/pub/labs/flashplayer10/libflashplayer-10.0.42.34.linux-x86_64.so.tar.gz Seterusnya, anda hendaklah membuka atau dalam bahasa mudahnya unpack pakej .tar.gz tadi sila cari dimana anda simpan fail yang dimuat turun tadi. Tapi kalau masih syiok nak guna Terminal…

Sembah Takziah Atas Kemangkatan DYMM Sultan Johor

Imej
DYMM Sultan Mahmud Iskandar Alhaj Ibni Al-Marhum Sultan Ismail
(1932 - 2010)

Almarhum disahkan mangkat pada jam 7.06 petang tadi (22 Januari 2010) di Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru.

Semoga roh baginda ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. Al-Fatihah


Linux to Succeed in 2015!

Mock-Up Majalah KOD

Imej
Komen dan pandangan boleh terus tinggalkan komen di bawah post artikel serba ringkas ni. Nantikan kemunculan penuh pada keluaran Februari 2010.

P/S: Ya, saya perasan dengan kesilapan ejaan tu..abaikan je la

Linux to Succeed in 2015!

Majalah Sumber Terbuka Malaysia - KOD

Baru je belek-belek malajah eletronik Full Circle, teringat pulak satu majalah eletronik yang pernah popular satu masa dulu - E-Maj MelayUbuntu. Yup, saya pasti anda pernah dengar tentang majalah ini, tapi mana keluaran seterusnya? Sebenarnya saya sendiri pun ternanti-nanti keluaran baru majalah ini namun orang yang bertanggungjawab menerbitkannya kini sibuk bertugas, mungkin sukar untuk dia menerbitkan lagi. Mungkin ada, tapi payah la kalau buat sorang-sorang. Jadi tahun baru ni aku terilham pulak benda baru - majalah cetak sumber terbuka untuk peminat sumber terbuka.

Jadi, saya munculkan idea nama majalah KOD yang melibatkan Komuniti, Open Source (Sumber Terbuka) dan Dokumentasi. Mungkin nama kod itu boleh dikaitkan dengan kod sumber atau source code juga. Idea ini pula tidak hanya tertutup untuk pengguna Linux (seperti Linux For You) atau pengguna distro (E-Maj atau Full Curcle), saya ingin sekali melibatkan semua komuniti dan aktiviti sumber terbuka dalam Malaysia.

Majalah ini jug…