8.6.11

Surat Jemputan Peserta Umum Malaysia Open Source Conference 2011 (MOSC2011)



Jemput semua untuk hadir.

Linux to Succeed in 2015!
5 One Linuzz Life: 2011 Jemput semua untuk hadir. Linux to Succeed in 2015!

19.5.11

Membaik pulih script OpenERP Client


Memandangkan saya kini bertugas di salah satu syarikat IT besar, saya sekarang banyak ditugaskan dalam proses pembangunan perisian perancangan sumber syarikat atau dalam bahasa mudahnya enterprise resource planning (ERP), secara tepat OpenERP.

Dalam masa ini saya lebih dalam proses memahami aliran kerja (workflow) yang digunakan dalam perisian ini dan ternyata lebih kurang dengan kebanyakan ERP yang pernah saya gunakan seperti ADempiere dan OpenBravo. Cuma yang membezakan antara perisian tersebut adalah dari cara sistem digunakan dan programming language yang jauh berbeza, iaitu Python (ADempiere dan OpenBravo lebih menggunakan Java).

Masalah berlaku ketika saya cuba memasang dan menjalankan perisian aplikasi OpenERP atau OpenERP Client. Ini kerana saya mendapati kegagalan script mengenalpasti lokasi folder yang telah diletakkan oleh skrip pemasangan asal.

Sebagai permulaan, saya akan terangkan proses pemasangan OpenERP Client. Saya sekarang menggunakan platform Ubuntu 11.04 dan source file yang boleh dimuat turun dari laman OpenERP.

Pastikan anda sudah memasang dahulu beberapa keperluan atau dependency yang diperlukan untuk membolehkan perisian digunakan. Boleh rujuk disini.

Untuk muat turun mudah, anda boleh menggunakan baris arahan berikut:-
wget http://www.openerp.com/download/stable/source/openerp-client-6.0.2.tar.gz
Selepas selesai, extract fail tersebut dengan baris arahan ini:-
tar -xvf openerp-client-6.0.2.tar.gz
Satu folder baru akan terhasil. Sekarang proses pemasangan bermula. Anda hanya masuk ke folder yang baru tadi dengan baris arahan ini:-
cd openerp-client-6.0.2/
Kemudian anda hanya perlu lakukan proses pemasangan dengan menggunakan baris arahan ini:-
sudo python setup.py install
Tunggu hingga proses selesai, kemudian kerja sebenar anda bermula!

Jika anda cuba menjalankan perisian OpenERP Client dengan mengunakan Terminal, anda akan mendapat error yang menyatakan lokasi atau directory anda salah atau tiada, dan itulah yang perlu dibaiki.

Cara betulkan pula sangat mudah. Dengan menggunakan terminal lagi, buka aplikasi Gedit untuk membuat ubahsuai script seperti berikut:-
sudo gedit /usr/local/bin/openerp-client
Anda akan dapat lihat barisan script seperti ini:-
#!/bin/sh
cd /usr/local/lib/python2.7/dist-packages/openerp-client
exec /usr/bin/python ./openerp-client.py $@
Tukarkan lokasi folder itu menjadi seperti ini:-
#!/bin/sh
cd /usr/local/lib/python2.7/dist-packages/openerp_client-6.0.2-py2.7.egg/openerp-client
exec /usr/bin/python ./openerp-client.py $@
Selesai, klik save. Kemudian, anda juga harus mengubah lokasi folder dalam script utama OpenERP dengan cara untuk membukanya seperti ini:-
sudo gedit ~/.openerprc
Di dalam script itu, cari baris berikut:-
[path]
pixmaps = /usr/share/pixmaps/openerp-client
share = /usr/share/openerp-client
kepada ini:-
[path]
pixmaps = /usr/local/lib/python2.7/dist-packages/openerp_client-6.0.2-py2.7.egg/share/pixmaps/openerp-client
share = /usr/local/lib/python2.7/dist-packages/openerp_client-6.0.2-py2.7.egg/share/openerp-client
Selesai, sekali lagi save konfigurasi tersebut.

Sekarang anda boleh jalankan aplikasi OpenERP Client tersebut dengan menggunakan baris arahan "openerp-client" di terminal. Viola! Perisian tersebut berjaya berfungsi.

Antara muka OpenERP Client atas platform Ubuntu 11.04 yang menggunakan Gnome3
Terima kasih buat Taufik Anapiscan atas tutorial.

p/s: ada pakej .deb untuk Ubuntu, tapi malas nak guna+lambat dapat updates.

Linux to Succeed in 2015!
5 One Linuzz Life: 2011 Memandangkan saya kini bertugas di salah satu syarikat IT besar, saya sekarang banyak ditugaskan dalam proses pembangunan perisian perancan...

3.5.11

Bersawang Sangat!

Lama sudah tak berkesempatan nak update maklumat dan tips baru untuk anda semua. Al-maklumlah, dah mula kerja ni. Jadi nak sempatkan beberapa point dab beberapa benda yang akan saya kongsikan dengan ada di masa akan datang:-

  • Ubuntu kini 11.04!
  • Ya, kini Ubuntu beranjank dengan versi keluaran terbaru dari 10.10 kepada 11.04. Dengan kod nama "Natty Narwhal", Ubuntu kali ini didatangkan dekalu dengan Unity selain Gnome yang beralih ke Gnome 3 dan desktop environment yang lain.
     
  • Fedora 15 Beta + Gnome 3
  • Antara distribusi Linux yang paling maju, Fedora kini sudah sedia didatangkan dengan Gnome 3 yang dianggap sebagai peneraju masa hadapan. Dikatakan Fedora 15 ini agak stabil walaupun dalam status beta. Nantikan review saya nanti.
     
  • Linux Varsiti - Cerita di Sebalik Tadbir
  • Ya, ramai dah dengar cerita tentang Linux Varsiti ditamatkan. Tapi, apa yang dah jadi? Macam mana feedback dari orang ramai? Akan dikupas lebih di masa hadapan.
p/s: nak kena tukar footer punya line ni

Linux to Succeed in 2015!
5 One Linuzz Life: 2011 Lama sudah tak berkesempatan nak update  maklumat dan tips baru untuk anda semua. Al-maklumlah, dah mula kerja ni. Jadi nak sempatkan bebera...