Memandangkan saya kini bertugas di salah satu syarikat IT besar, saya sekarang banyak ditugaskan dalam proses pembangunan perisian
perancangan sumber syarikat atau dalam bahasa mudahnya enterprise resource planning (ERP), secara tepat OpenERP.
Dalam masa ini saya lebih dalam proses memahami aliran kerja (
workflow) yang digunakan dalam perisian ini dan ternyata lebih kurang dengan kebanyakan ERP yang pernah saya gunakan seperti ADempiere dan OpenBravo. Cuma yang membezakan antara perisian tersebut adalah dari cara sistem digunakan dan
programming language yang jauh berbeza, iaitu Python (ADempiere dan OpenBravo lebih menggunakan Java).
Masalah berlaku ketika saya cuba memasang dan menjalankan perisian aplikasi OpenERP atau OpenERP
Client. Ini kerana saya mendapati kegagalan script mengenalpasti lokasi
folder yang telah diletakkan oleh skrip pemasangan asal.
Sebagai permulaan, saya akan terangkan proses pemasangan OpenERP
Client. Saya sekarang menggunakan
platform Ubuntu 11.04 dan
source file yang boleh
dimuat turun dari laman OpenERP.
Pastikan anda sudah memasang dahulu beberapa keperluan atau
dependency yang diperlukan untuk membolehkan perisian digunakan. Boleh rujuk
disini.
Untuk muat turun mudah, anda boleh menggunakan baris arahan berikut:-
wget http://www.openerp.com/download/stable/source/openerp-client-6.0.2.tar.gz
Selepas selesai,
extract fail tersebut dengan baris arahan ini:-
tar -xvf openerp-client-6.0.2.tar.gz
Satu folder baru akan terhasil. Sekarang proses pemasangan bermula. Anda hanya masuk ke folder yang baru tadi dengan baris arahan ini:-
cd openerp-client-6.0.2/
Kemudian anda hanya perlu lakukan proses pemasangan dengan menggunakan baris arahan ini:-
sudo python setup.py install
Tunggu hingga proses selesai, kemudian kerja sebenar anda bermula!
Jika anda cuba menjalankan perisian OpenERP
Client dengan mengunakan
Terminal, anda akan mendapat
error yang menyatakan lokasi atau
directory anda salah atau tiada, dan itulah yang perlu dibaiki.
Cara betulkan pula sangat mudah. Dengan menggunakan
terminal lagi, buka aplikasi Gedit untuk membuat ubahsuai
script seperti berikut:-
sudo gedit /usr/local/bin/openerp-client
Anda akan dapat lihat barisan script seperti ini:-
#!/bin/sh
cd /usr/local/lib/python2.7/dist-packages/openerp-client
exec /usr/bin/python ./openerp-client.py $@
Tukarkan lokasi folder itu menjadi seperti ini:-
#!/bin/sh
cd /usr/local/lib/python2.7/dist-packages/openerp_client-6.0.2-py2.7.egg/openerp-client
exec /usr/bin/python ./openerp-client.py $@
Selesai, klik
save. Kemudian, anda juga harus mengubah lokasi folder dalam
script utama OpenERP dengan cara untuk membukanya seperti ini:-
sudo gedit ~/.openerprc
Di dalam
script itu, cari baris berikut:-
[path]
pixmaps = /usr/share/pixmaps/openerp-client
share = /usr/share/openerp-client
kepada ini:-
[path]
pixmaps = /usr/local/lib/python2.7/dist-packages/openerp_client-6.0.2-py2.7.egg/share/pixmaps/openerp-client
share = /usr/local/lib/python2.7/dist-packages/openerp_client-6.0.2-py2.7.egg/share/openerp-client
Selesai, sekali lagi
save konfigurasi tersebut.
Sekarang anda boleh jalankan aplikasi OpenERP
Client tersebut dengan menggunakan baris arahan "
openerp-client" di
terminal. Viola! Perisian tersebut berjaya berfungsi.
|
Antara muka OpenERP Client atas platform Ubuntu 11.04 yang menggunakan Gnome3 |
Terima kasih buat
Taufik Anapiscan atas tutorial.
p/s: ada pakej .deb untuk Ubuntu, tapi malas nak guna+lambat dapat updates.
Linux to Succeed in 2015!