Catatan

Masa mula Ubuntu 17.04 lama sangat (lebih 5 minit!)

Imej
Tak pasti kenapa sejak gunakan Ubuntu 17.04, saya mengalami masalah masa mula (boot time) yang sangat teruk. Setiap kali menghidupkan komputer, ia akan mengambil masa hampir 6 minit untuk masuk ke paparan masuk (login page).

Setelah dikenalpasti, masalah berpunca kerana ketiadaan sambungan rangkaian/network menggunakan kabel fizikal, berkemungkinan network settings dalam systemd yang digunakan pada Ubuntu versi ini ada beza berbanding versi sebelum.

Sebagai permulaan, saya akan kenalpasti proses apa yang memakan masa terlalu lama untuk mula dengan menggunakan baris atahan berikut:-
systemd-analyze blame Sesudah tekan enter, saya mendapat respon ini:-


Jika anda lihat, servis network sahaja mengambil masa lebih 5 minit untuk mula, dan selepas merujuk jawapan di sini, rupanya systemd memerlukan sambungan kabel network secara kekal. Masalah ini dapat diselesaikan dengan mengubah tetapan pada file interfaces saya di /etc/network.

Apa yang perlu diubah hanya barisan interface (dalam kes say…

Tiada Sambungan Wifi/Wireless Network Selepas Keluar Dari Mod "Sleep"

Barangkali saya bukan seorang yang menghadapi masalah dimana tiada sambungan wireless selepas buka komputer dari mod suspend atau sleep. Lebih mudah diterangkan adalah ketika anda tutup lid/skrin laptop dan kemudian buka semula untuk akses sistem terus. Ada kalanya, komputer langsung tak nampak apa-apa signalwireless lain, seperti anda tidak ada fungsi wifi langsung!

Saya perasan masalah ini berluma dari versi Ubuntu 15.04 dan mengharap versi akan datang akan menyelesaikan masalah, bagaimanapun setelah menggunakan versi 16.04 LTS yang baru, masalah masih sama.

Bagaimanapun, saya telah cuba mengatasi masalah ini dengan membuat satu skrip ringkas apabila sistem hidup dari mod suspend. Setakat ini, langkah ini berjaya menyelesaikan pada sistem Ubuntu 15.10 dan terbaru 16.04 LTS.

Pertama, anda perlu membuat satu skrip dengan menggunakan command berikut:-
sudo gedit /etc/pm/sleep.d/10_restart_wifi Selepas masukkan command (terminal akan minta password anda) dan tekan enter, aplikasi gEdit …

Surat Jemputan Peserta Umum Malaysia Open Source Conference 2011 (MOSC2011)

Jemput semua untuk hadir.

Linux to Succeed in 2015!

Membaik pulih script OpenERP Client

Imej
Memandangkan saya kini bertugas di salah satu syarikat IT besar, saya sekarang banyak ditugaskan dalam proses pembangunan perisian perancangansumbersyarikat atau dalam bahasa mudahnya enterprise resource planning (ERP), secara tepat OpenERP.

Dalam masa ini saya lebih dalam proses memahami aliran kerja (workflow) yang digunakan dalam perisian ini dan ternyata lebih kurang dengan kebanyakan ERP yang pernah saya gunakan seperti ADempiere dan OpenBravo. Cuma yang membezakan antara perisian tersebut adalah dari cara sistem digunakan dan programming language yang jauh berbeza, iaitu Python (ADempiere dan OpenBravo lebih menggunakan Java).

Masalah berlaku ketika saya cuba memasang dan menjalankan perisian aplikasi OpenERP atau OpenERP Client. Ini kerana saya mendapati kegagalan script mengenalpasti lokasi folder yang telah diletakkan oleh skrip pemasangan asal.

Sebagai permulaan, saya akan terangkan proses pemasangan OpenERP Client. Saya sekarang menggunakan platform Ubuntu 11.04 dan source…

Bersawang Sangat!

Lama sudah tak berkesempatan nak update maklumat dan tips baru untuk anda semua. Al-maklumlah, dah mula kerja ni. Jadi nak sempatkan beberapa point dab beberapa benda yang akan saya kongsikan dengan ada di masa akan datang:-

Ubuntu kini 11.04! Ya, kini Ubuntu beranjank dengan versi keluaran terbaru dari 10.10 kepada 11.04. Dengan kod nama "Natty Narwhal", Ubuntu kali ini didatangkan dekalu dengan Unity selain Gnome yang beralih ke Gnome 3 dan desktop environment yang lain.Fedora 15 Beta + Gnome 3 Antara distribusi Linux yang paling maju, Fedora kini sudah sedia didatangkan dengan Gnome 3 yang dianggap sebagai peneraju masa hadapan. Dikatakan Fedora 15 ini agak stabil walaupun dalam status beta. Nantikan review saya nanti.Linux Varsiti - Cerita di Sebalik Tadbir Ya, ramai dah dengar cerita tentang Linux Varsiti ditamatkan. Tapi, apa yang dah jadi? Macam mana feedback dari orang ramai? Akan dikupas lebih di masa hadapan. p/s: nak kena tukar footer punya line ni

Linux to Succeed…

Linux Varsiti 2010 Edisi Selatan II

Imej
Diharap anda dapat hadir memeriahkan majlis.


Linux to Succeed in 2015!

Menambah Resolusi Monitor Yang Hilang Dalam Ubuntu 10.04 LTS

Saya baru sebentar tadi menukar kabel VGA saya yang bermasalah kepada baru yang lebih berkualiti. Bagaimanapun selepas saya memasang, Ubuntu gagal mencari konfigurasi resolusi sebelum ini (1280x1024) dan memaparkan resolusi hodoh besar 800x600.

Apabila saya mencari pula resolusi dalam senarai pilihan di Setting>Administrator>Monitor, Ubuntu gagal memaparkan resolusi yang saya kehendaki. Jadi saya mencari bagaimana hendak dapatkan semula resolusi yang terdahulu. Mana tidaknya, saya bukan boleh tengok icon besar-besar, bukan zaman Windows 3.1 pun.


Sedang mencari, saya jumpa satu tutorial yang agak menarik menggunakan xrandr. xrandr ini adalah aplikasi dalam terminal yang mengenalpasti, mengubah atau menambah resolusi yang diinginkan oleh anda, tambahan sejak ketiadaan fail X.org dalam fail sistem Ubuntu sekarang.

Anda boleh semal senarai resolusi yang disediakan sistem dengan memasukkan baris arahan aplikasi tersebut ke dalam Terminal:-
xrandrJika dalam sistem saya, ia hanya memapar…