29.6.09

Hoh..Blog Bersawang!!

wow...kelihatan lama sungguh tak mengupdate blog ini. haha..sebebarnya aku berada dalam keadaan yang agak sibuk dan juga dalam suasana kerja. kalau korang masih ade menyinggah blog ni, trimas aku ucakpan sebab aku pun sekarang payah nak singgah-singgah blog korang ni.

apa-apa pun nanti aku akan naikkan beberapa topik yang sudah agak basi sebenarnya, tapi macam mana pun aku nak kongsi jugak dengan korang. nak tak nak, korang amik jugak..ekeke.

Linux to Succeed in 2015!
Share:

14.6.09

UbuntuSeekers dah ada domain sendiri!!

Ekekeke..macam korang baca tajuk tu, pasal tu saje la post kali ni. Bukan apa, dah lama tak update maklumat dalam blog ni sebab kesibukan yang agak tinggi. Pandai-pandai korang laa macam mana nak menilai. Keh3. Apa-apa pun, blog ni mungkin berpindah ke server sendiri (yup, server aku sendiri setup dekat rumah) dan kalau rasanya tak perlu, biarkan aje guna Blogger ni (lagipun template boleh tahan, susah mencari dan mengedit woo..).

Untuk maklumat korang, aku baru je berusaha untuk memperoleh domain sendiri iaitu ubuntuseekers.com, dan kini tercapai sudah. Untuk blog ni pulak, korang masih boleh menggunakan address asal yang dibekalkan Blogger atau menggunakan link baru iaitu blog.ubuntuseekers.com.

Akan datang, update MSC OSCONF 2009 (walaupun dah lama, tapi masih hangat beb!!), Linux Varsiti 1st Tour dan MyGOSCON 2009. Stay tune!!

p/s: gumbiranya ada domain sendiri..tak ape laa berkorban sikit

Linux to Succeed in 2015!
Share: