16.2.09

Dilema Seorang Fotografer Nikon

Aku rasa ni post pertama pasal fotografi dalam blog aku nie. Haha..saja aje buat post macam ni, sebab tu log ni ada bebas sikit nak posting. Tak serumit macam website (ade beberapa etika dalam penyusunan bahan, ikut aku belajar dulu laa..). Kali ni nak kongsi korang tentang dilema sorang member yang aku baru kenal masa kahwin sepupu abah aku kat Klang sana.

Dia sekarang masih pakai Nikon D70s yang berumur 2 tahun lebih. Masa tu tengah top EOS 30D. Tapi, dia beli Nikon sebab price ada kurang sikit. Selama dia pakai, memang satu benda yang dia tak tahan dengan kamera tu - noise. Kuat sangat! Aku tanye pakai ISO paling tinggi berapa kalau tak nak ade noise. Dia cakap 500 je. Kecik tuh... Pun sekarang dia nak cari Canon pulak. Sebab dia nak pakai Canon pasal bengang dengan member dia yang pakai 1000D, ISO dah jejak 1600, selambe je tak de noise, terasalah sebab kamera tu harga jauh beza dengan D70s yang kena tambah beribu lagi. Jadi dia minaklah tolong aku cari 40D macam aku sebiji. Body D70s tu nak simpan jerr..buat kenangan. Sapa-sapa ada nak/ternampak 40D dalam lingkungan RM3500 ke bawah untuk dijual, maklumkan kat aku ye!

Kalau korang rajin, jom singgah kat phorostream Flickr aku.

Tapi hairan, kenapa orang Canon lari Nikon ek? Hmmm...

p/s : aku hanyalah amatur...

Linux to Succeed in 2015!
5 One Linuzz Life: Dilema Seorang Fotografer Nikon Aku rasa ni post pertama pasal fotografi dalam blog aku nie. Haha..saja aje buat post macam ni, sebab tu log ni ada bebas sikit nak posting....

1 comment :

  1. ermm... pakcik dah terai 1000d.. memang sempoi gak... tapi pakcik tak angkat canon or nikon.. angkat sony.. tuh pon model paling murah.. :D

    ReplyDelete