14.5.09
22.4.09
17.4.09
Percubaan menggunaka Bilbo Blogger
artikel ini ditaip dalam Bilbo Blogger. kalau korang nak tau apa Bilbo Blogger, semak laman ini. masa pertama kali menggunakan agak kekok dengan antara muka, tapi tengoklah kalau aku pakai untuk setiap posting artikel, mana tau dah biasa. untuk blogger-blogger di luar sana (yang mennguakan Linux khususnya), jom cuba gunakan Bilbo Blogger.
p/s: tak tau la pulak untuk blogger Windows..ekekeke ;P
15.4.09
Forefox Makin Hampeh?

Kalau korang menggunakan Firefox sekarang, macam mana prestasi internet browser tu? Bagi seseorang power user, aku rasa hampeh sikit dengan prestasi Firefox sekarang. Tak tahulah sebab apa, tapi lembab. Setiap kali aku load laman baru, mesti prestasi tak macam mula-mula kenal Firefox dulu (masa tu Firefox 1.5). Banyak tab, banyak tetingkap dan pop-up's; runsing kepala aku!
Tapi, rupanya bukan aku je mengalami masalah ni. Chris Pirrilo dalam blog rasminya menyatakan Firefox 3.0.8 amat bermasalah. Begitu juga dengan seroang mengguna dalam forum ini. Jadi, adakah pembangun Firefox berbaloi dengan penambahbaikkan dan naiktaraf Firefox hinggakan masa untuk memperbaiki beberapa masalah sampai lapan bulan lamanya (rujuk laman ini)?
Sampaikan aku 'bengang' dengan situasi ini, saya 'melarikan' diri menggunakan Opera dalam Ubuntu aku dan IE8 dalam W7 (jarang guna pun..hehe).
Opera walaupun tampak berat, tapi prestasinya lebih memberangsangkan, walaupun beberapa kali crash (sebab jarang update). Adakah korang dalam situasi yang sama?
Linux to Succeed in 2015!
Filem : Laskar Pelangi
Filem ni sebenarnya adalah karya novel nukilan Andra Hirata, novelist terkenal (rasanya) di Indonesia. Sebenarnya aku baca novelnya dulu sebelum tonton filem ni. Tidak terkejut saya katakan bahawa filem ni memang bulat-bulat diambil dari novel ini. Lagi menarik, ia dihalusi lagi dalam filem dengan menonjolkan lagi emosi berbanding dalam novelnya.
Laskar Pelangi mengajarkan kita bahwa kita harus belajar mensyukuri apa yang Tuhan berikan kepada kita. Bagaimana Lintang berjuang untuk bersekolah meskipun begitu banyak halangan dan cobaan yang mendera. Begitu juga dengan kata-kata Pak Guru yang begitu menyentuh bahwa pendidikan harus disertai dengan hati dan kita harus banyak memberi daripada banyak diberi.
Jila korang menonton filem ini, pastinya korang sedar supaya mensyukuri apa yang kita dapat dan menghargai nilai persahabatan tanpa mengira asal usul seseorang tu. Lagi menarik, penerapan nilai-nilai Islam juga ada ditekankan seperti menolak kepercayaan karut (syirik) juga pengorbanan sesuatu perkara. Ada beberapa babak yang akan menyentuk perasaan korang yang macam tisu (kalau adalah), dan paling pasti, banyak babak yang menarik dan melucukan.
Kesimpulannya, seronok ditonton semua usia, lagi-lagi kanak-kanak. Macam mana pula nak tonton (Sebab tak ada ditayang dekat Malaysia)? Klik link sini untuk filemnya, atau klik sini jika anda mahukan versi novel, klik sini pulak. Gunakan Gwget untuk memuatturun file anda dengan lebih efisyen. Selamat berhibur!
Linux to Succeed in 2015!
2.4.09
Ubuntu 9.04 - Jom Boot Time Drag Race!

19.3.09
Windows 7 test drive
Sekali korang tengok mesti macam Vista. Chopp..belum sure lagi. kalau korang sedar, dah tak ade lagi side bar yang dok mengganggu kerja-kerja scroll mouse. Tak tau la kalau korang pun ada bengang macam aku tentang sidebar tu, walaupun cantik. Ni snapshot sistem dan maklumat yang aku dapat dari PC aku yang selambe ini:-
Pentium 4 aje..tak mampu beli mahal-mahal. Bar bawah pun ada perubahan jugak, lafi glossy (zul tak gemar la ni), lagi transparent dan lebih simple dari Vista yang lebih semak ;P
Kat sini ada satu satu feture yang agak menarik bagi aku yang gile efek. Perasan tak window viewer tu? Kalau korang nak tau, app's tu dah view dua-dua tab yang aku buka dalam Internet Explorer (IE) 8 yang memang dah pre-install dalam W7 ni. jadi, lagi mudahlah nak lihat progress website dalam tab yang berlainan dalam satu browser yang sama. Tambahan, masa aku dok download YM, sesuatu telah mencuri pandangan aku..
Yup, tu adalah progress bar kat menu bar. Sama-sama kene bar..ahaha. Berbalik pada sidebar, adakah hilang widget? Oh, tidak! Widget dah jadi trademark untuk Windows lepas Vista keluar. Kalau korang nak cari, right click dan nampak menu ni:-
Memandangkan aku ade sakit kepala dan sakit dada, tak larat la nak cerita panjang lebar kat sini. Ni aku ada ambil beberapa shot untuk tatapan korang dan nak tanya lebih lanjut, YM je aku!

PS: Walaupun masih dalam peringkat RC, not bad..tapi Ubuntu tetap di hati! Nak besarkan gambar, klik je kat gambar tu
Linux to Succeed in 2015!
