26.9.09

Gnome Shell - Rasai pengalaman pertama Gnome 3.0

Pasti ramai pengguna Gnome terutamanya Ubuntu mendengar ura-ura versi baru desktop enviroment Gnome - Gnome 3.0. Ramai yang katakan tiada lagi menu popup yang biasa digunakan dalam versi asal Gnome, dan ada yang mengatakan Gnome 3.0 akan menjadi lebih ringan dan pelbagai penambahan aplikasi baru.

Tapi saya rasakan Gnome 3.0 sudah ada teaser. Cuba lihat video dibawah:-





Perkenalkan Gnome Shell. Ramai yang menyatakan Gnome 3.0 akan menjadikan aplikasi ini sebagai desktop asal mereka. Seperti yang anda tonton video tadi, beberapa perkara baru diketengahkan seperti:-
  • tambahan ruang kerja (workspace) secara manual dengan ada butang pintasan
  • grafik yang menarik serta beberapa trick Compiz Ubuntu masih boleh dilakukan
  • barisan aplikasi dalam ruang menu yang lebih kemas dan tersembunyi
  • drag-and-drop masih menarik
Tapi ada beberapa perkara yang saya kurang minat tentang Gnome Shell selepas cuba menggunakannya:-
  • kurang sesuai untuk pengguna biasa yang mahukan senarai aplikasi yang lebih mudah untuk dicapai serta tak tahu mana perginya fail yang diminimize
  • keperluan grafik yang lebih tinggi, tidak sesuai untuk komputer berspesifikasi rendah
  • susah hendak menukar aplikasi disebabkan tiada bar bawah yang biasa mempamerkan senarai aplikasi yang berjalan (kecuali bagi mereka yang tahu menggunakan Alt+Tab)
Itu cuma pandangan saya. Tapi, secara ringkas aplikasi ini masih menarik. Jadi, bagaimana hendak mencuba aplikasi ini?

Pengguna 9.10 Karmic Koala Alpha 6

Distribusi paling mudah untuk melakukan pemasangan aplikasi ini.
  1. Buka terminal dan masukkan kata arahan ini:-
    sudo apt-get build-dep gnome-shell && sudo apt-get install gnome-shell
  2. Selepas siap proses pemasangan, anda perlu tekan kombinasi Alt+F2 dan masukkan kata arahan berikut:-
    gnome-shell --replace
nota: aplikasi ini tidak akan berjalan secara automatik selepas anda menutuk atau log keluar komputer anda.

Untuk distribusi yang lain, anda boleh terus merujuk ke laman asal artikel ini pada pautan ini.

Linux to Succeed in 2015!
Share:

12.9.09

Err..mana hilang UbuntuSeekers?

Hehe..ramai yang tertanya-tanya, mana laman UbuntuSeekers yang sebelum ni katanya hendak dibuat. Sebenarnya laman itu masih dalam pembangunan dan pengurusan domain juga sedang diselaraskan kerana server yang saya gunakan nanti adalah server perbagai guna saya, antaranya nak spy siapa masuk keluar dari bilik saya. Hehe. Korang nantikan sajelah laman tu muncul, sebab domain ni sedang meningkat naik. KatieKitty, thanks for your help!

Linux to Succeed in 2015!
Share: