14.5.09

Ubuntu & Kubuntu LiveCD untuk orang Johor!!


Jam 12.45 tadi, aku baru dapat sebungkus kotak sepeti yang korang nampak macam gambar atas ni. Mula-mula aku fikir hadiah RealReward mak aku (hari tu tebus mata RealReward..ekekeke), sekali buka tengok dalam, ade ni laa...

Haha, memang korang dah tau kan tentang sticker tu. Yup, aku baru je dapat bungkusan khas dari Canonical (nak tau ape yang aku minta, tengok post sebelumnya). Jadi, melalui post ni aku nak bagi tau pada peminat Ubuntu sekitar Johor Bahru, Kulai dan kawasan sekitar yang mahukan LiveCD ekslusif Ubuntu atau Kubuntu dari Canonical, anda boleh terus memberitahu lokasi untuk serahan ke talian saya (017-3978201/014-5060667). Dan untuk peringatan anda, seorang penerima hanya berhak mendapat satu salinan sebab bende alah ni terhad sangat, dan pastinya tak ade pos untuk korang (sebab aku sendiri pun tengah sengkek nih!). Jom migrasi ke Ubuntu & Kubuntu 9.04 Jaunty Jackalope.


Linux to Succeed in 2015!
5 One Linuzz Life: May 2009 Jam 12.45 tadi, aku baru dapat sebungkus kotak sepeti yang korang nampak macam gambar atas ni. Mula-mula aku fikir hadiah RealReward mak ak...