Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2010

Menambah Resolusi Monitor Yang Hilang Dalam Ubuntu 10.04 LTS

Saya baru sebentar tadi menukar kabel VGA saya yang bermasalah kepada baru yang lebih berkualiti. Bagaimanapun selepas saya memasang, Ubuntu gagal mencari konfigurasi resolusi sebelum ini (1280x1024) dan memaparkan resolusi hodoh besar 800x600.

Apabila saya mencari pula resolusi dalam senarai pilihan di Setting>Administrator>Monitor, Ubuntu gagal memaparkan resolusi yang saya kehendaki. Jadi saya mencari bagaimana hendak dapatkan semula resolusi yang terdahulu. Mana tidaknya, saya bukan boleh tengok icon besar-besar, bukan zaman Windows 3.1 pun.


Sedang mencari, saya jumpa satu tutorial yang agak menarik menggunakan xrandr. xrandr ini adalah aplikasi dalam terminal yang mengenalpasti, mengubah atau menambah resolusi yang diinginkan oleh anda, tambahan sejak ketiadaan fail X.org dalam fail sistem Ubuntu sekarang.

Anda boleh semal senarai resolusi yang disediakan sistem dengan memasukkan baris arahan aplikasi tersebut ke dalam Terminal:-
xrandrJika dalam sistem saya, ia hanya memapar…

Membuat Tapisan Laman Web

Imej
Ingat lagi masalah saya yang sebelum ni? Ya, tentang adik saya yang ada masalah dengan pengurusan masa yang hanya bermain Facebook dan YouTube. Tapi, selepas saya semak senarai laman yang dikunjunginya, ada beberapa laman web yang kurang disenangi dan tidak sesuai untuk mereka. Anda faham apa yang saya maksudkan kan?

Saya maksudkan disini adalah laman-laman web dewasa atau dalam bahasa mudahnya Adult Website. Mesti dah dapat membayangkan kan apa yang saya maksudkan? Hehe. Jadi, saya mencari bagaimana hendak membuat tapisan atau filter bagi laman-laman web ini.


Untuk kali ini, saya akan tunjukkan cara-cara menyekat laman ini dari dicapai oleh adik anda yang masih kecil mahupun anak anda bagi mereka yang sudah berkeluarga.



Kita mulakan dengan Windows dahulu. Saya puas mencari aplikasi mudah untuk melakukan tugas ini, tetapi majoriti aplikasi dalam sistem operasi ini (yang percuma) gagal melakukan tugas dengan baik. Tapi, saya sumpa satu aplikasi, Blue Coat K9 Web Protection. Menarik tenta…

Tukar Kata Laluan Anda Dengan Mudah

Saya ada satu masalah dekat rumah ni;
Adik sorang ni dah nak UPSR, sorang lagi sekolah. Larangan dalam rumah ni,"hari sekolah jangan pakai komputer, kecuali memang nak kena pakai". Tapi masalahnya, adiknya ni dah tak pandai kawal masa.Jadi, saya cari beberapa penyelesaian selepas gagal melakukan konfigurasi Squid dan DansGuardian. Penyelesaian bagi masalah ini satu saya; tukar kata laluan.

Masalahnya sekarang macam mana nak ubah kata laluan tanpa disedari? Sampailah sedar ada satu baris arahan (command line) yang melakukan tugas tu.

Command ini bileh digunakan dalam mana-mana distribusi Linux, jadi memang tak ada asing pun, dan mudah!


Buka Terminal/KonsolMasukkan baris arahan berikut dan tekan "Enter":-

passwdIkut arahan yang diberikan dan TADA! siap!Macam mana nak buat secara sorok-sorok pula? Senang saja, pastikan komputer yang adik saya selalu guna tu dengan SSH, log masuk ke komputer tu dengan SSH, dan gunakan langkah yang sama, dia pasti tak sedar.
Senang kan denga…