25.12.09

Maxis Broadband (Huawei E1762) dalam Kubuntu 9.10 Karmic Koala


Setelah sekian lama bermain-main dengan broadband ni, akhirnya berjaya juga aku siapkan. Mula-mula rumit la juga tapi selepas fahamkan artikel di laman Umarzuki dan laman Darjah Satu, dapat juga selesaikan masalah ni. Untuk perhatian anda, artikel ini adalh khas unruk pengguna Kubuntu, tapi pengguna distribusi Linux lain juga boleh menggunakkan langkah ini.

OK, kita mulakan tutorial ni:-
  • Pasang USB ModeSwitch
Mudah saja, anda boleh buka Konsol dengan memasukkan kata arahan berikut :-
sudo apt-get install usb-modeswitch
atau anda boleh gunakan KPackagekit dengan mencari usb-modeswitch. Untuk pengetahuan anda, fungsi aplikasi ini adalah untuk membuat "flip flop" dari perkakasan storan seperti pendrive anda kepada modem USB.

  • Ubah fail aturan USB ModeSwitch
Sebelum anda menggunakan aplikasi, beberapa modifikasi kecil perlu dibuat. Anda cuma perlu buka Konsol dan masukkan kata arahan berikut:-
sudo kate /etc/usb_modeswitch.conf
Aplikasi Kate akan muncul. Anda cuma perlu cari teks atau barisan ini:-
########################################################
# Huawei E220 (aka “Vodafone EasyBox II”, aka “T-Mobile wnw Box Micro”)
# Huawei E270
# Huawei E870
# and probably most other Huawei devices (just adapt product ID)
#
# Two options: 1. removal of “usb-storage” 2. the special control
# message found by Miroslav Bobovsky
#
# Contributor: Hans Kurent, Denis Sutter
;DefaultVendor= 0×12d1;
;DefaultProduct= 0×1003
# choose one of these:
;DetachStorageOnly=1
;HuaweiMode=1
dan ubah seperti ini:-
########################################################
# Huawei E220 (aka “Vodafone EasyBox II”, aka “T-Mobile wnw Box Micro”)
# Huawei E270
# Huawei E870
# and probably most other Huawei devices (just adapt product ID)
#
# Two options: 1. removal of “usb-storage” 2. the special control
# message found by Miroslav Bobovsky
#
# Contributor: Hans Kurent, Denis Sutter
DefaultVendor= 0×12d1
;DefaultProduct= 0×1003
DefaultProduct= 0×1446
# choose one of these:
;DetachStorageOnly=1
;HuaweiMode=1
MessageEndpoint=0×01
MessageContent=”55534243000000000000000000000011060000000000000000000000000000″
 Tapi kalau korang malas sangat, anda perlu buang semua teks dalam Kate tu, dan copy paste seting yang ada dalam link ini.

Seterusnya anda perlu tambahkan sedikit setting dalam direktori udev. tak susah, anda perlu buka Konsol lagi dan seterusnya masukkan kata arahan ini:-
sudo kate /etc/udev/rules.d/15-huawei-e1762.rule
kemudian, anda hanya perlu copy paste arahan dibawah ni:-
SUBSYSTEM==”usb”, SYSFS{idProduct}==”1446″, SYSFS{idVendor}==”12d1″, RUN+=”/usr/sbin/usb_modeswitch”
dan simpan/save.

Sudah siap langkah pertama sebelum menggunakan Huawei E1762, atau lebih tepat lagi Maxis Broadband.


Tapi, ada satu lagi masalah, tak boleh nak connect menggunakan KNetwork Manager (tapi yang aku pakai ni 4.4 beta2). Kalau dalam Gnome, Network Manager sudah memudahkan proses, tak perlu pening-pening. Jadi, aku dengan kepeningan google, aku teringat satu aplikasi yang mungkin mengimbau kenangan semasa zaman mula-mula broadband diperkenalkan, wvdial. Macam mana nak pasang, buka Terminal dan masukkan baris arahan berikut:-
sudo apt-get install wvdial
seterusnya selepas selesai proses pemasangan, dalam Konsol juga masukkan kata arahan berikut:-
sudo kate /etc/wvdial.conf
Kate akan muncul. Anda cuma perlu copy paste dalam Kate seperti berikut:-
[Dialer Defaults]
Init1 = ATZ
Init2 = ATQ0 V1 E1 S0=0 &C1 &D2 +FCLASS=0
Modem Type = Analog Modem
ISDN = 0
New PPPD = yes
Phone = *99#
Modem = /dev/ttyUSB0
Username = maxis
Password = wap
Baud = 460800
Stupid Mode = 1
dan simpan/save.

Moment of truth. Sebelum anda nak melakukan sambungan, anda perlu melakukan mode change modem anda (yang dibaca oleh sistem sebagai peranti storan). Buka Kate lagi dan lagi dan masukkan kata arahan berikut:-

sudo usb_modeswitch
Tunggu dalam 2-3 minit. Selepas itu, lakukan sambungan dengan masukkan kata arah berikut pula:-
sudo wvdial

Tunggu dan tunggu sehungga lampu yang lip lap di modem Maxis Broadband anda menyala kekal. Wallah, anda kini sudah disambungkan ke internet dengan sambungan Maxis! \o/ Cuma bila dah berseronok sangat tu, jangan tertutup Konsol anda sebab sambungan akan automatik terputus. Hati-hati dan selamat mencuba. Ada masalah? Tinggalkan komen, saya dan rakan-rakan lain sedia menjawab.



*bagi pengguna Gnome (Ubuntu standard) boleh tukar "kate" kepada "gedit", tapi pastikan guna "gksudo". Contoh:-
gksudo gedit /etc/usb_modeswitch.conf
*untuk pengetahuan, "Konsol" dalam KDE adalah "Terminal" dalam Gnome.


*pengguna Gnome juga boleh ikut langkah "wvdial", tapi lebih mudah gunakan aplikasi network manager (rujuk laman ini).

Linux to Succeed in 2015!
Share:

11 ulasan:

  1. macam susah je. anyway thanks for this howto.

    BalasPadam
  2. tak susah tuan..
    dah buat nanti mesti senang je..
    artikel tu je buat nampak susah..keke :p

    BalasPadam
  3. http://mindaict.blogspot.com/2009/12/ubuntu-karmic-maxis-celcom-huawei.html

    Ini untuk Ubuntu Karmic

    BalasPadam
  4. hi,
    seribu terima kasih untuk guide nie !
    i'm on Jolicloud n ur guide works 100% cuma bezanya guna gedit instead of kate...

    satu soalan - boleh tak create satu shortcut/script untuk command supaya tak perlu guna Terminal setiap kali nak connect ?

    BalasPadam
  5. kalau nak buat script command boleh, tapi memandangkan command line tak berapa pandang, rasanya tak perlu sangat..tapi boleh cuba..

    jika mahu rujukan pendek cara buat script bash ringkas, rujuk laman berikut:-

    http://tldp.org/HOWTO/Bash-Prog-Intro-HOWTO-2.html#ss2.1

    BalasPadam
  6. "Kalau dalam Gnome, Network Manager sudah memudahkan proses, tak perlu pening-pening"

    ak suke ayat nie..:D

    BalasPadam
  7. thanks bro! made the install easy! terima kasih!

    i had to add the following:

    sudo usb_modeswitch idProduct=1446 idVendor=12d1

    then, baru the usb boleh guna...

    BalasPadam
  8. "Moment of truth. Sebelum anda nak melakukan sambungan, anda perlu melakukan mode change modem anda (yang dibaca oleh sistem sebagai peranti storan). Buka Kate lagi dan lagi dan masukkan kata arahan berikut:-

    sudo usb_modeswitch"

    Buka Kate ke buka Terminal bro ?

    BalasPadam
  9. lutfi 9w2rpm24 Jun, 2010 01:43

    thanks for the tutorial... selesai masalah besar...

    BalasPadam
  10. takleh ar..
    aku guna ubuntu 9.04.. lain ke ?

    masa 'sudo usb_modeswitch', kuar error..
    http://pastebin.com/71E05HSs <- ini error yg kuar..

    bile wat 'sudo wvdial', connected..
    tapi takleh surf internet langsung..

    ape masalah nye ye ?

    BalasPadam
  11. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam