Baru-baru ni say aberkesempatan pergi ke pameran komputer paling bersar di Malaysia - Pikom PC Fair. 3 hari berlangsung, 3 hari juga saya ada di tapak pameran. Diadakan di Persada Johor baru, satu tempat ala PWTC. Menariknya kali ini ada lagi pameran dalam tempat yang sama, iaitu Pameran Automotif Johor (seakan-akan KL Autoshow). Tapi yang penting, masuk percuma!
Berbalik cerita PC Fair, seperti maklum, saya ada ketiga-tiga hari berlangsung. Dari bilangan pengunjung, harga jatuh hinggalah bilangan pekerja setiap booth saya boleh baca perubahannya. Lagi menarik, hari ke-2 saya datang, saya mengenakan baju polo Fedora Malaysia. Ada yang dapat baca apa yang saya fikirkan, tapi rata-rata tidak.
Apa yang menarik kali ini, saya memerhatikan bilangan komputer riba mini atau netbook kini kian melambak dalam pasaran kini. Awalnya saya hanya membayangkan pengeluar komputer seperti Asus, Acer, Toshiba, Twinhead dan HP sahaja mengeluarkan siri model ini. Walhal, kesemua pengeluar seperti NEC, BenQ, Dell, hinggalah ke beberapa model yang tak pernah saya dengar. Rata-rata netbook ini dijana oleh Window XP dan Vista.
Apa yang saya ingin komen di sini adalah kenapa bukan Linux? Adakah peniaga takut tiada orang beli atau sebaliknya? atau mereka dibayar oleh Wondow untuk menjual produk mereka (agak keras di situ..huhu). Jika netbook itu sudah disertakan XP tulen, itu memang saya tidak boleh mengalah. Bagaimana pula kalau XP bukan tulen? Sungguhpun begitu, saya masih memberi penghormatan kepada beberapa penjual terutamanya peniaga booth Twin Head kerana mempertaruhkan beberapa distro Linux (yang saya cam Linpus) yang disertakan dalam keluaran model mereka.
Apa lagi saya boleh huraikan untuk PC Fair kali ini, pengguna Johor khususnya masih tidak nampak kuasa pengguna mereka sebab kawan saya sendiri 'dipaksa' membeli produk Vista! Sakit kepala bagaimanapun hilang selepas melihat awek seksi JB Autoshow..ngee~~
Linux to Succeed in 2015!
hoho..dah banyak PC Fair yang terlepas...last time, ada sekali aku gi ada group open source buka table, aku dapat gak rembat Knoppix Malay version dari Mimos..haha
BalasPadamAda satu kedai nama dia ITMALL kat jb bagi acer dgn pre installed ubuntu..
BalasPadam