22.1.10

9.1.10

3.1.10

Majalah Sumber Terbuka Malaysia - KOD

Baru je belek-belek malajah eletronik Full Circle, teringat pulak satu majalah eletronik yang pernah popular satu masa dulu - E-Maj MelayUbuntu. Yup, saya pasti anda pernah dengar tentang majalah ini, tapi mana keluaran seterusnya? Sebenarnya saya sendiri pun ternanti-nanti keluaran baru majalah ini namun orang yang bertanggungjawab menerbitkannya kini sibuk bertugas, mungkin sukar untuk dia menerbitkan lagi. Mungkin ada, tapi payah la kalau buat sorang-sorang. Jadi tahun baru ni aku terilham pulak benda baru - majalah cetak sumber terbuka untuk peminat sumber terbuka.

Jadi, saya munculkan idea nama majalah KOD yang melibatkan Komuniti, Open Source (Sumber Terbuka) dan Dokumentasi. Mungkin nama kod itu boleh dikaitkan dengan kod sumber atau source code juga. Idea ini pula tidak hanya tertutup untuk pengguna Linux (seperti Linux For You) atau pengguna distro (E-Maj atau Full Curcle), saya ingin sekali melibatkan semua komuniti dan aktiviti sumber terbuka dalam Malaysia.

Majalah ini juga akan diisi dengan pelbagai informasi seperti dokumentasi atau howto yang disediakan oleh pakar yang berpengalaman, aktiviti komuniti atau acara yang melibatkan sumber terbuka juga pelbagai review aplikasi, soal jawab serta pandangan dari mereka yang arif. Mungkin boleh menjadi salah satu majalah koleksi anda. Untuk makluman anda, majalah ini hanya boleh didapati secara pesanan online, dan takkan dapat di kedai buku biasa.

Jadi apa yang anda boleh bantu untuk merealisasikan majalah ini?
  • Artikel - anda boleh hantar sebanyak mana artikel berkaitan sumber terbuka, tidak kira berkaitan aplikasi, distro, bahasa komputer dan seterusnya yang anda boleh dan mungkin kami akan beri sedikit token kepada anda!
  • Promosi - anda boleh menggunakan media Facebook, Myspace, Twitter, LinkIn atau mungkin blog anda sendiri untuk memperkenal atau mempopularkan majalah ini kepada pengikut laman anda.
  • Grafik - mana-mana majalah pasti hendak menampilkan wajah yang menarik. semua grafik amat dialu-alukan.
Jadi apa lagi, mulakan segala karya anda dan email terus ke jipang_menjerit@ubuntuseekers.com secepat mungkin!

Linux to Succeed in 2015!
Share:

25.12.09

Maxis Broadband (Huawei E1762) dalam Kubuntu 9.10 Karmic Koala


Setelah sekian lama bermain-main dengan broadband ni, akhirnya berjaya juga aku siapkan. Mula-mula rumit la juga tapi selepas fahamkan artikel di laman Umarzuki dan laman Darjah Satu, dapat juga selesaikan masalah ni. Untuk perhatian anda, artikel ini adalh khas unruk pengguna Kubuntu, tapi pengguna distribusi Linux lain juga boleh menggunakkan langkah ini.

OK, kita mulakan tutorial ni:-
  • Pasang USB ModeSwitch
Mudah saja, anda boleh buka Konsol dengan memasukkan kata arahan berikut :-
sudo apt-get install usb-modeswitch
atau anda boleh gunakan KPackagekit dengan mencari usb-modeswitch. Untuk pengetahuan anda, fungsi aplikasi ini adalah untuk membuat "flip flop" dari perkakasan storan seperti pendrive anda kepada modem USB.

  • Ubah fail aturan USB ModeSwitch
Sebelum anda menggunakan aplikasi, beberapa modifikasi kecil perlu dibuat. Anda cuma perlu buka Konsol dan masukkan kata arahan berikut:-
sudo kate /etc/usb_modeswitch.conf
Aplikasi Kate akan muncul. Anda cuma perlu cari teks atau barisan ini:-
########################################################
# Huawei E220 (aka “Vodafone EasyBox II”, aka “T-Mobile wnw Box Micro”)
# Huawei E270
# Huawei E870
# and probably most other Huawei devices (just adapt product ID)
#
# Two options: 1. removal of “usb-storage” 2. the special control
# message found by Miroslav Bobovsky
#
# Contributor: Hans Kurent, Denis Sutter
;DefaultVendor= 0×12d1;
;DefaultProduct= 0×1003
# choose one of these:
;DetachStorageOnly=1
;HuaweiMode=1
dan ubah seperti ini:-
########################################################
# Huawei E220 (aka “Vodafone EasyBox II”, aka “T-Mobile wnw Box Micro”)
# Huawei E270
# Huawei E870
# and probably most other Huawei devices (just adapt product ID)
#
# Two options: 1. removal of “usb-storage” 2. the special control
# message found by Miroslav Bobovsky
#
# Contributor: Hans Kurent, Denis Sutter
DefaultVendor= 0×12d1
;DefaultProduct= 0×1003
DefaultProduct= 0×1446
# choose one of these:
;DetachStorageOnly=1
;HuaweiMode=1
MessageEndpoint=0×01
MessageContent=”55534243000000000000000000000011060000000000000000000000000000″
 Tapi kalau korang malas sangat, anda perlu buang semua teks dalam Kate tu, dan copy paste seting yang ada dalam link ini.

Seterusnya anda perlu tambahkan sedikit setting dalam direktori udev. tak susah, anda perlu buka Konsol lagi dan seterusnya masukkan kata arahan ini:-
sudo kate /etc/udev/rules.d/15-huawei-e1762.rule
kemudian, anda hanya perlu copy paste arahan dibawah ni:-
SUBSYSTEM==”usb”, SYSFS{idProduct}==”1446″, SYSFS{idVendor}==”12d1″, RUN+=”/usr/sbin/usb_modeswitch”
dan simpan/save.

Sudah siap langkah pertama sebelum menggunakan Huawei E1762, atau lebih tepat lagi Maxis Broadband.


Tapi, ada satu lagi masalah, tak boleh nak connect menggunakan KNetwork Manager (tapi yang aku pakai ni 4.4 beta2). Kalau dalam Gnome, Network Manager sudah memudahkan proses, tak perlu pening-pening. Jadi, aku dengan kepeningan google, aku teringat satu aplikasi yang mungkin mengimbau kenangan semasa zaman mula-mula broadband diperkenalkan, wvdial. Macam mana nak pasang, buka Terminal dan masukkan baris arahan berikut:-
sudo apt-get install wvdial
seterusnya selepas selesai proses pemasangan, dalam Konsol juga masukkan kata arahan berikut:-
sudo kate /etc/wvdial.conf
Kate akan muncul. Anda cuma perlu copy paste dalam Kate seperti berikut:-
[Dialer Defaults]
Init1 = ATZ
Init2 = ATQ0 V1 E1 S0=0 &C1 &D2 +FCLASS=0
Modem Type = Analog Modem
ISDN = 0
New PPPD = yes
Phone = *99#
Modem = /dev/ttyUSB0
Username = maxis
Password = wap
Baud = 460800
Stupid Mode = 1
dan simpan/save.

Moment of truth. Sebelum anda nak melakukan sambungan, anda perlu melakukan mode change modem anda (yang dibaca oleh sistem sebagai peranti storan). Buka Kate lagi dan lagi dan masukkan kata arahan berikut:-

sudo usb_modeswitch
Tunggu dalam 2-3 minit. Selepas itu, lakukan sambungan dengan masukkan kata arah berikut pula:-
sudo wvdial

Tunggu dan tunggu sehungga lampu yang lip lap di modem Maxis Broadband anda menyala kekal. Wallah, anda kini sudah disambungkan ke internet dengan sambungan Maxis! \o/ Cuma bila dah berseronok sangat tu, jangan tertutup Konsol anda sebab sambungan akan automatik terputus. Hati-hati dan selamat mencuba. Ada masalah? Tinggalkan komen, saya dan rakan-rakan lain sedia menjawab.



*bagi pengguna Gnome (Ubuntu standard) boleh tukar "kate" kepada "gedit", tapi pastikan guna "gksudo". Contoh:-
gksudo gedit /etc/usb_modeswitch.conf
*untuk pengetahuan, "Konsol" dalam KDE adalah "Terminal" dalam Gnome.


*pengguna Gnome juga boleh ikut langkah "wvdial", tapi lebih mudah gunakan aplikasi network manager (rujuk laman ini).

Linux to Succeed in 2015!
Share:

15.11.09

Mandriva 2010 - Mimpi Indah Bagi Orang Lama

Kiuz Pop : Senaraikan distribusi Linux terdahulu menggunakan KDE. Pastinya ada jawapan Slackware, RedHat (walaupun KDE dia menyakitkan hati - dulu laa) dan SuSE, tapi mungkin kebanyakan anda tak tahu Mandriva (dahulu dikenali sebagai Mandrake Linux) adalah antara distribusi Linux paling lama bertahan.

Sejarahnya bermula apabila MandrakeSoft yang berpangkalan di Perancis ditubuhkan oleh Gaël Duval semasa RedHat ketika itu versi 5.1 mula berkembang Gnome masih lagi versi 1.0. Tujuannya, seperti Ubuntu, ditujukan untuk pengguna baru. Bagaimanapun, nama Mandrake Linux itu telah difailkan saman dan seterusnya syarikat pembangun Linux di Brazil, Conectiva mengumumkan penggambungannya bersama MandrakeSoft dengan nama baru; Mandriva.


Kalau korang tanya aku, pengalaman aku ni tak ada la lama sangat dengan Mandriva ni. Bermula dengan Mandriva 10 (2009) dan terus naik taraf ke Mandriva 2009 Spring dan versi alpha atau beta pula dikenali menggunakan kod nama "cooker", dan sampailah sekarang, masih lagi menggunakan distribusi ini dalam komputer multimedia yang ditugaskan untuk kerja-kerja suntingan video dan gambar.


Trivia ringas tentang Mandriva (setakat yang tahu):-
  • dibangun berdasarkan RedHat (menurut pendapat ramai)
  • menggunakan pakej fail RPM dan diurus dengan package manager URPMI
  • terdapat 3 jenis keluaran iaitu Mandriva Free, Mandriva One dan Mandriva Powerpack
  • seperti Ubuntu, pembangun membuat putaran hidup distribusi selama 6 bulan sekali
Jadi, apa yang menarik dalam distribusi versi kali ni?

KDE4.3 uploaded..yeah

Seperti yang disoal tadi, Mandriva boleh dikatakan distribusi paling hebat dalam pembangunan KDE. Jadi, mungkin mimpi indah untuk aku sendiri selepas mengalami beberapa masalah dalam KDE4.2 dalam versi 2009 Spring sebelum ini.Tapi, Gnome juga tak dilupakan kerana dalam DVD, mereka sertakan bersama Gnome 2.28.

Moblin untuk Netbook!

Yup, Moblin kini sudah siap dipakejkan dalam repo Mandriva, jadi bangi peminat Mandriva yang menggunakan netbook (atau mungkin nettop), cubalah Moblin dengan melakukan proses pemasangan dalam aplikasi pengurus pakej (package manager application).


Jadi, apa yang jadi mimpi indah bagi orang lama? Mudah je; orang lama dengan jenama lama, tapi dengan nafas yang baru.

Banyak sangat nak diceritakan menari distribusi kali ni. Kalau anda nak rasainya, anda boleh terus download melalui laman rasmi Mandriva Linux secara percuma*.

*Tertakluk pada jenis pakej distribusi.


Linux to Succeed in 2015!
Share:

14.11.09

Boot sistem dalam masa 10 saat?

Kepada korang yang dah upgrade ke 9.10 dari mana-mana versi yang lepas, pastinya terasa sikit cepatnya masa untuk sistem dihidupkan (kalau dalam bahasa yang senang nak faham, boot time), mungkin kurang daro 20 saat (anggaran je la). Rasanya, memang laju masa boot tu.

Tapi, percaya atau tidak, dalam 9.10 korang boleh lagi lajukan masa boot tu.


Seperti yang sedia maklum, sasaran masa boot bagi versi 10.04 yang akan datang adalah kurang 10 saat. Jadi, pembangun Ubuntu mahukan pengguna Ubuntu merasakan dahulu pengalaman masa boot itu. Jadi, bagaimanakah?

PEMBERITAHUAN
Baru dimaklumkan ada masalah dimana sistem mengalami kernal panic untuk beberapa perkakasan. Jadi, diharap buat persediaan langkah berjaga-jaga sebelum perkara ini berlaku.

Buat masa ini, hanya Ubuntu versi 9.10 (Karmic Koala) sahaja yang dapat merasakan pengalaman ini. Ikut langkah dibawah:-

  1. Buka Terminal dan masukkan barisan arahan ini:-
  2. sudo add-apt-repository ppa:ubuntu-boot/ppa
  3. Selesai langkah diatas, anda hanya perlu update dan upgrade pakej anda:- 
  4. sudo apt-get update && sudo apt-get dist-upgrade -y
  5. Reboot komputer anda dan cuba hidupkan jam randik :)
Setakat yang saya cuba, masanya boleh dikatakan pantas..mungkin fail gambar dalam komputer ni banyak sangat kot..

Cuba dan rasainya sekarang!

Linux to Succeed in 2015!
Share:

12.11.09

Tak Ada Kerja Buat Kerja

Jika anda perasan, saya baru sahaja tukarkan tema blog ini dari warna biru terang ke warna yang agak gelap. Maklumlah, dah lama tak tukar tema blog ni.

Tambahan saya pun macam tak ada idea nak menaip dalam blog ni. Tapi sebenarnya bukanlah saya tinggalkan, tapi saya sedang dalam pencarian macam mana nak setup dan hidupkan semula laman UbuntuSeekers dengan domain yang baru. Kalau domain dah baru, mestilah kita hendak sesuatu yang baru juga. Tapi, nantikan kemunculan semula laman itu sedikit masa lagi (rasanya dah berapa kali dah cakap benda ni..LOL).

Linux to Succeed in 2015!
Share: