22.9.17

Masa mula Ubuntu 17.04 lama sangat (lebih 5 minit!)

Tak pasti kenapa sejak gunakan Ubuntu 17.04, saya mengalami masalah masa mula (boot time) yang sangat teruk. Setiap kali menghidupkan komputer, ia akan mengambil masa hampir 6 minit untuk masuk ke paparan masuk (login page).

Setelah dikenalpasti, masalah berpunca kerana ketiadaan sambungan rangkaian/network menggunakan kabel fizikal, berkemungkinan network settings dalam systemd yang digunakan pada Ubuntu versi ini ada beza berbanding versi sebelum.

Sebagai permulaan, saya akan kenalpasti proses apa yang memakan masa terlalu lama untuk mula dengan menggunakan baris atahan berikut:-
systemd-analyze blame
Sesudah tekan enter, saya mendapat respon ini:-


Jika anda lihat, servis network sahaja mengambil masa lebih 5 minit untuk mula, dan selepas merujuk jawapan di sini, rupanya systemd memerlukan sambungan kabel network secara kekal. Masalah ini dapat diselesaikan dengan mengubah tetapan pada file interfaces saya di /etc/network.

Apa yang perlu diubah hanya barisan interface (dalam kes saya, interface network fizikal adalah enp3s0) seperti berikut:-

#Asal
 auto enp3s0

#Selepas tukar
 allow-hotplug enp3s0
Selepas simpan tetapan tersebut, cuba restart semula komputer dan lihat kepantasan sistem ke paparan masuk.

Punca berlaku kejadian ini apabila saya melakukan pengubahsuai aturan network pada fail interfaces untuk mendapatkan IP statik dalam projek terdahulu. Mungkin terlupa saya ada ubah disitu, interface enp3s0 akan force dapatkan IP dari dhcp server.

Jimat masa, kalau tak satu kerja nak kena format laptop ni lagi.
Share: