22.4.09

17.4.09

Percubaan menggunaka Bilbo Blogger

artikel ini ditaip dalam Bilbo Blogger. kalau korang nak tau apa Bilbo Blogger, semak laman ini. masa pertama kali menggunakan agak kekok dengan antara muka, tapi tengoklah kalau aku pakai untuk setiap posting artikel, mana tau dah biasa. untuk blogger-blogger di luar sana (yang mennguakan Linux khususnya), jom cuba gunakan Bilbo Blogger.

p/s: tak tau la pulak untuk blogger Windows..ekekeke ;P

Share:

15.4.09

Forefox Makin Hampeh?


Kalau korang menggunakan Firefox sekarang, macam mana prestasi internet browser tu? Bagi seseorang power user, aku rasa hampeh sikit dengan prestasi Firefox sekarang. Tak tahulah sebab apa, tapi lembab. Setiap kali aku load laman baru, mesti prestasi tak macam mula-mula kenal Firefox dulu (masa tu Firefox 1.5). Banyak tab, banyak tetingkap dan pop-up's; runsing kepala aku!

Tapi, rupanya bukan aku je mengalami masalah ni. Chris Pirrilo dalam blog rasminya menyatakan Firefox 3.0.8 amat bermasalah. Begitu juga dengan seroang mengguna dalam forum ini. Jadi, adakah pembangun Firefox berbaloi dengan penambahbaikkan dan naiktaraf Firefox hinggakan masa untuk memperbaiki beberapa masalah sampai lapan bulan lamanya (rujuk laman ini)?

Sampaikan aku 'bengang' dengan situasi ini, saya 'melarikan' diri menggunakan Opera dalam Ubuntu aku dan IE8 dalam W7 (jarang guna pun..hehe).

Opera walaupun tampak berat, tapi prestasinya lebih memberangsangkan, walaupun beberapa kali crash (sebab jarang update). Adakah korang dalam situasi yang sama?

Linux to Succeed in 2015!

Share:

Filem : Laskar Pelangi

Rasanya ni artikel pertama tentang filem dalam blog ni. Kadang-kadang aku ni suka mengkritik, bukan nak kondem, tapi cuma memberi pendapat atau ada idea saya sendiri. Jadi, nak juga aku ketengahkan satu cerita yang aku baru download dua hari lepas, Laskar Pelangi.

Filem ni sebenarnya adalah karya novel nukilan Andra Hirata, novelist terkenal (rasanya) di Indonesia. Sebenarnya aku baca novelnya dulu sebelum tonton filem ni. Tidak terkejut saya katakan bahawa filem ni memang bulat-bulat diambil dari novel ini. Lagi menarik, ia dihalusi lagi dalam filem dengan menonjolkan lagi emosi berbanding dalam novelnya.

Laskar Pelangi mengajarkan kita bahwa kita harus belajar mensyukuri apa yang Tuhan berikan kepada kita. Bagaimana Lintang berjuang untuk bersekolah meskipun begitu banyak halangan dan cobaan yang mendera. Begitu juga dengan kata-kata Pak Guru yang begitu menyentuh bahwa pendidikan harus disertai dengan hati dan kita harus banyak memberi daripada banyak diberi.

Jila korang menonton filem ini, pastinya korang sedar supaya mensyukuri apa yang kita dapat dan menghargai nilai persahabatan tanpa mengira asal usul seseorang tu. Lagi menarik, penerapan nilai-nilai Islam juga ada ditekankan seperti menolak kepercayaan karut (syirik) juga pengorbanan sesuatu perkara. Ada beberapa babak yang akan menyentuk perasaan korang yang macam tisu (kalau adalah), dan paling pasti, banyak babak yang menarik dan melucukan.

Kesimpulannya, seronok ditonton semua usia, lagi-lagi kanak-kanak. Macam mana pula nak tonton (Sebab tak ada ditayang dekat Malaysia)? Klik link sini untuk filemnya, atau klik sini jika anda mahukan versi novel, klik sini pulak. Gunakan Gwget untuk memuatturun file anda dengan lebih efisyen. Selamat berhibur!

Linux to Succeed in 2015!

Share:

2.4.09

Ubuntu 9.04 - Jom Boot Time Drag Race!


Aku sekarang ni baru je update Ubuntu 9.04 BETA dalam laptop member aku dan nampaknya banyak pengubahsuaian yang membuatkan mata ini tertarik, seperti pertama kali melihat eye-candy Ubuntu. Tapi, seperti yang sedia maklum Ubuntu versi kali ini terkenal dengan kepantasan boot time yang memang tak terkata lajunya. Aku sempat buat rakaman dengan Ubuntu 8.10 dan pesaing terdekat, Windows 7. Jadi, kalau korang nak tengok prestasi melalui rakam video yang aku buat, klik sini untuk ke laman UbuntuSeekers.



Linux to Succeed in 2015!
Share: