19.7.09

KittyBox - KatieKitty Fire Donation

18 Julai lepas (semalam), rumah salah seorang rakan komuniti Ubuntu-MY (loyal member fosschix..ahaks ;p), KatieKitty terbakar akibat sebab-sebab yang aku sendiri belum pasti lagi (nak contact dia sekarang pun payah sikit).

Disebabkan hal itu, aku dan salah seorang kawan aku (Wan Fahmi@itiknila) telah membuat tabung khas untuk membantu salah seorang geng yang aktif dalam aktiviti Ubuntu-MY. Korang bolehlah menyumbang dalam bentuk wang dengan menyumbang ke akaun berikut:-

Name: WAN MUHAMMAD FAHMI BIN WAN AZMI
ACC: 512080325647
Bank: Maybank
E-Mail: wanfahmi@gmail.com
Bagi yang hendak menyumbang bantuan dalam bentuk barangan atau peralatan pula, boleh terus hubungi itiknila melalui talian 012-2201741 (sekitar Kuala Lumpur, Puchong) atau melalui aku sendiri di 017-3978201 (sekitar negeri Johor dan Melaka).

Jom bersama bantu geng kita ini yang kini mendiami di rumah salah seorang kawannya. Mana tau lepas ni dia akan tolong korang pulak :)

p/s: kalau korang dah hantar sumbangan wang ke akaun tadi, sila isi borang ini untuk mengelak sebarang kekeliruan wang sumbangan dan simpanan peribadi (nanti salah guna payah)

Linux to Succeed in 2015!
Share:

17.7.09

Blog Pilihan Jipang_Menjerit : Pendaftaran Dibuka!

Haha..Lain macam pulak post aku kali ni. Jadi, apa yang menarik sangat dengan benda ni?

Sebenarnya cuma benda suka-suka yang aku nak buat dalam blog ni. Apa yang aku akan buat aku akan nilai semua bloh yang sudah dilink dan yang hendak dinilai dan aku akan rangkingkan ikut penilaian profesional aku (walaupun tak profesional). Terbuka kepada semua blog, tak kesah la blog korang tu cerita pasal komputer ke, diari ke, info ke, belasah saje..dan yang pasti aku takkan bias dalam penilaian aku.

Tarikh tutup aku letak 24 Julai ni, dan rangking penilaian akan diumum dua (2) minggu selepas tarikh tutup.

Antara yang krateria korang nak dapat markah lebih:-
  • blog theme
  • pengisian
  • jumlah pengikut
  • putara komen
  • umur blog
  • dan lain-lain..
Ape lagi, nak masuk tinggalkan aje alamat blog korang kat ruangan komen bawah ni.

p/s: program suke-suke saje..hehe

Linux to Succeed in 2015!
Share:

2.7.09

Giliran OpenOffice.org 3.1 pula

nampaknya makin banyak aplikasi mengeluarkan versi baru. kali ni giliran OpenOffice.org pula mengumumkan versi terbaru mereka, OpenOffice.org 3.1 boleh didapati sekarang.

OpenOffice.org merupakan aplikasi pejabat yang serupa dengan Microsoft Office Suite adalah aplikasi yang siap pasang dalam Ubuntu korang. antara yang menarik dan baru dalam versi OpenOffice ini mirip dengan kebolehan yang dipamerkan oleh pesaing 'berbayar' mereka (mesti tau kan). Tapi aku dah menyemak senarai naiktaraf Ubuntu, namun tak ada sebarang pakej berkaitan OpenOffice.org ni. jawabnya, tunggu sahajalah sampai ada update berkaitan. kalau anda masih pengguna Windows, jom muat turun aplikasi percuma tapi hebat ini melalui laman ini.

Nak tau apa yang menarik dalam OpenOffice.org 3.1? Korang tengok video dibawah ni



Linux to Succeed in 2015!
Share:

1.7.09

Firefox 3.5

30 jun lepas 'terlepas' sudah Firefox veris 3.5. Ramai member aku dah guna Firefox versi ni. Jadi aku pun try jugak lah. Agak pening sebenarnya lipas melakukan beberapa pencarian tentang Firefox 3.5 untuk Ubuntu ni, dan setelah puas mencari, rupanya 3.5 masih belum available dalam repo rasmi ubuntu-mozilla-daily (rujuk laman ini).

Serva sedikit maklumat menarik tentang Firefox 3.5 ni adalah:-
  • bar carian yang dinaiktaraf
  • Private Browsing
  • Kelajuan yang lebih pantas
  • dan banyak lagi...(senang baca je kat laman ni)
Jadi, aku terpaksalah download pakej yang disediakan dalam laman muat turun Firefox dan install secara manual. Dan akhirnya, wallah!


kalau korang masih nak merasa kepantasan yang teramat Firefox 3.5 dalam Ubuntu anda, cuba langkah yang ada disediakan dalam laman ini. alami kepantasan melayari internet dengan Firefox 3.5!




Linux to Succeed in 2015!
Share:

29.6.09

Hoh..Blog Bersawang!!

wow...kelihatan lama sungguh tak mengupdate blog ini. haha..sebebarnya aku berada dalam keadaan yang agak sibuk dan juga dalam suasana kerja. kalau korang masih ade menyinggah blog ni, trimas aku ucakpan sebab aku pun sekarang payah nak singgah-singgah blog korang ni.

apa-apa pun nanti aku akan naikkan beberapa topik yang sudah agak basi sebenarnya, tapi macam mana pun aku nak kongsi jugak dengan korang. nak tak nak, korang amik jugak..ekeke.

Linux to Succeed in 2015!
Share:

14.6.09

UbuntuSeekers dah ada domain sendiri!!

Ekekeke..macam korang baca tajuk tu, pasal tu saje la post kali ni. Bukan apa, dah lama tak update maklumat dalam blog ni sebab kesibukan yang agak tinggi. Pandai-pandai korang laa macam mana nak menilai. Keh3. Apa-apa pun, blog ni mungkin berpindah ke server sendiri (yup, server aku sendiri setup dekat rumah) dan kalau rasanya tak perlu, biarkan aje guna Blogger ni (lagipun template boleh tahan, susah mencari dan mengedit woo..).

Untuk maklumat korang, aku baru je berusaha untuk memperoleh domain sendiri iaitu ubuntuseekers.com, dan kini tercapai sudah. Untuk blog ni pulak, korang masih boleh menggunakan address asal yang dibekalkan Blogger atau menggunakan link baru iaitu blog.ubuntuseekers.com.

Akan datang, update MSC OSCONF 2009 (walaupun dah lama, tapi masih hangat beb!!), Linux Varsiti 1st Tour dan MyGOSCON 2009. Stay tune!!

p/s: gumbiranya ada domain sendiri..tak ape laa berkorban sikit

Linux to Succeed in 2015!
Share:

14.5.09

Ubuntu & Kubuntu LiveCD untuk orang Johor!!


Jam 12.45 tadi, aku baru dapat sebungkus kotak sepeti yang korang nampak macam gambar atas ni. Mula-mula aku fikir hadiah RealReward mak aku (hari tu tebus mata RealReward..ekekeke), sekali buka tengok dalam, ade ni laa...

Haha, memang korang dah tau kan tentang sticker tu. Yup, aku baru je dapat bungkusan khas dari Canonical (nak tau ape yang aku minta, tengok post sebelumnya). Jadi, melalui post ni aku nak bagi tau pada peminat Ubuntu sekitar Johor Bahru, Kulai dan kawasan sekitar yang mahukan LiveCD ekslusif Ubuntu atau Kubuntu dari Canonical, anda boleh terus memberitahu lokasi untuk serahan ke talian saya (017-3978201/014-5060667). Dan untuk peringatan anda, seorang penerima hanya berhak mendapat satu salinan sebab bende alah ni terhad sangat, dan pastinya tak ade pos untuk korang (sebab aku sendiri pun tengah sengkek nih!). Jom migrasi ke Ubuntu & Kubuntu 9.04 Jaunty Jackalope.


Linux to Succeed in 2015!
Share: