22.1.10

Sembah Takziah Atas Kemangkatan DYMM Sultan Johor



DYMM Sultan Mahmud Iskandar Alhaj Ibni Al-Marhum Sultan Ismail
(1932 - 2010)

Almarhum disahkan mangkat pada jam 7.06 petang tadi (22 Januari 2010) di Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru.

Semoga roh baginda ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. Al-Fatihah


Linux to Succeed in 2015!
5 One Linuzz Life: January 2010 DYMM Sultan Mahmud Iskandar Alhaj Ibni Al-Marhum Sultan Ismail (1932 - 2010) Almarhum disahkan mangkat pada jam 7.06 petang tadi (22 Ja...

9.1.10

Mock-Up Majalah KOD





Komen dan pandangan boleh terus tinggalkan komen di bawah post artikel serba ringkas ni. Nantikan kemunculan penuh pada keluaran Februari 2010.

P/S: Ya, saya perasan dengan kesilapan ejaan tu..abaikan je la

Linux to Succeed in 2015!
5 One Linuzz Life: January 2010 Komen dan pandangan boleh terus tinggalkan komen di bawah post artikel serba ringkas ni. Nantikan kemunculan penuh pada keluaran Februa...

3.1.10

Majalah Sumber Terbuka Malaysia - KOD

Baru je belek-belek malajah eletronik Full Circle, teringat pulak satu majalah eletronik yang pernah popular satu masa dulu - E-Maj MelayUbuntu. Yup, saya pasti anda pernah dengar tentang majalah ini, tapi mana keluaran seterusnya? Sebenarnya saya sendiri pun ternanti-nanti keluaran baru majalah ini namun orang yang bertanggungjawab menerbitkannya kini sibuk bertugas, mungkin sukar untuk dia menerbitkan lagi. Mungkin ada, tapi payah la kalau buat sorang-sorang. Jadi tahun baru ni aku terilham pulak benda baru - majalah cetak sumber terbuka untuk peminat sumber terbuka.

Jadi, saya munculkan idea nama majalah KOD yang melibatkan Komuniti, Open Source (Sumber Terbuka) dan Dokumentasi. Mungkin nama kod itu boleh dikaitkan dengan kod sumber atau source code juga. Idea ini pula tidak hanya tertutup untuk pengguna Linux (seperti Linux For You) atau pengguna distro (E-Maj atau Full Curcle), saya ingin sekali melibatkan semua komuniti dan aktiviti sumber terbuka dalam Malaysia.

Majalah ini juga akan diisi dengan pelbagai informasi seperti dokumentasi atau howto yang disediakan oleh pakar yang berpengalaman, aktiviti komuniti atau acara yang melibatkan sumber terbuka juga pelbagai review aplikasi, soal jawab serta pandangan dari mereka yang arif. Mungkin boleh menjadi salah satu majalah koleksi anda. Untuk makluman anda, majalah ini hanya boleh didapati secara pesanan online, dan takkan dapat di kedai buku biasa.

Jadi apa yang anda boleh bantu untuk merealisasikan majalah ini?
  • Artikel - anda boleh hantar sebanyak mana artikel berkaitan sumber terbuka, tidak kira berkaitan aplikasi, distro, bahasa komputer dan seterusnya yang anda boleh dan mungkin kami akan beri sedikit token kepada anda!
  • Promosi - anda boleh menggunakan media Facebook, Myspace, Twitter, LinkIn atau mungkin blog anda sendiri untuk memperkenal atau mempopularkan majalah ini kepada pengikut laman anda.
  • Grafik - mana-mana majalah pasti hendak menampilkan wajah yang menarik. semua grafik amat dialu-alukan.
Jadi apa lagi, mulakan segala karya anda dan email terus ke jipang_menjerit@ubuntuseekers.com secepat mungkin!

Linux to Succeed in 2015!
5 One Linuzz Life: January 2010 Baru je belek-belek malajah eletronik Full Circle, teringat pulak satu majalah eletronik yang pernah popular satu masa dulu - E-Maj MelayUbu...