24.2.09

Kenapa Ubuntu?

Kehangatan nampaknya kian memuncak tentang pengguna lari ke Windows. Memang besar impak kepada pengunjung blog terkenal Ubuntu tu. Tapi, aku tertarik kepada satu komen yang ditinggalkan pada artikel itu, "Kenapa Zul memilih Ubuntu dan bukan distro Linux lain?" Mungkin satu persoalan yang agak remeh tapi, aku memikirkan dalam aspek yang agak berlainan. Mungkin ada benarnya. Bagaimanapun, dalam minda aku hanyalah satu, Ubuntu paling mudah dalam kesemua distro Linux. Bukan soal mesra pengguna atau tidak, tetapi aku mengandaikan orang yang tak tau tentang komputer lebih suka perkataan 'mudah' dari 'mesra pengguna'.

Aku sendiri yakin dengan kenyataan itu sebabnya aku pernah mengendali beberapa distro Linux yang lain seperti Fedora (pernah jadi die-hard-fan dulu), OpenSUSE, Debian, Gentoo, Parsix, Musix, Dream, Mandriva dan banyak lagi, tapi semua distro tu tak adalah sampai ke tahap 'mudah' seperti Ubuntu. Mana tidaknya, Ubuntu yang telah sedia dengan software driver dan sokongan setiap 6 bulan, aku jarang sekali terkena bug yang melampau seperti yang pernah dialami semasa guna Fedora 8, dan jarang crash seperti aku pernah alami dalam Debian (salah extract file punye pasal). Tapi, dalam keadaan macam manapun, Ubuntu masih maintain..

Bagaimana pula anda? Kenapa pilih Ubuntu? Yang bukan pakai Ubuntu, mungkin ada sesuatu nak dikongsikan. Apa-apa pun, AKU MASIH BUDAK HINGUSAN..huhu

Linux to Succeed in 2015!
5 One Linuzz Life: February 2009 Kehangatan nampaknya kian memuncak tentang pengguna lari ke Windows. Memang besar impak kepada pengunjung blog terkenal Ubuntu tu. Tapi, aku...

23.2.09

Projek Wallpaper Batik Ubuntu - GAGAL!

Kalau ada siapa-siapa yang ingat projek saya dalam irc #ubuntu-my (freenode) tentang wallpaper batik berunsurkan logo Ubuntu, dan diumumkan projek itu menghadapi kebuntuan yang sangat besar. Terdapat beberapa masalah yang berlaku dalam menghasilkan wallpaper ini, antaranya:-

  • Imej gambar yang terlalu mencondong. Saya menggunakan teknik fotografi dalam menghasilkan suasana, tetapi saya membuat beberapa masalah teknikal seperti over expose, angel lensa-batik dekat dan menyukarkan untuk saya memasukkan logo ubuntu itu sendiri
  • Kurang mendedahan dalam menggunakan GIMP dan aplikasi pemanipulasi imej kerana pendedahan dalam 'menghidupkan' imej yang ditampal kurang dan menyebabkan gambar itu sendiri tampak aneh
  • Masa untuk menghasilkan imej itu terhad kerana digunakan untuk menyiapkan assigment dan hal-hal Linux Varsiti
Mungkin ada yang lebih hebat boleh menghasilkan wallpaper mewakili Ubuntu Malaysia. Siapa tahu mungkin anda!

Linux to Succeed in 2015!
5 One Linuzz Life: February 2009 Kalau ada siapa-siapa yang ingat projek saya dalam irc #ubuntu-my (freenode) tentang wallpaper batik berunsurkan logo Ubuntu, dan diumumkan ...

17.2.09

Selamat Pengantin Baru!

Selit sikit la kahwin orang nie..

Ape-ape pun aku nak ucapkan Selamat Pengantin Baru buat pasangan Nurul Anuar dan Majdina, sepupu sebelah abah aku yang selamat dinikahkan pada 14 Februari 2009 di Masjid Jamek Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Semoga hubungan anda berkekalan sehinggalah ke anak, cucu, cicit, kalau boleh lagi banyak lerr anak keturunannye..hehe.

Ni ada sikit gambar yang aku dah upload dalam Flickr aku. Gambar amatur aje.



Linux to Succeed in 2015!
5 One Linuzz Life: February 2009 Selit sikit la kahwin orang nie.. Ape-ape pun aku nak ucapkan Selamat Pengantin Baru buat pasangan Nurul Anuar dan Majdina , sepupu sebela...

16.2.09

Pasal Dah Lama Tak Update Blog...

Lama sangat dah tak update blog ni. Bukan apa, aku semenjak sua menjak ni ada kena error yang bagitau URL ada masalah sket. Aku pun dengan peningnya malas sikit nak pusing-pusing dekat Blogger ni dulu, sebab nak siapkan assigment dulu. La ni barulah dapat buat.

Masalah sebenarnya ada berpunca dekat format setiap kali aku buat post. Jasi aku ejas balik, dan sekian aku dapat publish post aku seperti sediakala. Nasib baik tak datang fedup..haha

Linux to Succeed in 2015!
5 One Linuzz Life: February 2009 Lama sangat dah tak update blog ni. Bukan apa, aku semenjak sua menjak ni ada kena error yang bagitau URL ada masalah sket. Aku pun dengan p...

Dilema Seorang Fotografer Nikon

Aku rasa ni post pertama pasal fotografi dalam blog aku nie. Haha..saja aje buat post macam ni, sebab tu log ni ada bebas sikit nak posting. Tak serumit macam website (ade beberapa etika dalam penyusunan bahan, ikut aku belajar dulu laa..). Kali ni nak kongsi korang tentang dilema sorang member yang aku baru kenal masa kahwin sepupu abah aku kat Klang sana.

Dia sekarang masih pakai Nikon D70s yang berumur 2 tahun lebih. Masa tu tengah top EOS 30D. Tapi, dia beli Nikon sebab price ada kurang sikit. Selama dia pakai, memang satu benda yang dia tak tahan dengan kamera tu - noise. Kuat sangat! Aku tanye pakai ISO paling tinggi berapa kalau tak nak ade noise. Dia cakap 500 je. Kecik tuh... Pun sekarang dia nak cari Canon pulak. Sebab dia nak pakai Canon pasal bengang dengan member dia yang pakai 1000D, ISO dah jejak 1600, selambe je tak de noise, terasalah sebab kamera tu harga jauh beza dengan D70s yang kena tambah beribu lagi. Jadi dia minaklah tolong aku cari 40D macam aku sebiji. Body D70s tu nak simpan jerr..buat kenangan. Sapa-sapa ada nak/ternampak 40D dalam lingkungan RM3500 ke bawah untuk dijual, maklumkan kat aku ye!

Kalau korang rajin, jom singgah kat phorostream Flickr aku.

Tapi hairan, kenapa orang Canon lari Nikon ek? Hmmm...

p/s : aku hanyalah amatur...

Linux to Succeed in 2015!
5 One Linuzz Life: February 2009 Aku rasa ni post pertama pasal fotografi dalam blog aku nie. Haha..saja aje buat post macam ni, sebab tu log ni ada bebas sikit nak posting....

1.2.09

Acer TravelMate 500

Baru-baru ni aku ade pula dapat projek dari sorang member aku ni. Katanya nak format laptop. Jadi aku tanyalah nak format jadi apa? Dia dengan tanpa ragu-ragu dia nak format jadi Ubuntu. Ni yang buat aku excited ni - ada yang tersangkut jugak dengan Ubuntu. Aku apa lagi, ambil laptop dan terus lakukan kerja-kerja pemasangan.

Selepas selesai pemasangan termasuklah Compiz, Wine, GStremer, MPlayer, AWN dan lain-lain saya dapat mengukur kehebatan Ubuntu ini dari laptop yang rendah spesifikasinya. Ubuntu secara asasnya dapat berjalan dengan baik diatas mesen dibeli pada tahun 2001 itu, walaupun gamers dan penyebat beli aje.

Kalau nak lihat hasil kerja Ubuntu dalam mesen lama itu, jom:-

Compiz? Bereh...

Logo Ubuntu ditampal menunjukkan Ubuntu telah dipasang dalam laptop ini..XP tu boleh tanggal ye lepas ni..hehe

sticker rasmi Ubuntu dilekat depan panel LCD..tengoklah bertapa lamanya laptop ni..huhu


Mungkin inilah orang lama suka guna Linux..komputer lama boleh jadi hebat!
Linux to Succeed in 2015!
5 One Linuzz Life: February 2009 Baru-baru ni aku ade pula dapat projek dari sorang member aku ni. Katanya nak format laptop. Jadi aku tanyalah nak format jadi apa? Dia deng...