Saya perasan masalah ini berluma dari versi Ubuntu 15.04 dan mengharap versi akan datang akan menyelesaikan masalah, bagaimanapun setelah menggunakan versi 16.04 LTS yang baru, masalah masih sama.
Bagaimanapun, saya telah cuba mengatasi masalah ini dengan membuat satu skrip ringkas apabila sistem hidup dari mod suspend. Setakat ini, langkah ini berjaya menyelesaikan pada sistem Ubuntu 15.10 dan terbaru 16.04 LTS.
Pertama, anda perlu membuat satu skrip dengan menggunakan command berikut:-
sudo gedit /etc/pm/sleep.d/10_restart_wifiSelepas masukkan command (terminal akan minta password anda) dan tekan enter, aplikasi gEdit (text editor) akan muncul dan disitu, anda perlu masukkan barisan skrip dibawah. Boleh saja terus copy dan paste:-
Selesai, save dan tutup aplikasi gEdit. Sebelum cuba untuk pastikan skrip ini berfungsi atau tidak, anda harus benarkan fail skrip tersebut mendapat kebenaran untuk dijalankan sebagai satu skrip. Jika tidak, fail tersebut hanya kekal sebagai fail biasa. Caranya, taip baris command berikut:-#!/bin/sh case "${1}" in resume|thaw) systemctl restart network-manager.service ;; esac
sudo chmod +x /etc/pm/sleep.d/10_restart_wifiSelepas selesai jalankan command tadi, anda boleh cuba pastikan dapat sambungan terus wifi anda atau tidak.
Untuk pengetahuan anda, skrip yang dibuat itu akan restart semula servis network manager, jadi dengan itu servis akan initiate dari mula semula seperti baru.
Mungkin versi akan datang akan menyelesaikan masalah ini dengan segera, sebab kalau asik kena buat macam ni leceh juga.
Anda juga boleh rujuk penyelesaian asal menerusi link ini.
0 ulasan:
Catat Ulasan