Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2010

4 Sebab Linux Sesuai di Rumah

Sempat juga buat statistik walaupun pada dasarnya hanya pertanyaan rambang kepada 50 orang yang saya pernah dan sudah menukarkan mazhab komputer masing-masing kepada Linux. Menariknya, semua jawapan ini bukan andaian saya sendiri, tapi maklum balas mereka sendiri selepas gunakan Linux untuk kegunaan dalam rumah.

Ingin diingatkan kepada anda juga yang mereka ini tak ada pengalaman langsung dalam menggunakan Linux (tak kisah la distro apa pun) dan mereka bukanlah ada latar belakang pengguna teknologi pun, asalkan boleh jalan sudah.

Kali ni, saya kongsikan kepada anda 4 sebab "mereka" kata Linux sesuai digunakan di rumah:-

Tiada gusar tentang virus..lagi! Ini memang sudah kemestian dari awal lagi. Bahkan, mak cik saya dari Simpang Renggam pun suruh saya install Ubuntu (dia nak Ubuntu, bukan aku rekemen pun) sebab tak tahan dengan virus. Manakan tidak, bila sebut saja virus, duit nak kena keluar. Apa yang saya maksudkan disini anda hendaklah menghantar PC atau komputer anda ke k…