9.3.09

Tenat..

Ahaha..itu je la yang mampu cakap. Bukan apa, buat kali ni dah kali ke-3 aku format Ubuntu aku atas masalah berkaitan update Jaunty yang memang belum stabil untuk laptop Aspire 4530 aku ni.

Untuk masalah Jaunty Alpha 5 ni pulak, shortcut button Alt+F2 tak boleh running. Dan memandangkan 'button permainan' dah tak ada, susah sikit nak buat kerja. Dah terbiasa... Tapi, tak bermaksud aku mengaku kalah menggunakan Ubuntu ni, sebab Ubuntu dah macam jadi darah daging aku..haha.

Jadi, aku terpaksalah buat backup macam-macam fail dari assignment yang menggunung sampailah ke pelbagai kertas kerja berkaitan Linux sendiri sampailah ke projek untuk dijual (skrip filem, novel, bla bla..). Dan paling menyayat hati, aku lepas ni tak dapatlah capai website selain port 8080, sebab beralih menggunakan Celcom Broadband tak lama lagi. Sebelum ni dah guna, tapi pulang balik kat member yang suruh test drive dulu. Walaupun hampeh, tapi dia pakai jugak, pasal "lepas buat assignment dengan email, sudah lerr!". Ini menyebabkan capaikan ke server dah limit dan tak dapatlah buat update website selalu kat rumah sewa nanti. Baut masa ni, server yang aku pass masuk website MassComm Kolej SHAHPUTRA dengan syarat dalam rangkaian kolej. Dan, internet kolej pun tak boleh capai port selain 8080. Haduhh...

Mungkin nak apply P1 Wimax, tapi Kuantan dah ada talian ke belum??

Linux to Succeed in 2015!
5 One Linuzz Life: Tenat.. Ahaha..itu je la yang mampu cakap. Bukan apa, buat kali ni dah kali ke-3 aku format Ubuntu aku atas masalah berkaitan update Jaunty yang mem...

No comments :

Post a Comment