26.5.10

Twitter dalam Konsol/Terminal

Lama sudah tak update blog ni. Macam-macam masalah melanda. Apa pun, tak bermaksud saya tinggalkan laman ni macam tu saje.

Tapi kadang-kadang guna komputer orang lain yang menggunakan aplikasi berbeza dengan kita ada kalanya sukar sebenarnya. Macam saya update blog ni, saya menggunakan Bilbo Blogger dalam KDE, dan perkara paling penting bagi saya, update Twitter. Pasti diantara anda tak ada akaun Twitter, jadi tak ada kepentingan hendak install Gwibber walaupun sudah preinstalled dalam 10.04LTS, tapi bila sudah seida config dalam Gwibber komputer rakan anda yang anda pinjam, mesti nak kena buang. Bukan apa, takut disalah guna oleh pihak lain, bukan bermaksud rakan anda tu, mana tau kawan dia pulak yang pinjam laptop yang sama kalau dia tahu gunalah.

Puas mencari aplikasi mudah alih yang boleh digunakan dalam Ubuntu khususnya, jadi benda yang terngiang-ngiang di kepala mesti ada berkaitan dengan perkara asas; aplikasi yang boleh dijalan dalam Terminal command line la senang cakap, dan saya jumpainya!


Perkenalkan TTYtter, yang menggabungkan TTY iaitu TeleType (untuk lebih nampak, tekan Ctrl+Alt+F1, dan nak balik ke GUI Ctrl+Alt+F7) dan Twitter itu sendiri. Aplikasi ini jelas amatlah ringan tak sampai 1MB pun! dan dibangunkan mengunakan bahasa pengaturcaraan Perl. Sangat mudah untuk gunakannya.


Mula-mula, anda perlu muat turun fail aplikasi itu. Saiz? 113K sahaja. Buka Terminal anda, dan masukkan baris arahan berikut;
wget http://www.floodgap.com/software/ttytter/dist1/1.0.03.txt
Fail tersebut akan disimpan dalam direktori /Home anda. Tapi masalahnya, fail yang anda download tu bukanlah fail yang boleh execute dalam Terminal begitu sahaja. Jadi, anda harus benarkan fail tersebut untuk execute. Mudah saja, masukkan baris arahan ini pula;
chmod +x 1.0.03.txt
Dan, aplikasi ini sudah siap untuk digunakan. Soalan seterusnya, macam mana pula nak guna?

Sebelum anda nak guna, anda harus mempunyai akaun Twitter sebab jika tiada, macam mana anda nak broadcast tweet anda? Pastikan akaun anda ada, nama pengguna (username) dan kata laluan (password). Selepas pastikan semua itu sudah sedia, anda boleh log masuk aplikasi itu dengan menggunakan baris arahan berikut dalam Terminal;
./1.0.03.txt -user=username:password
Pastikan anda gantikan ruangan username dan password tu dengan maklumat akaun anda, dan anda kini dalam aplikasi tersebut. Jom Tweet!

Aplikasi ini boleh dibawa kemana-mana saja dengan hanya masukkan dalam thunbdrive anda dan digunakan dalam mana-mana distribusi Linux lain, atau menerusi LiveCD itu kalau kawan anda guna Windows lah. Selamat mencuba!

Hint
-anda hanya dibenarkan untuk broadcast tweet jika anda awalan "TTYtter>" di hadapan. jika tak ada, tekan je "enter".
-nak tahu lagi segala macam baris arahan untuk reply, direct message dan lain-lain, gunakan baris /help, segala macam arahan akan diberitahu untuk anda.
-jika rasa 1.0.03.txt tu panjang sangat nak taip, anda boleh tukar kepada nama lain dengan cara mudah "mv 1.0.03.txt =nama yang anda nak senang taip=". contoh "mv 1.0.03.txt ttytter" dan untuk jalankan aplikasi itu, gunakan awalan "./ttytter", iaitu nama yang anda dah tukar tadi.

Linux to Succeed in 2015!
5 One Linuzz Life: May 2010 Lama sudah tak update  blog ni. Macam-macam masalah melanda. Apa pun, tak bermaksud saya tinggalkan laman ni macam tu saje. Tapi kadang-ka...