Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2010

Sembah Takziah Atas Kemangkatan DYMM Sultan Johor

Imej
DYMM Sultan Mahmud Iskandar Alhaj Ibni Al-Marhum Sultan Ismail
(1932 - 2010)

Almarhum disahkan mangkat pada jam 7.06 petang tadi (22 Januari 2010) di Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru.

Semoga roh baginda ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. Al-Fatihah


Linux to Succeed in 2015!

Mock-Up Majalah KOD

Imej
Komen dan pandangan boleh terus tinggalkan komen di bawah post artikel serba ringkas ni. Nantikan kemunculan penuh pada keluaran Februari 2010.

P/S: Ya, saya perasan dengan kesilapan ejaan tu..abaikan je la

Linux to Succeed in 2015!

Majalah Sumber Terbuka Malaysia - KOD

Baru je belek-belek malajah eletronik Full Circle, teringat pulak satu majalah eletronik yang pernah popular satu masa dulu - E-Maj MelayUbuntu. Yup, saya pasti anda pernah dengar tentang majalah ini, tapi mana keluaran seterusnya? Sebenarnya saya sendiri pun ternanti-nanti keluaran baru majalah ini namun orang yang bertanggungjawab menerbitkannya kini sibuk bertugas, mungkin sukar untuk dia menerbitkan lagi. Mungkin ada, tapi payah la kalau buat sorang-sorang. Jadi tahun baru ni aku terilham pulak benda baru - majalah cetak sumber terbuka untuk peminat sumber terbuka.

Jadi, saya munculkan idea nama majalah KOD yang melibatkan Komuniti, Open Source (Sumber Terbuka) dan Dokumentasi. Mungkin nama kod itu boleh dikaitkan dengan kod sumber atau source code juga. Idea ini pula tidak hanya tertutup untuk pengguna Linux (seperti Linux For You) atau pengguna distro (E-Maj atau Full Curcle), saya ingin sekali melibatkan semua komuniti dan aktiviti sumber terbuka dalam Malaysia.

Majalah ini jug…