22.12.08

Pikom PC Fair Johor Bahru (19-21 Dis 2008)

Baru-baru ni say aberkesempatan pergi ke pameran komputer paling bersar di Malaysia - Pikom PC Fair. 3 hari berlangsung, 3 hari juga saya ada di tapak pameran. Diadakan di Persada Johor baru, satu tempat ala PWTC. Menariknya kali ini ada lagi pameran dalam tempat yang sama, iaitu Pameran Automotif Johor (seakan-akan KL Autoshow). Tapi yang penting, masuk percuma!

Berbalik cerita PC Fair, seperti maklum, saya ada ketiga-tiga hari berlangsung. Dari bilangan pengunjung, harga jatuh hinggalah bilangan pekerja setiap booth saya boleh baca perubahannya. Lagi menarik, hari ke-2 saya datang, saya mengenakan baju polo Fedora Malaysia. Ada yang dapat baca apa yang saya fikirkan, tapi rata-rata tidak.

Apa yang menarik kali ini, saya memerhatikan bilangan komputer riba mini atau netbook kini kian melambak dalam pasaran kini. Awalnya saya hanya membayangkan pengeluar komputer seperti Asus, Acer, Toshiba, Twinhead dan HP sahaja mengeluarkan siri model ini. Walhal, kesemua pengeluar seperti NEC, BenQ, Dell, hinggalah ke beberapa model yang tak pernah saya dengar. Rata-rata netbook ini dijana oleh Window XP dan Vista.

Apa yang saya ingin komen di sini adalah kenapa bukan Linux? Adakah peniaga takut tiada orang beli atau sebaliknya? atau mereka dibayar oleh Wondow untuk menjual produk mereka (agak keras di situ..huhu). Jika netbook itu sudah disertakan XP tulen, itu memang saya tidak boleh mengalah. Bagaimana pula kalau XP bukan tulen? Sungguhpun begitu, saya masih memberi penghormatan kepada beberapa penjual terutamanya peniaga booth Twin Head kerana mempertaruhkan beberapa distro Linux (yang saya cam Linpus) yang disertakan dalam keluaran model mereka.

Apa lagi saya boleh huraikan untuk PC Fair kali ini, pengguna Johor khususnya masih tidak nampak kuasa pengguna mereka sebab kawan saya sendiri 'dipaksa' membeli produk Vista! Sakit kepala bagaimanapun hilang selepas melihat awek seksi JB Autoshow..ngee~~
Linux to Succeed in 2015!
5 One Linuzz Life: December 2008 Baru-baru ni say aberkesempatan pergi ke pameran komputer paling bersar di Malaysia - Pikom PC Fair. 3 hari berlangsung, 3 hari juga saya ad...

21.12.08

Menyelamatkan kembali Blog yang bersawang..

Dah lama pulak kat update blog ni. Maklumlah, dah kene maintain website sendiri, lagi kene maintain website lain pulak, dengan adunan malas dan ngantuknye akhirnya tak tertaip perkara yang perlu ditaip di sini. Bukannya apa, saya masih dalam proses 'pandu uji' beberapa distro Linux untuk jadi bahan dalam blog ini. Jadi, mungkin lepas ni saya terpaksa menukarkan minda saya dari seorang web builder kepada blogger. Kalaulah..hak3..

Linux to Succeed in 2015!
5 One Linuzz Life: December 2008 Dah lama pulak kat update blog ni. Maklumlah, dah kene maintain website sendiri, lagi kene maintain website lain pulak, dengan adunan malas ...

2.12.08

Test Drive - Jaunty Alpha 1

Sekali lagi Ubuntu mengumumkan release versi terbaru mereka (wlaupun Alpha) yang diberi versi 9.04 dengan kodnama 'Jaunty Jackalope'. Dan begitulah saya, pantang ada update Ubuntu, main sumbat aje. Hak3. Tapi di sini ada satu perkara yang saya hendak konsikan bersama anda.

Waktu sebelum saya menaip untuk post ini, saya sedang format laptop kawan adik saya. Sedang format tu saya ingat nak update ke versi stabil Intrepid (sebab install pakai Intrepid RC), sekali Update Manager terus kasi update untuk Jaunty (Alpha 1). Jadi saya upgrade aje la. Lepas habis semua installation dan reboot, tiba-tiba....skrin tersangkut pada usplash Ubuntu. Target yang ada dikepala masa tu, Xorg tak boleh running.

Mengikut yang saya tahu, Xorg ni kalau tak running secara automatik akan masuk dalam X session dimana semua kendalian adalah berdasarkan command line. Sebab utama pastinya kerosakan pakej semasa proses upgrade atau driver tak support.

Jadi saya cuba running secara X session (nothing but text). Apa yang saya lakukan saya configure semula pakej Xorg (takut ada masalah). Tapi lepas reboot semula, hampa belaka. Kemudian saya cuba buat reinstallation Xorg, pun gagal. Lain-lain cara jangan cakap, sampai X session sangkut dan kene tutup secara 'manual'. Jadi, andaian lain adalah hardware tak support.

Adakah sampai begitu sekali masalahnya. Adalah Ubuntu bagi versi ini mengulangi 'badi' ketika Hardy 8.04 satu ketika dahulu? Jom respon di http://forum.ubuntu.com.my atau komen sikit di bawah artikel ini.

Linux to Succeed in 2015!
5 One Linuzz Life: December 2008 Sekali lagi Ubuntu mengumumkan release versi terbaru mereka (wlaupun Alpha) yang diberi versi 9.04 dengan kodnama 'Jaunty Jackalope'...