18.9.10

Menambah Resolusi Monitor Yang Hilang Dalam Ubuntu 10.04 LTS

Saya baru sebentar tadi menukar kabel VGA saya yang bermasalah kepada baru yang lebih berkualiti. Bagaimanapun selepas saya memasang, Ubuntu gagal mencari konfigurasi resolusi sebelum ini (1280x1024) dan memaparkan resolusi hodoh besar 800x600.

Apabila saya mencari pula resolusi dalam senarai pilihan di Setting>Administrator>Monitor, Ubuntu gagal memaparkan resolusi yang saya kehendaki. Jadi saya mencari bagaimana hendak dapatkan semula resolusi yang terdahulu. Mana tidaknya, saya bukan boleh tengok icon besar-besar, bukan zaman Windows 3.1 pun.


Sedang mencari, saya jumpa satu tutorial yang agak menarik menggunakan xrandr. xrandr ini adalah aplikasi dalam terminal yang mengenalpasti, mengubah atau menambah resolusi yang diinginkan oleh anda, tambahan sejak ketiadaan fail X.org dalam fail sistem Ubuntu sekarang.

Anda boleh semal senarai resolusi yang disediakan sistem dengan memasukkan baris arahan aplikasi tersebut ke dalam Terminal:-
xrandr
Jika dalam sistem saya, ia hanya memaparkan jawapan seperti berikut:-
skyvalve@WanOnUbuntu:~$ xrandr
Screen 0: minimum 320 x 200, current 1024 x 768, maximum 4096 x 4096
VGA-0 connected 1280x1024+0+0 (normal left inverted right x axis y axis) 0mm x 0mm
   1360x768       59.8
   1024x768       60.0*
   800x600        60.3     56.2
   848x480        60.0
   640x480        59.9     59.9
DVI-0 disconnected (normal left inverted right x axis y axis)
S-video disconnected (normal left inverted right x axis y axis)
Malang sekali, tiada resolusi 1280x1024 yang saya mahukan. Untuk mendapatkan resolusi itu, anda perlukan maklumat berkaitan (hdisp, hdisp, hsync-start, hsync-end, htotal vdisp, vsync-start, vsync-end, vtotal, +HSync, -HSync, +VSync dan -VSync). Caranya, ginakan baris arahan ini:-
gtf  <resolusi> <clock MHz>
Resolusi adalah saiz display yang anda mahukan (yang benda kali-kali tu lah) dan clock MHz pula adalah refresh rate monitor anda. Kebiasaannya monitor sesuai menggunakan 60 MHZ, bagaimanapun jika anda mahukan kualiti gambar lebih cantik, sila semak manual monitor anda untuk mendapatkan had tertinggi. Sebagai contoh, saya mahukan resolusi 1280x1024 dengan clock 60 MHz.
skyvalve@WanOnUbuntu:~$ gtf 1280 1024 60

# 1280x1024 @ 60.00 Hz (GTF) hsync: 63.60 kHz; pclk: 108.88 MHz
Modeline "1280x1024_60.00"  108.88  1280 1360 1496 1712  1024 1025 1028 1060  -HSync +Vsync
Apa yang diperlukan adalah maklumat selepas perkataan Modeline itu. Jadi, tambahkan resolusi berikut seperti ini:-
xrandr --newmode "1280x1024_60.00"  108.88  1280 1360 1496 1712  1024 1025 1028 1060  -HSync +Vsync
Bagi anda yang mempunyai modeline berbeza, sila ikut modeline yang anda peroleh. Kemudian, anda perlu tambah resolusi itu ke output yang anda mahu. Seperti saya, saya mahu VGA-0 menghasilkan resolusi tersebut.
xrandr --addmode VGA-0  "1280x1024_60.00"
Pikihan IoutputI adalah bergantung pada konfigurasi Ubuntu dalam komputer anda. Sekarang, anda telah berjaya menambah resolusi. Untum pastikan, cuba semak dengan menggunakan baris arahan "xrandr" dalam Terminal tadi. Anda akan dapat jawapan seperti ini:-
skyvalve@WanOnUbuntu:~$ xrandr
Screen 0: minimum 320 x 200, current 1024 x 768, maximum 4096 x 4096
VGA-0 connected 1280x1024+0+0 (normal left inverted right x axis y axis) 0mm x 0mm
   1360x768       59.8
   1024x768       60.0*
   800x600        60.3     56.2
   848x480        60.0
   640x480        59.9     59.9
   1280x1024_60.00   59.5
DVI-0 disconnected (normal left inverted right x axis y axis)
S-video disconnected (normal left inverted right x axis y axis)
Seterusnya, anda mungkin mahu melihat hasil titik peluh anda yang pening menaip. Tukar ke resolusi yang anda tambah tadi menggunakan baris arahan ini:-
xrandr --output VGA-0 --mode "1280x1024_60.00"
Jika resolusi monitor anda sudah berubah, bermaksud anda berjaya menambah resolusi yang anda inginkan!

Jika ada sebarang masalah, anda boleh cuba tinggalkan komen dibawah supaya dapat dibantu bersama-sama dengan pengunjung blog lain.

Nota Kaki:-

  • tak pasti sama ada boleh digunakan dalam distribusi Linux lain, tak sempat nak cuba
  • tidak digalakkan mengunakan "sudo" atau menggunakan mod "super user"

Linux to Succeed in 2015!
Share:

5.9.10

Membuat Tapisan Laman Web

Ingat lagi masalah saya yang sebelum ni? Ya, tentang adik saya yang ada masalah dengan pengurusan masa yang hanya bermain Facebook dan YouTube. Tapi, selepas saya semak senarai laman yang dikunjunginya, ada beberapa laman web yang kurang disenangi dan tidak sesuai untuk mereka. Anda faham apa yang saya maksudkan kan?

Saya maksudkan disini adalah laman-laman web dewasa atau dalam bahasa mudahnya Adult Website. Mesti dah dapat membayangkan kan apa yang saya maksudkan? Hehe. Jadi, saya mencari bagaimana hendak membuat tapisan atau filter bagi laman-laman web ini.


Untuk kali ini, saya akan tunjukkan cara-cara menyekat laman ini dari dicapai oleh adik anda yang masih kecil mahupun anak anda bagi mereka yang sudah berkeluarga.



Kita mulakan dengan Windows dahulu. Saya puas mencari aplikasi mudah untuk melakukan tugas ini, tetapi majoriti aplikasi dalam sistem operasi ini (yang percuma) gagal melakukan tugas dengan baik. Tapi, saya sumpa satu aplikasi, Blue Coat K9 Web Protection. Menarik tentang aplikasi ini bukan hanya menyekat melalui alamat laman web, tetapi boleh disekat mengikut kategori, perkataan (keyword) dan boleh menetapkan masa anak atau adik anda mencapai internet, dan ia bukan aplikasi stand alone tetapi aplikasi berasaskan web yang hanya perlukan pelayar web yang sesuai. Tak susah kan.


Seperti yang anda dapat lihat diatas, aplikasi ini adalah jauh lebih mudah dari beberapa aplikasi penapisan web yang pernah saya guna sebelum ini. Bagaimanapun ini hanya untuk kegunaan peribad dan tidak sesuai dan digalakkan untuk pengguna enterprise yang jauh lebih banyak trafik.

Untuk memuat turun dan mendapat lesen percuma untuk kegunaan dalam rumah anda, anda boleh lakukan dengan mengisi borang ini. Selepas selesai, anda akan dapat maklumat tentang lesen dan pautan untuk memuat turun aplikasi ini. Aplikasi ini sesuai untuk pengguna Windows XP, Vista dan 7, 32bit atau 64bit.

Balik pada Linux pula. Dalam linux, ada pelbagai jenis juga, saya rasa lagi banyak pilihan berbanding pengguna Windows. Antara yang paling popular adalah Squid. Tapi konfigurasi Squid mungkin mengambil masa yang agak lama dan merumitkan. Jadi saya cadangkan anda menggunakan DansGuardian dan TinyProxy untuk melakukan kerja mudah ini.

Perkara pertama anda perlu buat adalah muat turun pakej aplikasi itu dulu. Senang saya, masukkan baris arahan seperti berikut:-
sudo apt-get install dansguardian tinyproxy
Tak perlu berjela-jela dan lesen seperti Windows. Selesai sahaja, anda perlu melakukan konfigurasi minima dalam fail dansguardian.conf. Anda boleh gunakan mana-mana editor yang anda mahu, tapi saya akan menggunakan Gedit untuk proses kali ini. Gunakan baris arahan berikut untuk membuka fail dan melakukan konfigurasi:-
gksudo gedit /etc/dansguardian/dansguardian.conf
Apa yang perlu saya anda lakukan disini adalah mencari baris perkataan ini, selalunya berada di awalan fail tersebut:-
UNCONFIGURED - Please remove this line after configuration
Apa yang perlu anda buat hanya buang baris itu atau hanya letakkan comment (tanda #) di awal baris perkataan tadi. Kemudian "Save". Pastikan anda jangan ubah apa-apa detail lain seperti IP, port dan sebagainya.

Seterusnya anda perlu mengubah setting di TinyProxy pula. Ini membolehkan semua trafik internet melalui dahulu Dansguardian, ditapis dan seterusnya dibuka ke pelayar web.

Untuk edit TinyProxy, anda gunakan baris arahan berikut untuk dibuka dalam editor;-
gksudo gedit /etc/tinyproxy.conf
Gunakan kemudahan mencari keyword dengan tekan kombinasi Ctrl+F, dan cari perkataan "port". Semua perkataan port akan dipapar dan diterangkan, dan cari baris berikut:-
# Port: Specify the port which tinyproxy will listen on.  Please note
# that should you choose to run on a port lower than 1024 you will need
# to start tinyproxy using root.
#
Port 8888
Apa yang perlu anda ubah adalah tukar dari port asal (8888) ke port DansGuardian seperti ini:-
# Port: Specify the port which tinyproxy will listen on.  Please note
# that should you choose to run on a port lower than 1024 you will need
# to start tinyproxy using root.
#
Port 3128
Dan anda telah berjaya melakukan konfigurasi DansGuardian dan TinyProxy! Anda memang hebat (pinjam tagline Bagaimana OSS :p).

Seterusnya anda perlu lakukan konfigurasi minima pada pelayar web anda. Jika anda menggunakan Firefox, akses memalui Edit>Perferences>Advance>Network>Settings. Untuk pengguna Google Chrome/Chromium pula, anda boleh akses melalui ikon spanar sebelah atas kanan>Options>Under The Hood>Change Proxy Settings. Anda hanya perlu pilih "Set Manually" dan masukkan detail seperti gambar rajah dibawah.


Bagi Pengguna Google Chrome/Chromium, sila abaikan jika aplikasi mencadangkan anda untuk menggunakan aturan "Apply System-Wide". Selesai sahaja, anda perlu jalankan monitoring mode DansGuardian dan TinyProxy dengan menggunakan baris arahan ini:-
sudo /etc/init.d/dansguardian start
sudo /etc/init.d/tinyproxy start
Selesai sahaja, restart komputer anda. Untuk pastikan konfigurasi anda berjaya atau tidak, pergi ke Google dan lakukan carian menggunakan kata kunci "porn" dan sebagainya. Jika konfigurasi berjaya, anda akan dapat paparan seperti berikut:-

Langkah dalam Linux memang pening jika dilihat dalam blog saya, sebab panjang sangat. Untuk artikel lebih mudah, anda boleh cuba rujuk ke laman ini.

Jika anda ada sebarang kemushkilan atau kesulitan dalam melakukan konfigurasi ini, atau anda mahu perkhidmatan memasang dalam skala yang besar seperti pejabat, boleh menghubungi saya melalui email di jipang_menjerit@ubuntuseekers.com.

Nota Kaki:-
  • anda boleh juga tapis laman web menggunakan url, dengan edit fail di /ets/dansguardian/lists/bannedurllist . Sila ikut arahan yang diberikan.
  • untuk membenarkan laman itu dilawati, anda hanya perlu edit fail di /etc/dansguardian/lists/exceptionurllist . Sila ikut arahan yang diberikan.
  • jika anda telah lakukan konfigurasi, anda digalakkan untuk restart semula DansGuardian.
Linux To Succeed 2015!
Share:

2.9.10

Tukar Kata Laluan Anda Dengan Mudah

Saya ada satu masalah dekat rumah ni;
Adik sorang ni dah nak UPSR, sorang lagi sekolah. Larangan dalam rumah ni,"hari sekolah jangan pakai komputer, kecuali memang nak kena pakai". Tapi masalahnya, adiknya ni dah tak pandai kawal masa.
Jadi, saya cari beberapa penyelesaian selepas gagal melakukan konfigurasi Squid dan DansGuardian. Penyelesaian bagi masalah ini satu saya; tukar kata laluan.

Masalahnya sekarang macam mana nak ubah kata laluan tanpa disedari? Sampailah sedar ada satu baris arahan (command line) yang melakukan tugas tu.

Command ini bileh digunakan dalam mana-mana distribusi Linux, jadi memang tak ada asing pun, dan mudah!


  1. Buka Terminal/Konsol
  2. Masukkan baris arahan berikut dan tekan "Enter":-

    passwd
  3. Ikut arahan yang diberikan dan TADA! siap!
Macam mana nak buat secara sorok-sorok pula? Senang saja, pastikan komputer yang adik saya selalu guna tu dengan SSH, log masuk ke komputer tu dengan SSH, dan gunakan langkah yang sama, dia pasti tak sedar.

Senang kan dengan Linux :)


Linux to Succeed in 2015!
Share: