Catatan

Tunjukkan catatan dari 2016

Tiada Sambungan Wifi/Wireless Network Selepas Keluar Dari Mod "Sleep"

Barangkali saya bukan seorang yang menghadapi masalah dimana tiada sambungan wireless selepas buka komputer dari mod suspend atau sleep. Lebih mudah diterangkan adalah ketika anda tutup lid/skrin laptop dan kemudian buka semula untuk akses sistem terus. Ada kalanya, komputer langsung tak nampak apa-apa signalwireless lain, seperti anda tidak ada fungsi wifi langsung!

Saya perasan masalah ini berluma dari versi Ubuntu 15.04 dan mengharap versi akan datang akan menyelesaikan masalah, bagaimanapun setelah menggunakan versi 16.04 LTS yang baru, masalah masih sama.

Bagaimanapun, saya telah cuba mengatasi masalah ini dengan membuat satu skrip ringkas apabila sistem hidup dari mod suspend. Setakat ini, langkah ini berjaya menyelesaikan pada sistem Ubuntu 15.10 dan terbaru 16.04 LTS.

Pertama, anda perlu membuat satu skrip dengan menggunakan command berikut:-
sudo gedit /etc/pm/sleep.d/10_restart_wifi Selepas masukkan command (terminal akan minta password anda) dan tekan enter, aplikasi gEdit …