Saya maksudkan disini adalah laman-laman web dewasa atau dalam bahasa mudahnya Adult Website. Mesti dah dapat membayangkan kan apa yang saya maksudkan? Hehe. Jadi, saya mencari bagaimana hendak membuat tapisan atau filter bagi laman-laman web ini.
Untuk kali ini, saya akan tunjukkan cara-cara menyekat laman ini dari dicapai oleh adik anda yang masih kecil mahupun anak anda bagi mereka yang sudah berkeluarga.
Seperti yang anda dapat lihat diatas, aplikasi ini adalah jauh lebih mudah dari beberapa aplikasi penapisan web yang pernah saya guna sebelum ini. Bagaimanapun ini hanya untuk kegunaan peribad dan tidak sesuai dan digalakkan untuk pengguna enterprise yang jauh lebih banyak trafik.
Untuk memuat turun dan mendapat lesen percuma untuk kegunaan dalam rumah anda, anda boleh lakukan dengan mengisi borang ini. Selepas selesai, anda akan dapat maklumat tentang lesen dan pautan untuk memuat turun aplikasi ini. Aplikasi ini sesuai untuk pengguna Windows XP, Vista dan 7, 32bit atau 64bit.
Balik pada Linux pula. Dalam linux, ada pelbagai jenis juga, saya rasa lagi banyak pilihan berbanding pengguna Windows. Antara yang paling popular adalah Squid. Tapi konfigurasi Squid mungkin mengambil masa yang agak lama dan merumitkan. Jadi saya cadangkan anda menggunakan DansGuardian dan TinyProxy untuk melakukan kerja mudah ini.
Perkara pertama anda perlu buat adalah muat turun pakej aplikasi itu dulu. Senang saya, masukkan baris arahan seperti berikut:-
sudo apt-get install dansguardian tinyproxyTak perlu berjela-jela dan lesen seperti Windows. Selesai sahaja, anda perlu melakukan konfigurasi minima dalam fail dansguardian.conf. Anda boleh gunakan mana-mana editor yang anda mahu, tapi saya akan menggunakan Gedit untuk proses kali ini. Gunakan baris arahan berikut untuk membuka fail dan melakukan konfigurasi:-
gksudo gedit /etc/dansguardian/dansguardian.confApa yang perlu saya anda lakukan disini adalah mencari baris perkataan ini, selalunya berada di awalan fail tersebut:-
UNCONFIGURED - Please remove this line after configurationApa yang perlu anda buat hanya buang baris itu atau hanya letakkan comment (tanda #) di awal baris perkataan tadi. Kemudian "Save". Pastikan anda jangan ubah apa-apa detail lain seperti IP, port dan sebagainya.
Seterusnya anda perlu mengubah setting di TinyProxy pula. Ini membolehkan semua trafik internet melalui dahulu Dansguardian, ditapis dan seterusnya dibuka ke pelayar web.
Untuk edit TinyProxy, anda gunakan baris arahan berikut untuk dibuka dalam editor;-
gksudo gedit /etc/tinyproxy.confGunakan kemudahan mencari keyword dengan tekan kombinasi Ctrl+F, dan cari perkataan "port". Semua perkataan port akan dipapar dan diterangkan, dan cari baris berikut:-
# Port: Specify the port which tinyproxy will listen on. Please noteApa yang perlu anda ubah adalah tukar dari port asal (8888) ke port DansGuardian seperti ini:-
# that should you choose to run on a port lower than 1024 you will need
# to start tinyproxy using root.
#
Port 8888
# Port: Specify the port which tinyproxy will listen on. Please noteDan anda telah berjaya melakukan konfigurasi DansGuardian dan TinyProxy! Anda memang hebat (pinjam tagline Bagaimana OSS :p).
# that should you choose to run on a port lower than 1024 you will need
# to start tinyproxy using root.
#
Port 3128
Seterusnya anda perlu lakukan konfigurasi minima pada pelayar web anda. Jika anda menggunakan Firefox, akses memalui Edit>Perferences>Advance>Network>Settings. Untuk pengguna Google Chrome/Chromium pula, anda boleh akses melalui ikon spanar sebelah atas kanan>Options>Under The Hood>Change Proxy Settings. Anda hanya perlu pilih "Set Manually" dan masukkan detail seperti gambar rajah dibawah.
Bagi Pengguna Google Chrome/Chromium, sila abaikan jika aplikasi mencadangkan anda untuk menggunakan aturan "Apply System-Wide". Selesai sahaja, anda perlu jalankan monitoring mode DansGuardian dan TinyProxy dengan menggunakan baris arahan ini:-
sudo /etc/init.d/dansguardian start
sudo /etc/init.d/tinyproxy startSelesai sahaja, restart komputer anda. Untuk pastikan konfigurasi anda berjaya atau tidak, pergi ke Google dan lakukan carian menggunakan kata kunci "porn" dan sebagainya. Jika konfigurasi berjaya, anda akan dapat paparan seperti berikut:-
Langkah dalam Linux memang pening jika dilihat dalam blog saya, sebab panjang sangat. Untuk artikel lebih mudah, anda boleh cuba rujuk ke laman ini.
Jika anda ada sebarang kemushkilan atau kesulitan dalam melakukan konfigurasi ini, atau anda mahu perkhidmatan memasang dalam skala yang besar seperti pejabat, boleh menghubungi saya melalui email di jipang_menjerit@ubuntuseekers.com.
Nota Kaki:-
- anda boleh juga tapis laman web menggunakan url, dengan edit fail di /ets/dansguardian/lists/bannedurllist . Sila ikut arahan yang diberikan.
- untuk membenarkan laman itu dilawati, anda hanya perlu edit fail di /etc/dansguardian/lists/exceptionurllist . Sila ikut arahan yang diberikan.
- jika anda telah lakukan konfigurasi, anda digalakkan untuk restart semula DansGuardian.
Linux To Succeed 2015!
0 ulasan:
Catat Ulasan