5.1.09

Bila Semua Naik Angin..

Baru-baru ni saya berkesempatan singgah di beberapa laman sahabat saya. Sedang seromok membaca, saya memerhatikan keadaan blog terutamanya MelayUbuntu kian panas pada awal tahun ini. Bila kian lama membaca, nampaknya memang perlu seseorang 'menegur' tindakan beberapa pengguna Ubuntu khususnya yang kononnya merasakan dirinya 'disisih' dari segala pertanyaan. Bukan kerana kami tidak mahu melayan tetapi ada kalanya anda sendiri yang tak mahu berusaha. Kami dulu macam anda juga, kosong tentang Linux. Tapi disebabkan usaha dan semangat ingin tahu kami telah mampu menjadi antara pengguna Ubuntu di Malaysia ini.

Dalam masa yang saya, beberapa projek seperti Kit Ubuntu 8.10 JomLinux dan My Mac For All MelayUbuntu menjadi cemuhan beberapa individu yang masih tidak faham apa objektif projek itu dilakukan. Apa yang buat saya tertarik dengan artikel mereka adalah ada yang menyatakan bahawa Linux adalah percuma dan tidak akan berbayar. Sebenarnya saya boleh katakan yang individu ini memang tidak mengikut perkembangan atau mereka memang tidak mahu mengambil tahu. Apa yang saya mahu katakan adakah Red Hat Linux Enteprise (RHEL), SUSE Enteprise Linux, Mandriva Linux Power Pack itu percuma? Saya yang membaca artikel terutamanya soalan itu tergelak kerana memberi tuduhan yang memang tiada asas yang kukuh.

Nasihat saya untuk orang macam tu : LU PIKIR LA SENDIRI!

Dalam suasana yang kian hanyat itu, tiba-tiba satu projek yang memang akan diadakan telah dimaklumkan lebih awal dari sepatutnya, iaitu Linux Varsiti 2009. Nampaknya ada beberapa pembaca berminat untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut. Apa yang saya boleh beri respon kini adalah masih dalam mencari penaja untuk menjadikan program ini satu kenyataan. Kertas kerja nanti boleh dimuat turun dari laman rasmi UbuntuSeekers untuk tujuan bersama. Maklumat untuk projek ini boleh dirujuk disini. Mungkin ANDA boleh membantu perkara ini menjadi satu realiti..

Linux to Succeed in 2015!
5 One Linuzz Life: Bila Semua Naik Angin.. Baru-baru ni saya berkesempatan singgah di beberapa laman sahabat saya. Sedang seromok membaca, saya memerhatikan keadaan blog terutamanya M...

2 comments :

  1. kernel yang bernama Linux, memang tidak akan berbayar.
    Tetapi distribusi itu mungkin berbayar atau tidak bergantung kepada ciri2, dll. Bayaran juga boleh dikenakan utk help and support.

    ReplyDelete
  2. yup..saya perasan tu..
    tapi mcm manapun kene byar jgak kalau nk dptkan update..
    atau cuma trail 30 hari je..

    ReplyDelete